Malaysia Tanah Airku....

December 31, 2007

Yuran Rakyat


Yuran Sekolah Menengah 2008
Klik Gambar

Mulanya saya hendak menulis tentang latah, Si Setiausaha Agung UMNO, Datuk Radzi Sheikh Ahmad yang meminta Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim turun pangkat atas alasan berlaku perpecahan di dalam UMNO Perlis sekarang ini.

Tetapi bila difikir-fikirkan saya hanya akan membuang masa sahaja dengan politikus yang seorang ini. Fikir saya, Datuk Radzi Sheikh Ahmad, hanyalah seorang badut yang pernah menghianati UMNO dan kini menjilat UMNO kembali, Jadi apa perlu saya menyalak kepada orang yang bermuka-muka ini. Lagipun, bukankah ikut tradisi UMNO, masalah dalaman dibincangkan secara dalaman juga, kenapa kini terbalik pula, malah dilakukan oleh seorang Setiausaha Agung UMNO. Apa punya pemimpin , yang suka buat kerja hentam kromo, macam inikah perangai yang hendak dicontohi oleh akar umbi..? Cakap tak serupa bikin...

Apapun, saya merasakan tindakan berani beliau ini adalah disebabkan, samada Datuk Radzi Sheikh Ahmad, memang tergila-gilakan jawatan MB tu, sampai lupa tatacara UMNO atau pun beliau telah menerima mandat besar , yang datang dari orang yang besar, yang juga mahu membesarkan isu agar turut dapat mempebesarkan kroni-kroni nya...

Apapun ada satu isu yang lebih menarik untuk dibincangkan, iaitu isu yuran sekolah (dah lama nak tulis, tapi tak sempat-sempat). Dalam perkara yuran ini, saya baru menerima salinan pekeliling sekolah mengenai yuran sekolah bagi sessi 2008 dan amat mengecewakan saya, apabila melihat fakta yang tertera pada pekeliling itu amat jauh terpesong dari fakta yang Pak menteri kita sering war-warkan.

Sekira nya ada orang yang befikir bahawa 100% yuran itu percuma, ternyata anggapan itu meleset samasekali ataupun orang yang mendengar dan menyokong kenyataan tersebut hanya membuat sokongan membawa rebah..Yang dimansuhkan hanyalah yuran yang "seciput" tu, tetapi yuran tambahan pula, tumbuh bak cendawan melata ...selepas hujan..Amat mengerunkan sekali bila melihat angka-angka yang tertera.

Hinggakan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang, terpaksa bermain dengan kata-kata, konon nya kita ni bodoh sangat. Lihatlah kata-kata beliau yang cerdik ini :

"Kita kena perbetulkan perkara ini. Yuran sekolah sudah dihapuskan dan pelajar kini bebas daripada dikenakan sebarang yuran.

"Apa yang dilaporkan dalam akhbar ialah bermaksud sumbangan untuk membolehkan sekolah berkenaan melaksanakan pelbagai aktiviti tambahan nanti. Ini bukan yuran," katanya.

Aduhai Tan Sri Dr Zulkurnain Awang, yang kaya.....Kalau bukan yuran pasti nama nya "sumbangan"...tetapi hendak juga kita bertanya...samada ini sumbangan ikhlas atau sumbangan terpaksa...? Walau apa pun bentuk namanya , bayar tetap kena bayar. (teringat Politik wang a.ka. Rasuah politik a.ka. rasuah). Apa yang hendak diperbetulkan oleh beliau...?

Dalam pembentangan baget 2008, yuran khas sekolah yang dimansuhkan, hanyalah RM4.50 untuk sekolah rendah RM9.00 untuk menegah, tapi saudara Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, terlalu mewar-warkan pasal pemansuhan yang kecil itu dan tidak praktikal lansung dalam menangani kos-kos berkaitan persekolahan anak-anak kita.

Malah Dato' Seri Hishammuddin juga menetapkan agar yuran tambahan sekolah rendah dan menengah tidak boleh melebihi kadar yang ditentukan. Dan yuran ini dibahagikan kepada beberapa kategori pula, iaitu :

  • Kategori A: membabitkan golongan berpendapatan tinggi dengan yuran dikenakan sebanyak RM38.50 dan RM55.50.
  • Kategori B: RM30.50 dan RM44.50
  • Kategori C: RM23.50 dan RM33.50.

Catatan :Khabar nya, kadar ini boleh ditetapkan pada kadar yang munasabah tertakluk kepada kemampuan ibu bapa selepas perbincangan dengan PIBG.

Tetapi lihat sahaja contoh pekelilig di atas...., "jauh panggang dari api ".

Dato' Seri Hishammuddin juga telah melontarkan perkataan yang pasti mengguris hati ibu-bapa (teringat kenyataan yang hampir sama pernah dikeluarkan oleh seorang senator wanita, yang berduit satu ketika dahulu.)

"Walaupun bayaran ini bukan diwajibkan, tetapi bagi saya setelah 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, mustahil ada ibu bapa yang tidak mampu langsung untuk menjelaskannya,"

Tahukah Dato' Seri Hishammuddin, masih ramai lagi orang Malaysia yang masih kurang mampu walau gaji beribu-ribu?....malah ada yang hidup di bawah paras kemiskinan..antara bukti nya, lihat sahaja rancangan “Bersama mu” oleh TV3 (atau Dato tidak menonton nya?). Tiada yang mustahil dalam dunia ini...malah ada bahagian di Semananjung Malaysia ini, masih tiada bekalan Elekterik dan Air, walaupun dah 50 tahun merdeka..apatah lagi di Sabah dan Serawak..cubalah realistik sikit Dato' Sri....

Dato' Seri Hishammuddin, harus bercakap, berpandukan kehidupan sebenar kelompok majoriti rakyat negara ini dan bukan nya dalam kelompok mewah dan kelompok elite minoriti, beliau sekarang ini. Jangan cakap sedap mulut sahaja. Bagi kami rakyat yang sederhana, 1 sen pun berguna kepada kami….

Disini walauapapun kata-kata orang politik yang mewah ini, untuk menyedapkan minda dan perasaan kita, kita akan tetap kena menanggung kos-kos, yang membebankan ini…(Sama juga isu tol naik, tetap kena bayar juga..takda masalah , kan.. Pak menteri..). Bukankah benar kata pepatah melayu “Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul”…

Wahai golongan elite ingatlah walaupun kami miskin wang, tapi kami kaya budi bahasa.... Budi bahasa kan amalan kita....!!!!!! apapun bayar tetap bayar....apa nak buat..? Tepuk dada tanya selera...

p/s: Kata orang tua-tua..."kalau takut tersandung batu, jangan asyik mendongak ke langit……"

20 comments:

Puteri said...

er.. dah lepas zaman sekolah.
tp kat kolej kene lg.. hehe

Mak Su said...

kuang kuang kuang, terlebih promosi hinggakan ramai menggeget jari jemari

de_kerinchi said...

salam puteri,

Tahu takper, itupun nasib baik ada subsidi sedikit..huhuhuhu

Salam maksu,

Promosi yang benar-benar menolong rakyat takpe, tapi kalau memperbodohkan entah ler...

Nunn said...

salam....kadang kadang kita kena paham apa yg di maksud kan sebab zaman sekarang kadang kadang cakap tak serupa bikin.....

Nunn said...

salam ....yg dikurang kan sikit tapi yg diambil nya banyak

de_kerinchi said...

Salam nunn,

Betul tu, banyak kenyataan, entah apa-apa...lepas tu kejap ada..kejap takda macam biskut...

Sebab itu kita harus faham dan berfikir agak nya berapa banyak yang kerajaan beri pada kita dan yang terpaksa kita labur kembali kepada mereka dalam charge-charge yang kurang nampak...atau kita buat-buat tak nampak...

Anonymous said...

indahnya khabar dari rupa...

Ungku Nor said...

semalam masa bayar yuran budak-budak ni..memang rasa dah kena tipu hidup-hidup sungguh laa.

terasa macam bayar lebih dari jumlah yuran tahun lepas.

'Diaorang' memang suka kena sumpah dengan rakyat marhaen agaknya..hehehe.

tunku said...

hisham al mudin kata tak payah bayar pun tak apa, tapi bolehkah diberi jaminan kalau tak bayar , budak itu tidak akan diboikot oleh guru2 kat sekolah, nanti ada pulak tak boleh ikut kelas tambahan etc.teringat kata2 hisham di luar negara "saya bangga pendidikan rendah dan menengah di malaysia adalah percuma 100%" temberang kuat.

de_kerinchi said...

Salam lady mariah,

betul tu.tambah lagi umpama menanam tebu dibibir....

Salam kak ungku nor,

Kalau lihat pada yuran tambahan tu ada yang tak masuk akal...Bayangkan kalau ada lebih dari seorang anak berapa pula kos nya?


Salam kak tunku,

Dato sri Hishamudin, harus turun padang sepenuhnya, jangan dok tunggu laporan dari juak-juak nya atau mendengar khabar angin sahaja.

Beliau boleh cakap, jangan bayar...tapi kenyataan nya anak-anak kita akan di boikot oleh pihak sekolah...ini memang benar berlaku..dalam berita TV3 semalam pun ada satu contoh...Memang senang bercakap, tapi realiti nya sukar untuk dipraktikkan...

Dato' sri hishammudin juga , bercakap macam dato' sri Najib tak tahu apa-apa, sedangkan datuk seri Najib lebih makan garam dalam kementerian pelajaran ni....

Bangga betul Dato' sri Hishamuddin mewar-warkan yuran percuma kepada dunia, yang tak tahu kemelut sebenar nya dalam isu ini...Bagaikan hendak tunjuk ini lah perubahan yang paling besar pernah datuk sri Hishamuddin buat dalam sistem pendidikan negara..

Bertelur sebiji riuh sekampung....

Shumierain said...

salam DK,
xsangka btul Hishamudin sanggup kuarkan statement cam 2..maybi sbb die dah dr kecik diulit gan kemewahan smp lupa kesusahan rakyat sendri..

research sape yg die dgr, disebabkan dah 50taun merdeka so rakyat m'sia semuanya dah idup senang..even kat usa pun ader rakyat die yg xmampu nak g skolah tau..

sy rs bengang sgt psl ramai org kg sy yg xbrape mampu nak byr yuran skrg ni psl makin mahal n makin merepek2...

Buat Hishamudin, tolong buka mata n ati anda psl masalah rakyat..jgn jd bengap sgt..

de_kerinchi said...

Salam shumierain,

Datuk sri hishamudin ni kalau diperatikan selalu bagi statement yang lari dari realiti sebenar...selalunya statement ini akan diperbetulkan dengan cara menyokong kelompok yang dikritik...contoh dulu hebat sungguh membaham para guru yang ada dibawah kementerian nya...la ni baik sungguh bila tahu ada yang tak kena dengan statement awal nya dulu....sama juga dengan isu "Gerakan" baru-baru ini, panas baran tak kena tempat...

Datuk sri memanglah tak salah menghunus keris sekadar memartabatkan tradisi bangsa, tapi elok-elok...senjata yang dihunus biar berpada-pada kelak takut tertikam diri sendiri....sekadar ingatan sahaja....

Anonymous said...

datuk seri.. kalau kerja petani anak 4 orang.. $25 ringgit dah jadi $100.. kalau seratus dan jadi $400.. banyak tu datuk seri..

kenapa tahun lepas tak bangkit, tahun ni bangkit?
tahun lepas dah bangkitkan kot.. tapi tiada tindakan atau lupa?

de_kerinchi said...

Salam echopena,

Inilah masalah utama, Datuk Sri hanya memandang pada isu yuran sekolah sahaja...dan tertumpu pada seorang anak sahaja...Hairan saya kenapa datuk Sri yang sepatutnya lebih bijak selaku seorang pemimpin, tidak menimbangkan isu-isu lain yang berkait rapat..?

Ya....saya setuju ...tahun lepas sudah kedengaran rungutan isu yuran tersebut, mungkin tidak sehangat tahun ini....lagipun tahun ini , banyak bukti terkumpul yang boleh menjadi sandaran untuk kita bersuara...

mungkin anak beliau bertuah kerana memiliki ibubapa yang kaya....

Lily Abdullah said...

Nak menambah lagi sdra,
pokok pangkalnya yuran ka,sumbangan ka, atau apa2 saja perkataannya - kena pakai wang bukan air lior...

Anonymous said...

saya (sebagai non malaysian) telah lama dengar bahwa biaya sekolah dasar dan menengah disana free. ternyata... ianya bukan fakta ya?!
saya juga dengar bahwa bahasa pengantar setiap sekolah dasar (elementary)adalah bahasa inggris. wah wah wah, in short saya kagum lah!
tapi.. betul nggak tuh?
salam kenal de-kerinci! :)

de_kerinchi said...

salam dianz-bandung,

Yuran sekolah di Malaysia hanya dihapuskan baru-baru ini sahaja, tetapi ia sebenar nya telah ditukar di dalam bentuk lain malah lebih membebankan hingga mencecah ratusan ringgit bagi seorang pelajar...


Yuran ini telah ditukar di dalam bentuk nama yang lain seumpama yuran perkhidmatan atau yuran servis....

de_kerinchi said...

Salam waterlily,

Malangnya pemimpin kita ramai yang beranggapan begiut.... ;-)

Anonymous said...

de-kerinci menunjukan tabiat buruk orang Melayu. Sedikitpun tidak mahu meyumbang kepada pelajaran anak-anak. Mereka lebih berminat duduk minum dikedai kopi berjam-jam, belanja duit hisap rokok, pasang astro Rm80 sebulan, mengundi Akademi Fantasi, pasang assesori kereta boleh tapi nak sumbang sedikit kepada anak-anak sekolah Rm30 ringgit setahun pun tak mahu. Berbanding dengan orang cina sanggup meyumbang beratus ribu hanta bejuta untuk sekolah tak buat bising. Alahai apa nak jadi orang Melayu menang sorak kampung tegadai-Blog jangan Block

de_kerinchi said...

anonymous juga seorang yang mempunyai tabiat buruk...

1) Baling batu sembunyi tangan...nama pun tiada
2) Mengulangi alasan yang berulang-ulang dan tidak berapa relevan untuk masyarakat ramai.
3) sama dengan Paklah, alasan tah apa-apa...

Sebelum saudara bercakap cuba saudara fikirkan adilkah alasan saudara kepada masyarakat yang tiada terlibat dengan semua diatas.. saya nak tanya berapa peratus mereka tu yang

1) Merokok
2) Duduk kedai kopi berjam-jam (kampung mana agak nya)
3) Layan akademi fantasia....ramai ker yang ada astro selain kat bandar ni...saya pun tiada astro...
4) Alasan pelik tak masuk akal ialah ramai sangatkah bapa-bapa yang tukar aksesori kereta tahun-tahun..saudara kot

lagi satu betulkah pengiraan saudara, bahawa ibu-bapa hanya mengeluarkan perbelanjaan RM 30 sahaja setahun? setahu saya jumlah tu tak masuk akal....? adakah saudara menghantar anak saudara ke sekolah? saya rasa tidak...kerana saudara tak tahu pun kos penghantaran anak ke sekolah yang sebenar...yang saudara tahu hanya jumlah rm 30 yang tak masuk akal tu..

lagi satu saya nak saudara senaraikan peratusan melayu kaya berbanding cina kaya...lepas tu baru bercakap...melayu kaya tu termasuklah individu politik yang dapat tender runding terus a.k.a kroni....

Saya nasihatkan saudara jangan lagi beri alasan bodoh seperti diatas berulang-ulang kali....nampak jumud...

berilah pandangan disudut mereka yang susah bukan pada diri saudara yang kaya....

Alasan-alasan beginilah yang buat BN banyak tewas dalam PRU13...sebab mereka berangapan semua orang seperti mereka..tetapi sebenarnya tidak....

saya malas hendak jawab perkara ni panjang-panjang, sebab sudah dijawab oleh rakyat dalam PRU13...

Lagi satu saya tak pernah nak block komen orang..asalakan tiada maki hamun..

terima kasih

Blog Widget by LinkWithin