Malaysia Tanah Airku....

Ibadat Korban 2007

Video sembelih kerbau lihat sini : anjungvideo

Selamat hari Raya Aidiladha , kepada semua pembaca.... Minggu ini saya amat jarang "mengupdate" blog ini, disebabkan minggu ini penuh dengan acara kursus dan cuti umum. Pada hari sabtu dan ahad lepas saya baru sahaja kembali dari mengikuti kursus pilihanraya anjuran SPR. Kemudian pada hari isnin dan selasa saya berada di UKM, Bangi untuk menghadiri seminar. Saya kembali bertugas pada hari rabu, manakala pada hari khamis pula cuti hari raya aidiladha....dan cuti ini dipenuhi dengan aktiviti korban di sekitar kariah.

Korban dari segi bahasa bererti dekat dan dari segi istilah syara’ pula korban bererti mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wataala dengan jalan menyembelih binatang dengan niat yang tertentu dan dalam waktu yang tertentu pula. Ibadat korban dilakukan pada Hari Raya Aidiladha atau pada hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijjah.

Menurut mazhab Al-Imam As-Syafie, hukum ibadat korban ialah sunat muakkadah dan binatang-binatang yang hendak dikorbankan itu hendaklah terdiri daripada unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri dengan syarat binatang yang hendak dikorbankan itu hendaklah selamat daripada ‘aib yakni kecacatan mengikut hukum syara’.

Ibadat korban terbahagi kepada dua : korban nazar dan korban sunat. Menurut hukum syara’ daging korban nazar wajib disedekahkan keseluruhannya. Sementara daging korban sunat dilakukan saperti berikut :-

  • Pertama : Kesemua daging korban tersebut disedekahkan kepada fakir dan miskin dan bagi orang yang berkorban bolehlah mengambil sedikit sekadar beberapa suap untuk mengambil berkat dari korban tersebut.
  • Kedua : Daging korban tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu satu pertiga disedekahkan kepada fakir miskin, satu pertiga dihadiahkan kepada umat Islam dan satu pertiga lagi untuk orang yang berkorban.

Alhamdullillah, di kawasan Kampung saya semalam telah dilakukan ibadat korban dengan jaya nya. Tahun ini nampak nya telah dipecah-pecahkan ibadat korban ini kepada beberapa zon masjid dan surau-surau kariah berdekatan. Antara dua hingga lima ekor lembu telah dikorban kan untuk setiap zon yang terlibat. Ini disebabkan kariah di sekitar kawasan kampung ini telah mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, maka kerja-kerja korban ini, telah dibuat secara bergotong royong di semua zon yang terlibat, agar memudahkan tugas dan agihan nanti.

Antara nya saya sempat menghadiri upacara ibadat korban, di Surau Rumah Murah PKNS Paya Jaras. Lihatlah sebahagian dari gambar-gambar yang sempat diuploadkan....





Antara Lembu Yang Akan Dikorbankan



Pemuda Belia Harapan Bangsa Yang Menyumbangkan Tenaga Untuk Kerja-Kerja Yang Berfaedah.



Lembu Yang Telah Dikorbankan.



Lembu Yang Sedang Dilapah



Daging Lembu Yang Dipotong



Daging Yang Ditimbang Dan Dibungkus




Catatan : Firman Allah s.w.t. "Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur". (Surah Al Kautsar ayat 2)

5 comments:

Mak Su said...

seelok-eloknyer elok diambil atau jangan ambil daging korban tu?

Ungku Nor said...

Salam Aidil Adha :)

de_kerinchi said...

salam maksu,

ya betul tu...


Salam kak ungku nor,

salam aidiladha :)

arsaili said...

salam eid ul adha dan salam busy..saya pun busy gak cuti di msia nih

de_kerinchi said...

salam aidiladha arsaili,

Wah cuti pun busy ke saudara..hihih

Blog Widget by LinkWithin