Malaysia Tanah Airku....

December 30, 2007

Gambar Lama Sekitar Kampung Hj. Abdullah Hukum



Pada jumaat lepas saya telah menghadiri, majlis perkahwinan saudara saya di Kandang, Melaka. Agak lama juga saya tidak datang ke Melaka, menyebabkan saya telah sesat jalan. Ini semua disebabkan pembinaan jalan baru yang menghubungkan Semabok hingga ke Muar. Bukan saya sahaja yang sesat jalan, tetapi ramai juga turut menjadi mangsa jalan baru tersebut..... Mujurlah saya dapat mengecam Masjid Lama di Pernoh dan Balai Polis Kandang, dan mercu tanda ini telah menjadi penunjuk arah untuk ke Kampong Kandang.

Seperti biasa kalau ke majlis perkahwinan di sekitar Melaka saya amat teruja sekali, kerana kemungkinan besar, saya bakal menikmati hidangan masak asam Melaka, yang terkenal itu. Ternyata agakkan saya benar belaka, malah kehadiran saya pada majlis yang berlansung di sebelah malam , dijamu dengan nasi, roti canai berkuahkan masak asam, kari kambing, kurma ayam, sup tulang dan pelbagai lagi masakan menarik......maklumlah baru lepas menyambut hari raya korban....

Disebabkan saya telah sampai ke negeri Melaka yang bersejarah ini, saya mengambil kesempatan untuk singgah ke rumah dua waris Hj. Hashim, yang juga merupakan waris Hj. Abdullah Hukom. Seperti dijanjikan saya cuba untuk meminjam gambar-gambar lama dan bersejarah sekitar kampung Hj. Abdullah Hukum. Saya mendapat keizinan pemilik gambar tersebut untuk membawa pulang gambar-gambar bersejarah ini. Malangnya hanya separuh sahaja gambar-gambar ni dapat saya lihat, kerana sebahagian lagi gambar-gambar penting tidak dipulangkan oleh orang-orang tertentu, setelah dipinjamkan kepada mereka. Amat sayang sekali, ternyata saya sudah terlambat sedikit. Begitu juga keinginan untuk melihat senjata-senjata lama juga terkubur, akibat khazanah bersejarah itu telah beralih ke tangan orang lain..., insyallah saya akan cuba mengesan nya nanti.

Di bawah ini saya "uploadkan" sebahagian gambar-gambar tersebut untuk tatapan bersama :







Klik gambar

Gambar ini diambil pada 16/03/1935, sempena sambutan ulang tahun yang ke seratus usia Hj. Abdullah Hukum atau Datuk Dagang Dianjuk atau Arya Jaya . Lihat pada tulisan jawi yang tertera pada gambar di atas. Rumah yang menjadi latarbelakang gambar ini, merupakan rumah Hj Abdullah Hukum di Kampong Hj Abdullah Hukum. Rumah ini masih wujud lagi pada masa ini. Untuk pengetahuan, yang duduk ditengah-tengah sambil memegang tombak (salah satu senjata yang pernah digunakan dalam perang Selangor) itulah Hj. Abdullah Hukum pada usia ke 100 tahun.



Klik gambar

Anak-anak Kampong Hj. Abdullah Hukum




Klik gambar

Ini adalah gambaran banjir yang berlaku di Kampong Hj. Abdullah Hukum pada tahun 1935


Klik gambar

Ini adalah gambar cucu kesayangan Hj. Abdullah Hukum, Allahyarham Hj. Hashim bin Jaafar, berlatarkan rumah tua Hj. Abdullah Hukum- 1933



Klik gambar

Belia-belia Kampung Hj. Abdullah Hukum, bergotong royong dalam satu majlis perkahwinan pada tahun 1938


posting asal: Abdullah hukum sejarah yang dilupai
berkaitan : Wajah Haji Abdullah Hukum

p/s: Teruja lihat gambar-gambar dan khazanah lama ni.... rasa tak sanggup nak kehilangan satu pun.... ada lagi gambar yang bakal saya sunting untuk projek yang akan datang...

11 comments:

Ungku Nor said...

khazanah yang harus kita pelihara.

de_kerinchi said...

salam kak ungku nor,

Malang nya dewasa ini , ramai anak muda hanya tahu memusnahkan identiti bangsa sendiri...

Mak Su said...

terharu melihat gambar2 lama... teruskan usaha murni menjejaki

de_kerinchi said...

Salam maksu,

Terima kasih banyak atas galakan,

Semasa saya di Melaka saya membelek berjam-jam gambar-gambar tersebut...hingga akhir nya terpaksa bermalam di rumah tuan punya gambar...:o)

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Salam perkenalan dr saya Mohd Adam bin Ahmad Razali. saya amat teruja sekali tgk gambar2 lama tu. mengapa?? sbb bonda saya Siti Asiah binti Haji Abdullah Hukom. Menurut cerita bonda, beliau adalah anak bongsu kpd Hj. Abdullah Hukom. Saya sedang mengkaji susur galur keluarga bonda untuk mengetahui, menjejaki waris2 Hj. Abdullah Hukom & mengesahkan sejarah keluarga kami. bonda mempunyai adik beradik yang kini menetap di Perak. tanjung malim (kakak bonda), kalumpang (abg: raden tahir), behrang (harun bin muhammad rukun). saya amat berterima kasih kepada sesiapa yang sudi berkongsi maklumat dgn saya. hp: 0193449228 email: adam_razali@yahoo.com

kepada de_kerinchi,

Saya amat2 berharap utk mendapatkan alamat/maklumat waris Hj. Hashim, yang juga merupakan waris Hj. Abdullah Hukom yg berada di melaka. terima kasih.

mizcurrent said...

assalamualaikum,
saya abdul rahim bin hashim. sya amat seronok melihat gambar2 ini. Sy tertny2 siapa yang menulis blog ini. Semoga sejarah hj abdullah hukum segar dalam ingatan.

kekal keturunan de-kerinchi...

mizcurrent said...

assalamualaikum,
saya abdul rahim bin hashim. sya amat seronok melihat gambar2 ini. Sy tertny2 siapa yang menulis blog ini. Semoga sejarah hj abdullah hukum segar dalam ingatan.

kekal keturunan de-kerinchi...

Anonymous said...

Salam,

Saya juga teruja melihat gambar2 lama ini. walau bukan waris Abdullah hukum tapi saya amat dkt dgn keluarga beliau dan saya juga dilahirkan di rumah beliau. Utk lihat lain gambar boleh ke fp http://norezy.fotopages.com/?entry=1923934&page=0

jane rempah ratus @ Puteri Fiona {facebook} said...
This comment has been removed by the author.
Shaharil said...

Salam 1Malaysia,

Kita harus kekalkan sejarah Abdullah Hukum untuk generasi muda.

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya shukri. Serba sedikit mengetahui mengenai Abdullah Hukum melalui cerita dari arwah nenek saya. Tak silap saya opah saya panggil bibik isteri kpd pak itam.

Blog Widget by LinkWithin