Malaysia Tanah Airku....

November 16, 2007

Hotel Kita Wajah Kita

Semalam saya ke Johor Bharu atas urusan rasmi. Pukul 12.00 pagi, dah bertolak dari KL, sampai di JB pukul 3 pagi, terus check-in hotel (diterajui oleh Syarikat Motor Melayu terkenal)


Babak satu :


Memandu masuk ke kawasan parking hotel...nampak nya kawasan di hadapan sudah penuh, saya memandu terus menuju ke parking bawah hotel ...aikk...tutup pula siap berantai...mana pergi nya si penjaga parking ni...hampir lima belas minit saya berpusing-pusing mencari parking..akhir nya saya mengambil keputusan untuk menunggu di hadapan pintu masuk hotel...sekitar lima minit baru nampak seorang Pegawal keselamatan hotel bergegas menuju ke kenderaan saya...

Ya encik....boleh saya tolong...?

Saya nak parking ni....Jawab saya..

Maaf Encik parking diatas dah penuh.... jawab beliau

Dalam hati saya berkata .. memanglah dah penuh, nampak jelas kan... aku nak parking kat mana...parking bawah tu dah tutup pula...

Saya terus berkata habis tu, saya nak parking di mana ... ?(sekadar berbudi bahasa...)

Agak lambat menunggu jawapan nya...saya terus berkata "parking di bawah tu nampak kosong, tapi tutuplah pula...." (Sebenarnya saya memang arif dengan kawasan keliling hotel....)

Pengawal keselamatan tu bagai tersedar..terus teringat ya..ya.. parking di bawah encik....sambil beliau bergegas membuka laluan masuk ke parking tersebut. Macam ni pun ada... macam-macam ada ...ehehehe

Babak Dua :

…Sampai di kaunter kelihatan sekujur tubuh terbaring di atas meja di belakang kaunter “front office”. Aikk…macam ni punya hotel pun ade..macam rumah tumpangan jer…kalau boss di nampak pasti kena ligan. Mana pi dia punya M.O.D. (Manager on Duty) malam ni, ohhh dah tidur kot ialah dah pukul 3 pagi...Kucing dah tidur patutlah tikus menari-nari...

Assalamualaikum….tiga kali saya beri salam tak menyahut (sebab ni hotel melayu)….

Tiada riaksi dari beliau, Lalu saya mengambil keputusan untuk menekan Loceng yang berada di atas kaunter tersebut…ting..ting..ting… (terasa macam dalam rancangan kuiz pula).

Kelihatan tubuh yang terbaring kaku itu mula bergerak-gerak...dan kelopak mata nya terbuka pelahan-lahan...amat berat rasanya kelopak mata itu hendak terbuka. Dengan gerakan lambat, dia mengagahkan dirinya untuk bangun..mamai lah tu..sambil memandang saya dengan pandangan terpingga-pingga...

yaa....! yaa..!…Encik… sapa beliau…

Aik... takder Ucapan selamat pun….Pelik sungguh hotel ni….Tak kisah lah...Saya pun bersuara,

"Saya ada buat "reseversion" bilik dan nak check-in ni…."

Dengan keadaan masih terpinga-pinga dia menjawab…

"Sekejap ya encik…." lalu dia mengatur langkah ke arah bilik yang terletak di belakang kaunter tersebut…dan terdengar suara beliau memanggil-manggil seseorang…selepas lima minit baru muncul seorang lelaki, yang terus menguruskan hal penginapan saya…. Tanpa banyak soal saya terus mengambil kunci, dan menuju ke bilik saya..dah mengantuk dah ni....

moral cerita ni…alahai boss-boss hotel tengok-tengok ler servis yang dibuat oleh anak-anak buah awak ni…nanti buat malu tuan punya hotel…malah Negara pun boleh malu kalau pelancong kita dok dihidangkan perisitwa begitu…. Bukan salah nak tidur, tapi bukan atas dan di depan kaunter masuk , pilah tempat tersorok dah tu bergilir-gilir lah jaga...

kalau bawah tangan saya dah tentu dok kena "warning letter" siap kena denda dan dihantar pergi kursus…

Saya singgah sekejap jer di JB, tidak sempat nak round satu bandar JB ni banyak perubahan yang dah berlaku, sampai saya sesat-sesat jalan.. pasal banyak dah jalan-jalan baru dibuka yang dok tutup dan lencong jalan pun ada...…padahal inilah tempat saya berulang alik pi kerja dulu-dulu…Pusat kastam yang baru pun dah hampir siap…pintu masuk ke Singapura itu bakal menggunakan laluan Stulang Laut, pasti meriah kawasan ni selepas ia siap sepenuh nya …. Saya tidak berkesempatan untuk mengambil gambar-gambar menarik sekitar JB, akibat hujan lebat… Lagipun kelibat saya hanya sebentar sahaja di JB, tepat pukul 12.00 tengah hari terus saya bergegas balik ke Kl (tak sempat makan tengahhari pun)…dan selamat sampai pada pukul 3.00 petang..sebelum jalan raya sesak , dibanjiri mereka yang hendak balik kerja….dan hari ni saya berkesempatan untuk menulis sebab bercuti rehat dari perjalan jauh yang singkat…

p/s: Rindu akan kenangan pahit manis di JB….

Places of Interest-Malaysia

JOHOR • Peninsular Malaysia's southern gateway state offers tropical island escapades. recreational forests, waterfalls. historic spots and superb golfing. The islands of Sibu, Rawa, Besar and Pemang,gil in the South China Sea beckon with a range of water sports and underwater attractions. Trek into the pristine Endau-Rompin National Park for a refreshing jungle adventure. Johor Bahru is a popular weekend shopping and recreational spot for neighbouring Singapore. Another highlight is the lively and intriguing cultural performances the state.

7 comments:

ritaemilia said...

kakak memang setuju , ada hotel yang servis nya macam rumah tumpangan.

Bukan hendak berlagak, pada pekerja-pekerja hotel ni. Tapi dah memang tugas mereka di bidang servis dan hospitality jadi mereka kenalah tunjukkan budaya profesional tu.

Ungku Nor said...

staff macam tu memang patut kena pi kursus bina semangat.
perangai tak senonoh betul!
*marah ni..marah..;p*

de_kerinchi said...

salam kak ritaemilia,

Pihak hotel merupakan salah satu organisasi yang terletak di bahagian hadapan barisan egensi promosi dan imej negara. Jadi kejadian sebegini harus dielakkan.

Salam kak ungku nor,

Ya...kursus adalah jalan yang terbaik untuk mereka, agar lebih bertanggunjawab....yang lebih nya perlaksanaan dan keikhlasan atas perlaksanaan itu....

Kita patut marah..kerana kalau adegan begitu dihidangkan kepada tetamu hotel...seolah-olah mereka macam menghalau tetamu....

aria ayumi said...

kadang ada pekerja hotel ni berlagak mcm dia tu manager hotel.

de_kerinchi said...

salam ariaayumi,

kalau dalam hotelline tak kira manager ker pekerja bawahan ker semuanya terikat pada satu tujuan memberikan perkhidmata terbaik demi memajukan hote serta imej nya....

kalau ada pekerja berlagak macam tu satu jer..buat komplen pada manager on duty....dalam hotel line ni kalau bab komplen memang amat-amat dielakkan oleh para pekerja....

Puteri said...

wah best tu ade gak 'peninggalan' kenangan kt sn.. hehe

de_kerinchi said...

salam puteri,

JB memang banyak kenangan yang tak dapat dilupakan...

Blog Widget by LinkWithin