Semalam saya melihat berita di TV3, yang menyiarkan berita mengenai Adik kepada seorang Menteri kabinet direman sehari bagi membantu siasatan polis berhubung kes memiliki dadah. Tetapi bukan "title" adik menteri itu, yang menarik perhatian saya, tetapi cara persembahan visual berita itu disampaikan, amat pelik dan jelik bagi saya.
Dahulu, pernah rangkaian tv di Malaysia mengamalkan dasar, memaparkan gambar tertuduh yang dibawa ke mahkamah, dengan visual muka yang dikaburkan, kemudian sejak akhir-akhir ini banyak yang sudah terdedah dan terbuka...tetapi semalam, wajah adik menteri ini dikaburkan pula. Persoalan nya adakah konsep mengkaburkan muka tertuduh hanya terpakai kepada orang ternama, demi menjaga hati dan perasaan keluarga orang-orang ternama? Apa jadi kepada terduduh dari golongan kebanyakan?
Saya berpendapat, visual para terduduh haruslah dikaburkan, dan terpakai kepada semua peringkat bangsa, agama dan pangkat. "Tertuduh" pada dasar nya hanyalah baru dituduh, mereka belum lagi diakui sebagai pesalah dan dijatuhi hukuman oleh mahkamah...jadi apa hak stesyen Tv kita menjatuhkan hukuman yang lebih awal kepada mereka? Lebih jelik lagi apabila ianya terpakai kepada kes-kes tertentu sahaja. Berikanlah mereka hak asasi sebagai seorang manusia. Janganlah mahu mengejar populariti, hingga kita meninggalkan ciri-ciri insaniah sebagai seorang manusia. Fikirkanlah perasaan malu, tertekan dan berbagai perasaan negatif yang sedang menyelubungi tertuduh dan para keluarganya...apatah lagi sekira nya mereka memang benar-benar tidak bersalah dan baru tertuduh.
Walaupun mungkin pemilik stesyen tv ini berpendapat bahawa risiko untuk disaman adalah amat kecil bagi golongan kurang berduit tetapi sekurang-kurang nya mereka sedar akan kenyataan bahawa , mereka masih tidak terlepas dari hukuman tuhan atas tiket, selaku agen mengwar-warkan keaiban seorang manusia. Malah akan menjadi bertambah parah apabila, kenyataan nya, si yang diaibkan serta keluarga mereka memang tidak bersalah....?
p/s: Inikah yang dikatakan permainan dunia.....

14 comments:
Itu baru bab pesalah dan tertuduh. Memang benar kita harus menjaga aib orang lain sama ada orang itu hanya penoreh getah atau pemungut besi buruk sekalipun.
Bagaimana pula dengan visual lucah di tv? Sebagai contoh satu babak di dalam drama Jelatang (tv3), wanita yang memakai baju mendedah dada dikaburkan bahagian dadanya. dan ada babak lain yang bahagian dadanya terdedah tanpa unsur kekaburan. so, apa faedahnya kalau dikaburkan.
begitu juga siaran telenovela terutama dari mexico dan sepanyol yang memang 99% berunsur seks dan seksi. perlukah kaburkan visual terlampau setiap babak atau gam terus drama itu dari ditayangkan?
keliru dengan polisi media...
salam zalila,
Memang tepat sekali saranan tu, tak lupa pada drama dan filem-filem seksi...harus tidak ditayang sama sekali...mana pergi nya lembaga penapis kita yuk...
Zaman hadhari patut nya lebih kuat penerapan islam nya...ni jadi sebalik nya....
setuju ngan de_kerinchi, amalkan adil dan saksama, afterall kalau nak dipanjangkan cerita, semua pun makhluk Allah jugak
Salam maksu,
Tahu takpa....kalau mencakup hal agama..ramai nak larikan diri...banyak dalih....
Dah lali dengan sikap double standard media kita ni..
d_k,
2 adalah permianan biase bg media pengampu...kalu cite psl politics news lg la xleh harap..2la kekadang sy malas nak nengok brite awal2 sbb dorg akan siar cite ampu2an jer..
Salam,
Tiba masanya kita boikot kesemua media perdana. Yok!
Setuju pendapat de_kerinchi. Artikel dan pandangan yang bernas.
salam bro shah cakapaje,
Masalah nya, kerja memboikot ni kena semua buat, kalau separuh-separuh tak jadi...macam kempen jangan beli ayam...
dr. azwan
Salam Dr. azwan,
TQ.....apapun kita kena fikirkan maruah orang lain juga...
Salam Sdr Da Kerinci,
Terpanggil untu menumpang sekali bila bercerita bab pilih bulu ni.
Baik stesyen TV maupun LPF...dua kali lima saja.
Yang kurang bernasib baik cumalah "ikan-ikan kecil"...jerung & yu sentiasa terlepas
saya pun bersetuju ngan bro..jangan lupa tanggungjawab sosial kita..kerana jika mereka tidak sabit kesalahan, mereka tetap mendapat aib dan berhadapan dengan pandangan serong masyarakat kerana kesilapan sebegini
salam waterlily,
Sokong waterlily, Konsep ini harus diperbetulkan...jangan ada doube standard..tapi orang kita kalau nampak ortang berkereta mewah ...mereka lebih hormat.. kalau dibandingan pakai sang kancil...
Padahal penghormatan itu harus dinikmati oleh semua orang..itu kan tuntutan agama...
salam arsaii,
Benar , demi menjalankan tugas, ada orang sanggup mempertaruhkan keaiban orang lain...semoga tuhan menyedarkan mereka ini..termasuk diri saya...
tak perasan plak pasal ni. *nampak sgt jarang2 tengok bite,huhu*. lagipun, biasanya yg tertuduh tu msti nak ttp muka. tahu lak rs malu. ms uat jahat, xtau lak rs malu ngan Tuhan.
salam ariaayumi,
Tapi kalau mereka memang tak bersalah, kita juga yang berdosa...
Biar sudah jatuh hukum .baru kenyataan terserlah..itupun ada juga hukum dunia yang tidak menepati ciri-ciri keadilan..hanya hukum Allah s.w.t. sahaja..yang adil seadil nya...
Post a Comment