Kita kembali menyambung kaedah matematik mudah, cara “The Trachtenberg speed system of basic Mathematics” untuk siri yang ke tiga. Kali ini saya ingin tunjukkan pula, satu kaedah mudah dan cepat untuk mendarabkan nombor dengan angka "6". Sistem yang digunakan adalah dengan mencampurkan setiap nombor itu dengan 1/2 nombor di sebelah belakang nya atau dipanggil jiran. Mari kita cuba kaedah ini:
Kita akan menggunakan cara ini :
1234 x 6
--------
(Jawapan
anda disini)
1) Letakkan angka “0” di hadapan nombor yang hendak didarabkan.
01234 x 6
------
2) Kemudian kita lihat nombor yang pertama yakni “4” , kelihatan nya ia tidak mempunyai jiran, maka kita meletakkan "0" sebagai jiran nya. Maka angka "4" dicampurkan dengan angka "0" maka jawapan nya bersamaan dengan "4" (4+0 = 4) dan letakkan jawapan anda itu di bawah kotak jawapan.
01234
--------- x 6
4
3) Angka seterunya ialah angka "3", Angka "3" merupakan nombor ganjil maka dia mempunyai prinsip yang berbeza. Bagi setiap nombor ganjil yang anda jumpa dalam sistem pendarapan dengan "6" , maka anda perlu tambahkan "5" bagi setiap nombor ganjil tersebut dan barulah mencampurkan nya dengan sebahagian dari nilai jiran nya. Contoh di bawah kelihatan nombor "3" adalah merupakan satu nombor ganjil, maka kita campurkan "3" dengan "5" , kemudian mencampurkan sebahagian dari nilai jiran nya yakni "2" ( jiran nya bernilai "4", sebahagian dari "4" bersamaan "2") dan anda akan mendapat jawapan nya ialah "10" [ (3+5) + 2)=10].
01234
--------- x 6
*04
====> (3+5)=8; 8+2= 10, Letakkan nombor "0", sebagai jawapan dan baki "1" akan dibawa kehadapan)
4) kita lanjutkan kepada nombor yang ketiga yakni nombor "2". Nombor "2" akan dicampurkan separuh dari nilai jiran nya iaitu "1" ( separuh dari "3" adalah "1", sebab ia telah dibundarkan). Kemudian hasil jawapan nya akan ditambah dengan "1" hasil dari nilai dibawa kehadapan sebelum nya ( 2+1=3, 3+1=4).
01234
--------- x 6
404
====> (2+1)=3; 3+1= 4, Letakkan nombor "4", sebagai jawapan)
5) Seterusnya kita lihat angka "1" merupakan nombor ganjil, maka kita tambah "1" dengan "5" kemudian dicampur separuh dari nilai jiran nya iaitu sebanyak "1", maka jawapan nya ialah "7" [(1+5)+1=7]
01234
--------- x 6
7404
====> (1+5)=6; 6+1= 7, Letakkan nombor "7", sebagai jawapan)
6) Akhir sekali kita akan mencampurkan nombor "0" dengan separuh nilai jiran nya, sebanyak "0" (separuh dari "1" adalah bersamaan dengan "0") (0+0=0).
01234
--------- x 6
07404
====> (0+0)=0, Letakkan nombor "0", sebagai jawapan)
Sekarang kita sudah mendapat jawapan nya iaitu 7404, mudah bukan.
p/s: Untuk sifir-sifir yang lain pula, tunggu diposting akan datang....
Places of Interest-Malaysia
PENANG • The 'Pearl of the Orient' is famed for its lovely beaches, colourful history and rich potpourri of cultures. Georgetown, the bustling state capital and port city, combines the best of East and West as evident in its numerous heritage buildings. This food paradise tempts the palate with a mouth-watering array of local cuisine. The island is connected to the mainland by a vehicular ferry service and the magnificent Penang Bridge.

9 comments:
So helpfullll
shumierain.....lepas ni jadi cikgu metamatik..
hehehhe...cuba selidik pulak, kaedah ilmu hisab ini memang ditulis oleh penulis barat itu atau sumber kaedah itu adalah hasil kajian ilmuan islam dahulu...cuba cari buku tulisan ilmuan islam dalam bidang matematik iaitu almajriti...dan lain-lainnya...mungkin lebih mudah.
camner ngan cikgu sekolah. depa ajar tak kaedah cenggini?
salam cik bayan,
memang kebanyakan ilmuan islam memiliki kepakaran dalam bidang metamatik, malang nya orang putih tu rajin terjemah dan buat kajian dalam bahasa mereka tulah pasal banyak pengetahuan boleh dapat dalam bahasa orang putih...
Lagipun bukan ramai dari orang kita yang tidak pakar bahasa arab, terjemahan melayu pun kurang..tu yang bergantung kat bahasa orang putih tu...
salam maksu,
Cikgu kat sekolah kalau ajar cara ni,pasti kena "ban" pasal tak ikut pekeliling...heheheh boleh dapat kat kelas tusyen jer ni...
ala..tak leh nak digest, wrong time plak..kepala tgh serabut..nanti mai baca lagi nak kasi faham
boleh sahaja arsaili..mai lah lagi...
alaaa..pakai kakeleter jer la ;p
salam ungku nor,
Pilihan yang bijak..heheheheh
Post a Comment