Malaysia Tanah Airku....

November 16, 2007

Setia ku di sini...Malaysia



Setia biar berpada…dalam politik sekarang, tiada erti kesetiaan dalam maksud yang sebenar…. Kalau rasuah boleh diistilahkan sebagai Politik wang…atau yang terkini dipanggil rasuah politik, maka setia dalam UMNO sekarang, umpama “ada udang di sebalik batu”, dan boleh diistilahkan sebagai “Politik Setia”.

Kenapa ditambahkan politik dihadapan perkataan setia ?…Kerana bila disebut sahaja perkataan politik, maka terbayang difikiran kita dewasa ini, ia sangat berkait rapat dengan faktor “ketidaktentuan”. Manakan tidak, sudah berapa banyak kali kita dengar tentang "budaya lompat katak" atau “budaya hidup si lalang” di ceritakan.…hari ni bersekongkol erat bersama kem A, esok-esok kelihatan pula di kem B”…”Pagi dok sarapan bersama si penyandang, petang pula minum kopi dengan si pencabar” …. Tak peduli apa orang lain kata, janji hidup mesti diteruskan….. ini lah dia nilai setia…

Kalau lompat si katak lompat..boleh tahu jarak waktu kesetian nya…tapi kalau budaya si lalang sukar nak tahu hati budi nya…condong ikut mana arah angin bertiup.....bahaya tu….umpama memegang dedaun lalang, …dilurut luka….ditarik pun luka….

Jadi yang dikatakan oleh, Tun Musa Hitam sebagai kerisauan terhadap penekanan soal 'kesetiaan' telah menjadikan pemimpin sekarang kurang berminat untuk berkhidmat kepada rakyat, akibat cenderung mengejar kepentingan peribadi adalah benar belaka.

Tun Musa Hitam berhak merasa tersindir, kerana beliau pasti ingat tentang nilai kesetiaan, apabila mengimbau bagaimana detik-detik tertubuh nya Team A dan Team B pada Perhimpunan Agung UMNO 1987…dan akhir nya menjurus kepada tertubuh nya Parti Semangat46 pada tahun 1989 pimpinan Tunku Razali Hamzah dimana beliau adalah antara panglima-panglima perang nya. Beliau pasti ingat pada masa itu siapa kawan..dan siapa lawan.. ke mana beliau pergi dan akhir nya ke mana beliau kembali….semua itu adalah sejarah yang tidak dapat dipadamkan…itulah hasil dari rapuh nya “politik setia”

Jadi apabila kekuasaan diletakkan pada rangking pertama, maka perhidmat untuk rakyat sudah jatuh ke kedudukan yang terkemudian. Tiap masa akan terfikir di fikiran mereka yang memimpin….ramai ke penyokong aku ni ? setia kah mereka ?

…emmm… kalau macam tu baik aku sogok mereka sikit.. ehhh salah tu dosa nanti kena tangkap akibat rasuah…

takpa..takpa aku bukan rasuah tapi “rasuah politik” sahaja, pasti tak kena dakwa kat mahkamah punya …tapi aku kena jaga line juga, nanti tak pasal-pasal kena “domestic inquiries” badan disiplin parti.

Tapi takda hal lah, habis kuat pun kena gantung, janji cover line. Lepas ni ramai lah dok sokong aku, pasti mereka dok mengimpit aku…dan terjamin lah kedudukan aku…untung sabut timbul, untung batu tenggelam..

Sibuk dok cerita “politik setia” lupa pula satu lagi sindrom yang amat merbahaya kepada nilai-nilai kesetiaan…iaitu sindrom “politik setia membabi buta”………………..sekian harap maklum.

p/s: Zaman menghalalkan cara, melalui istilah………..

Places of Interest-Malaysia

LABUAN • Located off the west coast of Sabah, Labuan is a paradise for wreck diving and international deep sea fishing. The annual Labuan International Sea Challenge is an exciting water sports event for enthusiasts. The island is the site of several World War II memorials.


Nowadays, it is easy to start a blog. Just follow these steps and you’ll have your new blog up and running in minutes.

1. Pick a topic for your blog. This could be anything from “What I did today” through to a hobby or interest. Or it could be a subject that you want to make some money from.
2. Choose a web hosting service for your blog. If your blog is a personal one, you may decide to use a free service like Blogger. But if you care about your blog (and you should do!) then it’s much better to spend a few dollars on a domain name and some web hosting space to host your blog. You get much more control this way and in a few months time, you’ll be glad you took this route.
3. Choose a blog design template. You don’t want your blog to look the same as thousands of other blogs out there. Spend a bit of time tracking down a design template for your blog that will look professional.
4. Configure the other settings on your blog. If you’re using Wordpress (which is highly recommended) then there are quite a few settings that you will need to tweak to get the best performance from your blog.
5. Put a system in place to deal with comment spam. As soon as your blog gets indexed, the spammers will find it. Akismet comes with the default Wordpress installation but you need to activate it before you can use it - do it!
6. Change your permalinks. The standard Wordpress permalinks (the URL that displays in your browser’s address bar) are ugly. Take a few seconds to change them.
7. Check your ping settings. Make sure that your blog pings or notifies the major blog search engines so they will know that you exist.
8. Write your first blog post. It doesn’t have to be anything special but it needs to be done. You can make this a simple introduction to what you will be talking about. You don’t have to write an essay for your blog posts, two or three paragraphs will do fine.
9. If your blog doesn’t set up an RSS feed automatically, set this up.
10. Use sites like StumbleUpon and Digg to promote your new blog.
11. Use press releases and articles to promote your new blog.

Share and Enjoy:

11 comments:

Shumierain said...

suke gile entry ni..sbb mmg kenyataan n lumrah politician malaysia cam 2..

de_kerinchi said...

salam shumierain,

Pasal tu kalau boleh, nak lihat pembaharuan dalam politik malaysia...

Mak Su said...

de_kerinchi - mak su tumpang lalu ya kat sini.

de_kerinchi said...

Salam maksu

lalu ler maksu..malaysia boleh...heehe

rapat_umum said...

salam kerinchi,

betul tu..kalau nak pesong maksud tambah politik jer kat depan ayat...heheheh

Macam "politik katak" dan "politik lalang", sebab katak dan lalang tu asalnya binatang dan tumbuhan dan bukan nya resmi manusia.

Anonymous said...

hmmm tingat lak kat bapak saudaraku (ketua hakim negare) yg kene tibai cukup2.. dugaan dugaan..

de_kerinchi said...

salam rapatumum

politik katak dan lalang atau pun rasuah politik ..atau kesetian politik....tak patut diamalkan oleh manusia yang baik-baik...macam kita semua... :)


salam ien,

Inilah masalah di negara kita...bagi yang ingin menjalankan tanggungawab dengan ihklas, tidak dapat melaksanakan ia sepenuh nya akibat tidak selari dengan poisi pihak tertentu...

Anonymous said...

dengkinye pasal.. lagik satu nak amik jalan mudah jaa.. rasuah rasuah dan rasuah... duit xbawak sampai ke mati..

de_kerinchi said...

orang dengki selalu nya pentingkan diri...bagi mereka duit segala nya di dunia ini

Puteri said...

"takpa..takpa aku bukan rasuah tapi “rasuah politik” sahaja, pasti tak kena dakwa kat mahkamah punya …tapi aku kena jaga line juga, nanti tak pasal-pasal kena “domestic inquiries” badan disiplin parti."

hati-hati..
tp rsnya tidak mgapa slgi x ada statement seolh2 memihak kpd bkn krajaan

de_kerinchi said...

Salam puteri,

Dalam maksud nya tu....

Blog Widget by LinkWithin