Malaysia Tanah Airku....

December 01, 2007

Sejarah Bangsa Ku


Hari ini pagi-pagi lagi sudah bersiap, rajin pula saya hari ni, hendak bawa keluarga ke Pantai Morib. Sudah lama saya tidak mengunjungi Pantai Morib ini, seingat saya kali terakhir saya mengunjungi nya ialah semasa bersekolah rendah, itupun dibawa oleh arwah abah tercinta. Sampai sahaja di Pantai Morib , tidak ada apa yang hendak dibanggakan , keadaan nya tidak semeriah seperti di tahun-tahun 70an dahulu. Disebabkan tiada benda yang menarik di situ, pada pukul 12.40, saya mengambil keputusan untuk pergi ke Kampung Bandar, kawasan bersejarah Kesultanan Melayu Selangor. Saya tiba di kawasan ini, bertepatan masuk nya waktu zuhor. Kedengaran sayup-sayup seruan azan bergema dan saya pun terus memandu ke arah Masjid Bandar, di sini saya sempat bersolat jemaah dengan penduduk setempat. Terpaku dengan kekaguman, apabila saya memandang senibina Masjid lama ini. Lalu saya telah meminta keizinan imam masjid untuk merakamkan beberapa gambar menarik di sekitar masjid ini. Dan ini lah hasil nya untuk tatapan bersama.

Kawasan Pantai Morib

Pantai Morib terletak di negeri Selangor, menghadap Selat Melaka. Bandar terdekat ialah Pekan Banting yang jaraknya sekitar 10 km. Pantai Morib merupakan salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu.








Salah satu papan tanda amaran yang menanti pengunjung.


Monyet Yang Mesra Pengunjung


Aiskrim yang lazat untuk dinikmati


Istana Bandar

Istana Bandar Terletak lebih kurang 20 minit perjalanan dari Pantai Morib.


Di Sejarahkan, Almarhum Sultan Alaeddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa (Sultan Selangor ke lima), telah menaiki takhta pada 17 hb Febuari 1898 mengantikan paduka ninda baginda Sultan Abdul Samad. Antara peninggalan bersejarah semasa pemerintahan baginda di Bandar Temasha ,Jugra , Kuala Langat ialah Istana Bandar yang dibina pada tahun 1905. Istana ini juga dikenali sebagai Istana 40 bilik kerana di dalam nya terdapat 40 buah bilik. Istana dua tingkat ini di bina di atas tanah seluas 12.96 ekar. Di bahagian tengah nya terdapat dua tingkat Istana yang mengandungi 4 bilik iaitu bilik peraduan, bilik mengadap , bilik tetamu diraja dan persemayam baginda.


Dibahagian atas mengarah ke utara diadakan beranda iaitu kawasan lapang tidak beratap dan berdinding kisi-kisi batu sebagai tempat berehat di waktu petang dan malam serta tempat jamuan kecil diraja. Istana ini merupakan tempat Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj diputerakan. Sayang nya, pelawat tidak dibenarkan masuk ke dalam istana ini.....






Pintu Gerbang Yang Menyambut Kedatangan Pengunjung

Pandangan Dari Hadapan


Senibina Yang Menarik.


Masjid Bandar

Masjid Bandar terletak kira-kira 200 meter dari Istana Temasha atau Istana Bandar. Ia dibina pada tahun 1905, iaitu bersamaan dengan pembinaan Istana Bandar. Senibina nya dikatakan menerima suntikan senibina dari kerajaan Deli, di Medan Sumatera Utara, Indonesia. Tiang Seri dan seni ukir dinding serta mimbar nya yang unik menggunakan kayu dari jenis yang tahan lama dan bermutu tinggi. Mimbar yang terdapat di dalam Masjid Sultan Alauddin Sulaiman Shah ini, dikatakan sering digunakan oleh baginda semasa menyampaikan khutbah.




Papan Tanda Arah


Pintu Pagar Utama


Tugu Peringatan Empat Bahasa

Pandangan Hadapan Masjid


Pintu Masuk Utama


Mimbar Masjid


Tiang Masjid


Siling Masjid


Bahagian Penjuru Masjid

Dan akhir nya saya terpaksa kembali, tanpa sempat melawat kawasan bangunan-bangunan bersejarah, pemakaman diraja dan rumah api, kerana hari, sudah lewat petang.....mungkin saya akan menyambung lawatan ini di hari yang lain nanti.



p/s Bertapa bernilainya harta peninggalan nenek moyang kita....semuanya ini harus dijaga, untuk tatapan generasi akan datang.

7 comments:

Mak Su said...

tq berkongsi info, kalau ada rezeki, bolehlah saya ke sana juga

arsaili said...

iskkk nice photo aaaa

de_kerinchi said...

Salam maksu,

Tempat tu memang tersorok kalau takda papan tanda, pasti tak tahu ada istana di situ..macam kampung tradisional betul.


Salam arsaili,

Kalau balik dari australia nanti boleh jalan-jalan sekitar Malaysia..sebenarnya banyak tempat yang tidak pernah kita lawat.

Ungku Nor said...

tak pernah dengar.
Patut kena masukkan kat peta pelancongan Msia tempat2 macam nih.

de_kerinchi said...

Salam kak ungku nor,

Waupun saya anak jati selangor, tapi saya baru dengar pasal tempat ni, itupun sebab dah ada papantanda arah yang baru...

Memang tempat ni dah diwartakan sebagai tempat bersejarah dan diiktiraf oleh tourism malaysia..masaalah nya tak terjaga..dan kurang promosi..

saya rasa kalau kawasan istana bandar itu dibuka untuk lawatan (termasuk di dalam istana)..mungkin ramai pelancong yang datang...dari dia dibiarkan usang, baik dimanfaatkan..macam buat muzium ker...

Shumierain said...

laaa sy pun anak jati selangor gak tp sy xtau langsung psl tmpt ni..cantek laaa..syg nya tmpt b'sejarah cam ni x di warwarkan..

de_kerinchi said...

Salam shumierain,

Lepas ni kena buat rombongan lah.

Blog Widget by LinkWithin