Malaysia Tanah Airku....

December 10, 2007

Kucing Telon



Hari jumaat lepas, saya telah pulang ke kampong untuk bersiap, bagi menghadiri majlis perkahwinan saudara saya di Bangi, Malam itu seperti biasa di rumah emak, anak saya bermain dengan keletah nya. Tiba-tiba, tepat jam sembilan malam dia menunjukkan tangan nya kearah dinding rumah seraya berkata “hantu”….!, sambil mengambi bantal dan menekupkan muka nya. Melihatkan tubuh kecinya mengigil ketakutan, lalu saya menyedari ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku. Lalu seperti biasa, amalan yang saya lakukan adalah solat hajat 2 rakaat, kemudian membaca surah Yasin dan melakukan ritual zikir hingga sesuatu gangguan itu hilang.…

Tapi malam ini saya merasa berlainan benar. Terasa amat berat tubuh saya untuk digerakkan malah merasakan tubuh ini mengembang tak sudah-sudah.. Berulang-ulang kali saya beristighfar, tapi masih tidak dapat menghilangkan gejala tersebut. Maka saya dapat merasakan bahawa kehadiran mahluk Allah s.w.t. di rumah emak saya , pada malam ini amat ampuh untuk ditumpaskan. Ternyata mahluk yang hadir untuk kali ini amat berlainan dari yang pernah saya hadapi.

Selepas saya mengambil air solat, saya terus melaku solat hajat dan menyambung membaca surah yasin dan zikir. Sepanjang ritual ini, amat susah untuk saya melontarkan suara saya, terasa sesak di dada untuk melafazkan kalimat-kalimat suci ini, hingga suara saya sudah bertukar nada…garau dan kasar…! Tubuh saya bagai digoncang-goncang namun saya terus mengagahkan diri melawan mahluk Allah s.w.t ini. Akhir nya saya dapat menyelasaikan ritual ini dalam keadaan yang amat payah sekali. Inilah pertama kali saya menghadapi tentangan yang begitu hebat.

Seingat saya , gangguan ini sudah dapat ditangani sepenuh nya, apabila melihat anak saya tertidur pulas. Tapi malang nya apabila saya berselawat atas nabi dan menghempuskan kalimat ini ke ubun-ubun si kecil, dia tiba-tiba menangis dan tubuh nya mengigil kembali.

"Ahh..karut ni…mahluk laknatullah..ni degil betul…", terdetik maki hamun di hati saya… Ini tak boleh jadi, saya terus melaungkan azan, dan anak saya terus menangis, lalu saya terus mendakap nya dan memanggil adik saya , untuk membawa saya ke rumah seorang uztaz yang memang menjalankan aktiviti perubatan tradisional.

Keluar dari kawasan rumah, anak saya sudah mula keletah dan gembira kembali. Cuma badan saya terasa amat berat dan tak berdaya sekali, bagaikan sudah mendaki gunung yang tinggi. Sesampai di rumah si ustaz, saya memberi salam , lalu kedengaran sahutan dari dalam tanpa kelibat, memberitahu bahawa si ustaz telah tidur. Terdetik di hati saya , bagaimanakah ustaz ini boleh memberikan alasan sudah tidur untuk menolak bantuan? Sedangkan inilah tugas-tugas rutin dia. Seingat saya, salah satu pantang orang yang menjadi pengamal perubatan, ialah menolak permintaan pesakit untuk berubat……kalau tidak pasti amalan nya menjadi tawar.

Untuk bersangka baik saya hanya , meminta adik saya membawa ke rumah ustaz yang lain pula, Lalu sesampai di rumah nya dan memberi salam, kelihatan kelibat ustaz yang masih jelas raut muka nya memaparkan sisi, orang baru bangun dari tidur. Selepas bersalam dan menyampaikan hajat, lalu si ustaz pun mengendong anak saya, dan terus membawa ke dalam rumah. Setelah membacakan ayat suci Al-Quran dan menghembuskan ke ubun-ubun anak saya, dia memberi seikat kecil garam yang telah ditawarkan untuk bekalan pulang ke rumah. Dengan senang hati saya mengucapkan terima kasih pada ustaz yang budiman sambil menitipkan sedikit derma ikhlas, lalu terus pulang ke rumah

Sangkaan saya, bahawa ganguan sudah hilang, ternyata amat meleset sekali, amat degil nampak nya mahluk Allah ini…Masuk sahaja ke tandas, saya sudah dapat merasakan kehadiran nya, juga di dalam bilik tidur …lalu saya mengarahkan ahli keluarga saya agar tidur di ruang tamu dan sepanjang malam hingga ke azan subuh saya dan isteri bergilir-gilir menjaga anak saya.. Alhamdullillah tiada apa gangguan pun yang menimpa kami sekeluarga.

Seingat saya sejak kecil lagi anak saya sering dibawa berubat sehingga ke Batu Pahat Johor akibat sawan tangis dan sudah berbotol-botol air wirid yasin dari masjid-masjid dan surau-surau telah dibekalkan kepada saya dan akhirnya tabiat tangis itu berhenti seiring berahir nya waktu pantang. Selepas itu , hanya gangguan kecil sahaja yang kadang-kadang dihadapi oleh saya. (gangguan pelesit, sampok dan meracau) termasuklah tabiat sering menunjuk ke dinding, seakan-akan melihat sesuatu.

Keesokan hari nya, walaupun dalam keadaan kurang tidur dan penat saya, tetap bersiap untuk ke majlis perkahwinan di Bangi dan sesampai saya di sana tidak ada agenda lain yang lebih penting selain acara bergotong royong…… Semasa berehat saya sempat meluahkan, masaalah anak saya kepada kepada bapak saudara saya, Pak Itam, dan meminta beliau mencari tempat berubat disekitar Klang, lalu beliau terus memanggil menantunya yang dikenali sebagai “Wak” (Sebab ia keturunan jawa), untuk membantu.

Setelah habis saya bercerita masalah saya kepada “Wak”, dan seterus nya teruk saya di “lecture”, pasal tidak menceritakan hal ini, dia pun memberi saya satu petua jawa lama, iaitu dengan menyediakan benang tiga warna, kuning, putih dan hitam, lalu di gumpal menjadi satu dan diikat ke pergelangan tangan anak. Menurut “Wak”, benang tiga warna ini merupakan, salah satu sumpah syaitan yang dapat menghalau mahluk ini dari persekitaran anak-anak. Sambung beliau lagi warna ini mengikut, umpama warna “kucing talon” ( Istilah melayu nya kucing belang tiga warna). Dikatakan pada masa dahulu ada seorang Kiyai yang amat alim di tanah Jawa telah bertarung dengan sebangsa syaitan, lalu Kiyai ini telah dapat mengalahkan nya. Disebabkan resmi syaitan ini tidak mati hingga hari kiamat maka , si Kiyai ini telah memberi amaran kepada syaitan laknatulah, tersebut, jangan sesekali , menggangu anak cucu nya yang memakai gelang kucing telon. Pesan “Wak” lagi sekira nya petua ini masih tidak berkesan, dia meminta saya berjumpa di kembali untuk usaha yang selanjut nya.

p/s: Semakin kita ingin menjarakkan diri kita dari dunia mistik menuju dunia moden, semakin banyak bukti-bukti yang sering menganggu kehidupan harian kita. Apapun kesimpulan nya, selagi anak cucu Adam hidup di muka bumi ini, selagi itulah mahluk syaitan laknatullah dan mahluk seangkatan nya, bersumpah untuk menyesatkan kita…jadi berwaspadalah.

10 comments:

Anonymous said...

what a nightmare...

Shumierain said...

dugaan drpNYA utk menguji kt..

de_kerinchi said...

salam ladymariah,

Memang nightmare yang panjang...sungguh lama masa hendak berlalu....

Salam shumierain,

Dugaan yang bisa menggoncang iman...sabar ajelah

Mak Su said...

saya ingin minta maaf sebab pertama kali membaca, saya ingat anak anda takutkan kucing, ya ler..taruh gambar kucing besar2 pula tu. kalau saya tengok kucing macam tu pun sure saya tekejut.

anyway, kuatkan semangat dan berusahalah melawan yng jahat2 tu.

de_kerinchi said...

Salam maksu,

Gambar Kucing tu saja sebagai penarik...Kucing kalau ikut mitos melayu banyak kegunaan nya...

Terima kasih maksu, kejahatan memang selayak nya ditentang..apatah lagi kerja-kerja syaitan laknatullah ni...

Puteri said...

assalamualaikum de_kerinchi,

1- lama betul tidak ke sini. apa khabar? semoga sehat2 hendak-Nya.

2-baru perasan ada yang telah berubah. cantik banner.. =)

3- boleh la buatkan utk sy satu :D

4- macam mana dengan petua yg diberi oleh 'wak' tu? barangakali berkesan ya?

de_kerinchi said...

salam puteri,

1) sihat-sihat belaka...ni baru habis kursus ketua peti undi, round 1, ....esok ada sehari lagi...tunggu posting akan datang pasal mengundi...

2) Ada perubahan sikit supaya tidak jemu....kalau ada komen memang dialu-alukan...

3) Boleh sahaja...berikan sahaja saya gambaran konsep...yang diingini...hehehe

4) Untuk masa yang terdekat saya masih belum menggunakan petua ini, saya cuba sedaya upaya dahulu menggunakan cara biasa...Alhamduillah gangguan sudah berkurang, moga-moga tiada lagi sebarang gangguan.....

Ungku Nor said...

kalau bela kucing telon tu kat rumah, rasa-rasanya boleh jugak kan?
kat rumah akak ada 3 ekor kucing telon. Ada orang buang masa dorang masih baby lagi.
Sekarang ni manja ya amat,,tak larat nak layan..hehehe.

Anak dah sihat?
Jangan lupa amalkan ayat Kursi jugak.
InsyaAllah.

Shumierain said...

Slmt ari raya Aidiladha utk De_kerinchi n family..anak dah sihat ker..

de_kerinchi said...

salam kak ungku nor,

Kucing telon ni kalau ikut petua orang dulu elok dibela di rumah..banyak khasiat nya...lagipun cantik...Kalau orang yang buang tu memang rugi ler...pasal kucing ni susah nak dapat..dengar cerita bapa kucing ni selalu makan anak yang berwarna begini...

Salam shumierain,

Terima kasih ...Selamat hari raya aidiladha, anak alahamdulillah sihat buat masa ini....

Blog Widget by LinkWithin