Minggu ini saya begitu sibuk dengan tugasan luar, sehingga saya tidak berkesempatan untuk menulis. Hari ini saya dapat meluangkan sedikit masa untuk menulis di ruangan blog ini. Itupun setelah saya menyusuri sepanjang jalan di sekitar Bangsar. Semasa saya melalui jalan Brikcfield terpandang saya akan satu nama yang satu ketika dulu , amat dihormati dan merupakan seorang tokoh yang terlibat secara lansung dengan kewujudan K. Lumpur. Nama yang dahulu gah tetapi kini hanya tercatat pada sebuah Stesyen LRT dan sebuah Kampung yang dihimpit pembangunan (Itupun sudah ada usaha-usaha untuk menghapuskan kampung ini dengan alasan kemajuan).
Tokoh yang saya maksudkan ialah Datuk Hj. Abdullah Hukum (Arya Jaya /Datuk dagang Di Anjuk). Saya pasti apabila ditanya akan sejarah K. Lumpur pada anak-anak kita (termasuk diri kita sendiri), pasti akan keluar nama tokoh Yap Ah Loy di bibir anak-anak kita. Di mana silap nya ?, kewujudan Hj Abdullah Hukum telah dinafikan di dalam minda anak-anak kita, sedangkan beliau merupakan salah seorang dari tokoh yang meneroka K. Lumpur dan mencorak sebahagian dari sejarah di Selangor.
Amat kurang sekali kita menemui artikel-artikel berkaitan Tokoh ini. Mujur ada juga orang-orang yang berusaha untuk mengorek sejarah dan susur galur Tokoh ini, seperti Saudara Adnan Hj. Nawang dengan bukunya yang bertajuk Kuala Lumpur Dari Perspektif Haji Abdullah Hukum. Beliau telah mengusahakan satu khazanah Negara yang amat tidak ternilai, dengan wujud nya buku ini maka ramai penuntut IPTA dan IPTS telah menjadikan ia sebagai satu panduan dan rujukan untuk menyiapkan tesis-tesis mereka.
Saya amat bimbang, sekiranya ahli sejarah kita tidak menjalankan kaji-selidik mengenai Tokoh ini, lambat laun tokoh ini hanya akan tinggal dalam lipatan sejarah orang-orang yang tahu sahaja (Kerana ramai orang-orang tua dan waris terdekat telah pun meninggal dunia).
Kementerian Pelajaran juga diharap dapat memasukkan nama Tokoh ini, sebagai salah satu tajuk di dalam pengajaran mata pelajaran sejarah, di sekolah-sekolah, bagi mengelakkan anak-anak kita hanya tahu akan nama Yap Ah Loy. Saya tidak nafikan sumbangan Yap Ah Loy kepada kemajuan K. Lumpur tetapi nama Datuk Hj. Abdullah Hukum juga sepatutnya sebaris dengan tokoh-tokoh sejarah Negara, apabila kita membicarakan tentang sejarah K. Lumpur dan Selangor.
p/s : Sejarah Bangsa adalah amat bernilai, di situ lah asas kewujudan Bangsa yang merdeka

6 comments:
saya salah satu cicit abdullah hukum..saya pernah menang folio sejarah mengunakan sejarah abd hkm..saya amat bangga kerna pertndingan ini antara sekolah2 di malaysia
jemput masuk fesbok..bolehlah kongsi2 sejarah..
http://www.facebook.com/pages/Kuala-Lumpur-Malaysia/KERINCI-IN-MALAYSIA/131475674171
Syea ade denga cite yg waris abdullah hukum nie sedang dikumpulkn semula sbab da t'pisah n untuk pembahagian harte... kalau betul, atok sye salah sorg ank abdullah hukum... klo xslah sye, atok syea ckap abdullah hukum nie sbnarnyea slah sorg pangeran istana perak n ayahnyea pulak nujum istana.. seorg ank abdullah hukum brade di jepun sbab kawen ngan puteri jepun.. 2org lgy brade di indonesia rasenyea..... betul kea???
br0 yg atas sy ni tlg call n0 sy..0136716047..at0k sy harun bin hj rukun (abdullah hukum) masih hidup..
boleh tahu abdullah hukum ada saudara sebelah n9 tak
Hj abdullah hukum merupakan moyang kepada arwah moyang saya 😊
Post a Comment