Malaysia Tanah Airku....

January 06, 2008

Yuran Rakyat - Bahagian 2



Bernama

Tambang bas sekolah naik 20%


Siapa yang melenting....? Ibubapa atau ..?

Dalam hal ini , Datuk Seri Hishammuddin harus faham dan dapat membezakan antara kedudukan beliau sebagai seorang menteri yang bertangungjawab dengan kedudukan ibu-bapa selaku rakyat pegundi….

Salahkah seorang pegundi yang mengundi kerajaan, mengadu nasib dan masalah nya kepada pemimpin nya? Adakah rayuan dan rintihan ini dinamakan "melenting"? Siapa yang sebenar nya melenting ?, kelihatan nya seperti Datuk Seri Hishammuddin, sendiri yang melenting dan panas baran ekoran diasak masalah ini…. Malah memalukan apabila sangggup, membuat kenyataan seakan-akan mengaku kalah….

Datuk Seri Hishammuddin telah diberi kepercayaan sebagai wakil kepada rakyat…Selaku seorang pemimpin muda yang sepatut nya lebih mesra rakyat…tetapi telah bertindak disebalik nya. Inikah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat atau bakal digelar seorang pemimpin cemerlang, gemilang dan terbilang…? Ataupun inikah pemimpin yang layak menjulang keris warisan pusaka bangsa…? Tepuk dada tanya selera...........

Tahukah Datuk Seri Hishammuddin, kenapa ibu-bapa (selepas ini saya akan gunakan perkataan rakyat) di zaman ini melenting dengan isu-isu yuran ini, sedangkan dahulu nya tidak?. Cuba bukakan mata Datuk Seri Hishammuddin luas-luas, dan lihatlah keadaan persekitaran realiti kehidupan Malaysia yang tercinta ini…ternyata keadaan kehidupan sekarang ini amat jelas mengambarkan kecelaruan...ketidak tentuan, mengambarkan bertapa kos sara hidup dah mula melambung tinggi, sehingga amat payah rasanya, hendak menanggung kos perbelanjaan yang kian menjulang naik ini. Ini belum lagi dengan masalah kekurangan minyak masak, tepung dan berbagai lagi masalah sampingan yang menyesakkan dada.... Jadi terpaksalah suara rakyat ini, terlontar keluar , akibat sudah terpendam begitu lama... Ibarat api dalam sekam, hanya menanti minyak diterkam sang bara.....

Jangan Datuk Seri Hishammuddin sempitkan skop pemerhatian, pada masalah yuran sahaja, lihat lah pada fonomena kenaikan harga minyak, tol, elektrik, air, cukai pintu, cukai tanah, dan pelbagai lagi bayaran yang dahulu tidak wujud tetapi kini perlu wujud…sehinggakan barangan penyewa rumah pun sanggup disita, akibat tuan empunya rumah tidak membayar cukai….. Inilah antara contoh-contoh yang amat berkaitan dengan fonomena apa yang Datuk Sri katakan, " melentingnya" rakyat kita dewasa ini …?.

Datuk Seri Hishammuddin harus sedar dengan membayar yuran lebih RM 10 ringgit pun akan mengubah corak perbelanjaan sesebuah keluarga…. Sekali lagi diingatkan janganlah dipandang pada masalah yuran sahaja, tapi pandanglah kepada kos sara hidup secara keseluruhan nya… bukankah pihak kerajaan pernah berkata kalau hendak menghukum, hukumlah dengan berita sepenuh nya, bukan berita sekerat-sekerat…..

Lagipun Datuk Seri Hishammuddin harus sedar, rakyat sekarang ramai yang telah berpelajaran , ramai yang sudah tahu menulis dan membaca, ramai juga yang telah celik IT, dan tidak hairanlah mereka tahu hak bersuara yang dimiliki oleh mereka. Takkan hak bersuara ini juga perlukan permit polis....!!!!

Jadi Datuk Seri Hishammuddin jangan lah merasa pelik….Inikan hasil kejayaan bersama, hasil dari kejayaan dasar pelajaran negara…Sekali lagi soalan ini ditujukan kepada Datuk Seri Hishammuddin, "salahkah seorang rakyat mengadu nasib nya kepada pemimpinan nya…?"

Ataupun yang salah nya, kerana membuat Datuk Seri Hishammuddin melenting sebab keselesaan dan keamanan hidup, Datuk Seri Hishammuddin diganggu gugat oleh masalah remeh ini ( ini merupakan anggapan Datuk Seri, sedangkan masalah ini merupakan masalah besar bagi rakyat biasa seperti saya...)

Janganlah Datuk Seri, memulangkan paku buah keras.....sehingga sanggup bertanya apakah sumbangan rakyat kepada negara …..Kerana rakyat juga berhak bertanya apakah sumbangan pemimpin kepada pengundi nya…. Rakyat masih belum puas, dengan jawapan semberono yang didengar dari mulut pemimpin nya... Inikah balasan yang diberi seorang pemimpin kepada orang-orang yang dipimpin nya…?

Kenyataan Datuk Seri Hishammuddin yang mengatakan "sekolah tidak akan ditutup dengan tiada nya sumbangan rakyat”, kedengaran amatlah angkuh sekali. Wahai Datuk Seri… Ingatlah ini bumi tuhan….bukan milik mutlak, kita selama nya….

Hari ini kita berkuasa, esok-lusa kuasa bisa terlucut....
Hari ini kita sihat, esok-lusa kita mungkin sakit tenat....
Hari ini kita kaya, esok-lusa mungkin kita merempat....

Yang pasti nya...

Hari ini kita hidup, esok-lusa pasti kita akan mati.............
Hari ini kita berdosa, esok-lusa pasti dituntut di akhirat kelak......
Kata orang dari hidup bergelumang dosa, lebih baik bergalang tanah........

Dan jangan sesekali, Datuk Seri, membuat kenyataan streotaip yang bodoh lagi jumud, dengan mengatakan “duit rokok boleh bayar, takkan yuran sekolah tak boleh bayar…” . Rasanya berapa peratus rakyat yang merokok….takkan sebab “nila setitik…semuanya terbalit biru….?” Lagipun, bukankah, semuanya sudah berbayar atas nama cukai kerajaan.....Ataupun Astro boleh bayar, yuran tak boleh bayar.. cubalah buat bancian berapa ramai rumah yang ada Astro di Malaysia ini...?

Datuk Seri juga cuba membuat perbandingan yang tidak adil...dengan membandingkan ibu-bapa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, dengan ibu-bapa Sekolah Kebangsaan Melayu…kenapa tidak dibandingkan dengan sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil…? Bukankah dasar ekonomi baru masih belum tercapai sepenuh nya…? Jadi apa relevan nya, dibandingkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, yang rata-rata keluarganya usahawan berjaya dengan Sekolah Kebangsaan Melayu yang rata-rata keluarga nya berpendapatan sederhana, seorang pion atau pekerja di sektor kerajaan, para nelayan, petani, penternak, peladang, buruh dan lain-lain nya …? Jadi siapakah yang perlu lebih proaktif dalam menelaah masalah rakyat.. pemimpin kah ? atau rakyatkah…?

Benarkahkah tanggapan
Datuk Seri, hanya segelintir sekolah yang mengenakan yuran sekolah tambahan secara keterlaluan manakala selebihnya mematuhi peraturan yang ditetapkan? Janganlah Datuk Seri Hishammuddin dengar sahaja cakap-cakap pegawai Datuk Seri …Sesekali kena buat lawatan mengejut…tengok apa sebenarnya terjadi kat bawah ni….jangan asyik melenting sahaja…..Contohi sahaja Datuk Sri Najib, semasa beliau menerajui kepimpinan Kementerian Pelajaran…kan ramai orang benci-benci, suka... akan kepimpinan beliau…

p/s: Teringat satu dialog di dalam sebuah cerita P. Ramlee…..“Datuk Seri Hishammuddin, bercakap bahasa muda, penuh dendam darah bergelora….”.........................

17 comments:

Mak Su said...

hhmmmm, hhhhhh (mengeluh), nada sora depa pun mcm tak prihatin sajork... hmmmm

Ungku Nor said...

saya tidak merokok.
di rumah saya juga tiada parabola Astro.

Sebenarnya sekarang ni, nampak sangat orang atas dah tersepit dan sibuk nak lepaskan tengkuk sendiri..

de_kerinchi said...

Salam maksu,

Yalah menjawab pun macam satu beban besar..macam tidak berminat...buat sakit hati sahaja...

salam kak ungku nor,

Lepas tengkuk satu hal...satu hal lagi, guris hati kita ni...tahulah dia tu kaya...

Anonymous said...

ya, saya yang tidak terlibat dalam hal-hal berkaitan yuran sekolah juga sakit hati dengar kata-kata hishamudin...sampai termencarut [dalam hati]...astagfirullah...

kenapa dia jawab cam tu? apa fungsi dia sebagai menteri di situ? tunggul? atau kambing yang sibuk mengunyah rumput?.

taufiq said...

susah juga kalau tak dapat membezakan peranan yang dimainkan sebelum menutur kata... pak menteri, kadang-kadang kena berjiwa rakyat, kadang-kadang kena berjiwa menteri. bayar gaji mahal tu bukan saja-saja

de_kerinchi said...

Salam Bayan,

Kenyataan beliau memang buat kita hilang akal, sakit hati...jawapan sambil lewa dan tidak sopan..tak tahu jaga hati orang...salahkah dia berbicara dengan nada yang lebih diplomasi,mesra rakyat, bersopan santun, masuk akal dan berhemah...sebagai seorang muslim sejati...

Salam taufiq,

Selalunya mereka ingat, kita pada waktu pemilihan parti atau masa pilihanraya...

Bila dah lepas tengkuk, siapalah kita kan.....

Lily Abdullah said...

Ya..ya..yuran...adik aaya kat kg megeluh...anaknya 4 sekolah...suami cuma bawa lori. dan dia seorang suri.

arsaili said...

salam maal hijrah bro...semoga di tahun baru ini menjanjikan kebahagian dan krahmatan dr Nya

de_kerinchi said...

salam waterlily,

Maalahnya pemimpin kita tak faham atau buat-buat tak faham...


Salam arsaili,

salam maal hijrah....juga semoga rahmat dan kebahagaiaan juga menyelubungi saudara...terima kasih

Puteri said...

beginilah nasih bila di bawah...

Puteri said...

salam maal hijrah buat abg de_kerinchi. smoga tahun ini lebih baik dr thun2 yg lalu. smoga Allah memakbulkan sgala doa dan impian, ameen.

de_kerinchi said...

salam puteri...

Terima kasih..salam maal hijrah juga...

Laporan Percuma

Puteri said...

bila nak update lagi ni?

de_kerinchi said...

Salam puteri,

Maafkan saya, bukan tidak mahu update, minggu ni bukan sahaja paling sibuk, tetapi talian internet amatlah mendukacitakan, hendak buka satu laman web ambil masa,hampirsatu minit...insyaallah bila talian pulih saya akan mengupdate... :-)

Anonymous said...

Maaf encik...saya sengaja mengetag anda. jika ada kelapangan jawab ye. terima Kasih.

http://psittacula.wordpress.com/2008/01/15/tag-tahun-baru/

dianz said...

salam dekerinchi!
menyambung balasan komen saya di entry sebelumnya, di Indonesia students fees yg harus bayar tiap bulan tu sudah FREE sejak pemerintahan SBY ini, dan tidak ditukar dengan biaya apa pun alhamdulillah (kecuali jika sekolah memiliki policy lain), tapi sayangnya itu hanya untuk sekolah dasar saja (elementary dan sekolah menengah pertama).
saya sering berandai2, andai... semua level sekolah FREE... tp kapan ya ini jadi reality?!
saya percaya malaysia bisa lebih baik dr indonesia. mungkin semua level pendidikan disana bisa free :D
saya doakan :)

de_kerinchi said...

salam bayan..

dah jawab kat atas...


salam dianz

Wah di Indonesia,dahulu fees nya kena bayar bulanan ya...wah gawat tu...tapi alhamdullilah sudah dimansuhkan...

Ya saya pun berharap institusi pendidikan dapat memberi pendidikan percuma...di Malaysia dan Indonesia...

Harap pihak kerajaan dapat menumpukan kepada pendidikan percuma agar generasi baru akan lebih terdidik dan tidak ada yang ketinggalan pembelajaran nya...

Walaupun sudah lama merdeka masih ada yang tidak mampu untuk belajar, kerana tidak mampu menanggung kos nya..

bayangkan berapa banyak kos yang harus ditanggung seperti kos pembelian pakaian,buku tambahan,pengangkutan,pelbagai yuran pelik..dan lain-lain

Blog Widget by LinkWithin