Malaysia Tanah Airku....

November 12, 2007

Rasuah Politik a.k.a. Rasuah



Sepanjang minggu lepas, saya hanya sempat menjawab beberapa komen dan email pembaca sahaja. Kesempatan untuk menulis seakan tertutup kerana kesibukan mengikuti “Perhimpunan Agung UMNO 2007” di PWTC. Dalam satu minggu ini berbagai gelagat dan peristiwa yang berlaku termasuklah surat layang dan peristiwa “perarakan” yang dianjurkan oleh “BERSIH”.

Pada mula nya saya ingin menulis tentang hal-hal yang berkaitan perhimpunan agung UMNO dan perhimpunan “BERSIH” tersebut, tetapi keinginan itu terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu, untuk memberi laluan kepada isu “politik wang” yang cuba dibangkitkan oleh Umno melalui Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dimana beliau ingin menggunakan istilah “rasuah politik” bagi menggantikan istilah “politik wang”.

Pada dasar nya sudah lama, istilah politik wang ini, diragui ketepatan nya. Istilah politik wang selama ini dipandang, seolah-olah hanya digunakan sebagai satu alat untuk mengkaburi kita dari hakikat istilah nya yang sebenar.

Apa istilah nya yang sebenar itu.? “Politik wang” seperti yang diketahui kebanyakkan dari kita ialah sesuatu perbuatan menawarkan sesuatu imbuhan berbentuk kewangan atau material atau keraian kepada pihak tertentu untuk menjaga kepentingan pihak tertentu atau kependekan kata nya… “Kasi Wang…Kasi sokong…”. Wang di sini bukan hanya terikat kepada istilah duit, tetapi ia merangkumi hal-hal yang sangat luas dan sangatt berkaitan dengan duit seperti menggunakan duit untuk membeli material atau menggunakan duit untuk mengadakan keraian atau sebagai nya…dimana pada asas nya semuanya berpunya kerana kita “berduit”.

Nampak nya istilah itu kalau kita amati, saling tak tumpah bagaikan tariff suapan atau rasuah yang digunakan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) iaitu :

“Pemberian atau penerimaan wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu adalh dianggap suapan “ ( Untuk istilah suapan sepenuhnya sila rujuk disini)

Jadi untuk apa istilah “politik wang” harus diguna pakai bagi mengantikan perkataan asal nya yang lebih “molek: iaitu “rasuah“? Malah penggunaan istilah “rasuah politik” pun masih lagi dalam lingkungan yang boleh dipersoalkan ketelusan nya. Kenapa tidak sahaja digunakan istilah “rasuah” . Kerana rasuah politik juga merupakan terjemahan dari istilah rasuah yang diguna pakai oleh pihak BPR dan ia amat jelas merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan oleh pihak BPR.

Seolah-olah istilah “politik” itu digunakan untuk mengasingkan istilah rasuah itu kepada dua. Iaitu rasuah yang akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak BPR dan satu lagi rasuah yang tidak dikenakan tindakan oleh pihak BPR tetapi hanya akan dihukum oleh pihak parti politik menggunakan undang-undang dalaman parti.

Alasan ini dikuatkan dengan kejadian kes “politik wang” yang lepas-lepas, dimana kebanyakan pesalah hanya dikenakan tindakan oleh Badan displin UMNO dan bukan nya diserahkan kepada pihak BPR. Jadi dimanakah ketelusan, keadilan dan kewajaran tindakan ini harus diletakkan? Siapakah yang hendak dilindungi?.

Siapakah yang patut membuat laporan kepada BPR..? Kalau dalam kes politik wang ini maka orang yang selayak nya membuat laporan ialah orang yang mempunyai bukti sah dan akses mengenai kes ini seperti si pelapor ataupun ahli-ahli yang menerajui badan displin parti atau pun ahli yang mempunyai pengetahuan yang jelas atas sesuatu kes politik wang, termasuklah Naib Presiden, Timbalan Presiden atau pun Presiden parti itu sendiri.

Kita harus ingat bahawa tindakan tidak melaporkan kesalahan rasuah ini harus diumpamakan sebagai sesuatu perbuatan “bersubahat’ yang juga perlu diambil tindakan adil dan sewajarnya. Yang jelas nya di sini… Politik wang = Rasuah Politik = Rasuah = Kesalahan Jenayah = Hukuman setimpal….ia harus diambil tindakan oleh pihak yang berwajib, tidak kira apa jua kedudukan dan pangkat nya di dalam masyarakat kita..

p/s : Keadilan harus ditegakkan demi maruah bangsa, agama dan negara….


Places of Interest-Malaysia

MELAKA • Its long history has made Melaka a veritable treasure trove of the past and a cultural melting pot. Tourists are inevitably drawn to its historical precinct, containing the well-preserved 17th century Dutch Stadhuys and the remains of the Portuguese A' Famosa. Of interest here are several museums, a replica of the Melaka Sultanate Palace and the Independence Memorial Building. The Baba and Nyonya Heritage Museum provides insights into this unique community. Nearby Ayer Keroh and A' Famosa Water Park provide numerous sightseeing spots and recreational activities.

14 comments:

Anonymous said...

Bro, tak rugi pun kalau tak ikut perhimpunan agung UMNO tu, tiada apa-apa yang baru pun...

de_kerinchi said...

Betul tu tokmudin, tiada yang baru...hambar belaka...

Cuma medan bertemu kawan-kawan...dan dengar bisik-bisik politik..nampak nya berbagai isu dan sengketa baru yang timbul..termasuk surat-surat layang yang diterima..hehehe

Ungku Nor said...

Cerita pasal rasuah ni sampai bila pun tak habis selagi penguatkuasaannya bertaraf 'double standard'.

de_kerinchi said...

salam ungku nor,

Sikap double standard ini yang harus dihapuskan....supaya keadilan itu dapat ditegakkan...

Tak kira kaya atau miskin...berpangkat atau tidak...kalau melakukan kesalahan tetap akan dihukum...

tokasid said...

Salam saudara de_kerinchi:

Ini satu entry yang baik. Tidak ramai ahli UMNO berani membuat entry begini. Entry yang seolah-olah menentang arus perdana UMNO.

Dari dulu lagi saya nyatakan kepada rakan-rakan yang menjadi wakil rakyat DUN atau Parlimen tentang rasuah ini dan betapa BPR harus memainkan peranan dalam hal ini, sebab rasuah tidak kira siapa pun yg melakukannya dan apa jua tujuannya adalah kesalahan dan sepatutnya disiasat oleh BPR dan dibawa ke pengadilan jika terbukti bersalah. Tetapi kenalan-kenalan saya yang sudah bergelar YB atau berpingat Datok, mengatakan kepada saya: Ini adalah masaalah dalaman UMNO dan UMNO ada cara yg tersendiri utk tangani hal ini tanpa melibatkan BPR. Ini bukan rasuah yg perlu BPR ambil tahu!

Amat malanglah orang Melayu jika majoriti pemimpin pelbagai peringkat mengutuk politik wang/rasuah di hadapan perwakilan tetapi di sebalik tabir mereka lah sebenarnya pengamal-pengamal rasuah ini.

Lihat saja kehidupan kebanyakkan mereka sekarang? Mewah apabila berjawatan. Ada yg mampu membina mahligai dengan 21 bilik!! Mungkin mereka juga pandai berniaga. Berniaga permit dan projek kepada yang sanggup membelinya.

Bagi saya, walaupun istilah di ubah tetapi jika ramai yg masih 'menghalalkan' rasuah politik atau sebarang rasuah samada dalam pemilihan parti atau pilihanraya( Ijok/Machap/Pasir Mmah..tiba-tiba limpahan projek), mesti di tangani oleh BPR( walaupun BPR banyak main wayang).

Shumierain said...

Setuju gegiler gan Ungku Nor...BPR akan ttp sebelah mata kat org gomen tp kalu p'bangkang die korek smp lubong kubor...

kalu tangkap polis sbb rasuah pun saje nak kelabukan mata rakyat..tp dakwa yg rasuah nya 2 3 ratus..pdhal dorg mkn suap b'puluh riban, juta pun ader..

so kalu nak hapuskan rasuah, hapuskan skali BPR..

de_kerinchi said...

salam saudara dr tokasid,

Sebenar nya ramai penentang di dalam UMNO, cuma suara mereka hanya di dengar di peringkat cawangan dan bahagian..tetapi lepas tu sampai pucuk pimpinan atasan berita nya jadi lain....

Sesuatu perkara yang menentag akal..dan tidak boleh diterima pakai....samada dari segi logik atau hukum....apatah lagi ya bersangkutan kepentingan ramai...termasuk diri sendiri...maka ia harus disuarakan...

Selalunya mereka yang akur dengan perkataan rasuah politik itu adalah halal di sisi undang-undang, terdiri dari mereka yang memang hidup dengan cara ini....mereka pengamal yang tidak dapat menerima hakikat bahawa perbuatan mereka salah...lalu mereka menghalalkan cara.. anggapan rasuah politik tak salah lebih kuat lagi, bila pucuk pimpinan lain pun bersetuju dengan idea mereka....

Mereka buat-buat lupa yang haram tetap haram.....dan perbuatan menghalalkan cara tetap akan menjurus kepada hakikat asal perbuatan tersebut..

Walau manusia membelit tuhan tetap tahu...Allah s.w.t. sahaja yang menunjukkan jalan pada mereka...



Salam shumierain,

Kes gomen ni memang dah lama dah....tapi bila ketua audit negara berani bersuara..maka kerajaan kena bertindak...

Malang nya tindakan itu belum sampai kepada master mind yang besar..mungkin kekurangan bukti...kerana mereka ini selalunya bijak menjaga jejak...

Walaubagaimanapun sepandai-pandai tupai melompat akhir nya jatuh jua ke tanah....kalau tak pun tunggu jerlah bila jasad dah masuk ke tanah....

Anonymous said...

beginilah jadinya kalau kita cuba menghalalkan yang haram. istilah rasuah yang dieufemistikkan menjadi politik wang.

pelacur diubah menjadi pegawai perhubungan awam...kan banyak bezanya tu.
lepas ni istilah tak perlu tukar. rasuah tetap rasuah. politik lain pula ceritanya.

Puteri said...

salam de_kerinchi,
saya amat tertarik untuk mengetahui komen saudara tentang perhimpunan BERSIH itu.

ada dapat 'amaran' dari pihak u agar tak ke kl@selangor pada hari itu.

de_kerinchi said...

salam bayan....

menukar istilah tidak mengubah maksud...

Ada istilah yang ditukar kadan-kadang jauh dari maksud tapi hakikatnya ia masih maksud yang asal...

Perkara putar belit yang menghalalkan cara sebegini lah harus kita hapuskan....



Salam puteri,

Saya memang tertarik dengan perhimpunan BERSIH....

Tetapi timbul perbalahan atas cara perlaksanaan nya...

Saya berpendapat :

1) Apa yang baik untuk dituntut adalah yang sepatut nya diambil perhatian dan dilaksanakan oleh pihak yang berkaitan.

2) Walaupun pada dasar nya mengadakan perhimpunan itu nampak pelik dan janggal di bumi Malaysia ini jika dibandingkan penyerahan memorandum secara one by one. Saya beranggapan bahawa kemungkinan, ia terpaksa dilakukan atas sebab :
a) Terdapat sekatan dan karenah birokrasi tertentu,
b) Tindakan Sambil lewa,tidak ambil peduli dan lambat oleh agensi terbabit untuk memenuhi tuntutan.
c) Akibat maklum balas yang nampak tak bersungguh dan lambat maka tindakan berhimpun adalah satu pilihan yang boleh mengaktifkan dan menguatkan dasar sesuatu tuntuan itu.

Walaupun pihak SPR telah mengadakan misi pembaharuan tetapi ia menunjukkan banyak ketdak sungguhan daam melaksankan nya.

Adik saya sendiri pada pendaftaran pemilih SPR, pun telah dialihkan tempat mengundi ke daerah yang tak tahu mana letak nya...tidakkah itu sesuatu yang pelik. Jadi benda-benda sebegini telah menimbulkan keraguan yang amat menjengkelkan.

Sebenar nya saya pernah bertugas sebagai ketua tempat mengundi satu ketika dahulu, banyak perkara yang hendak dikongsi bersama dan saya akan menulis tentang nya apabila pilihanraya menjelang tiba kelak.

Mengenai amaran dari pihak universiti memang sudah awal-awal lagi diketahui...walaubagaimanapun pelajar masih tertakluk dibawah akta dan peraturan universiti..dan dari sudut manapun pelajar-pelajar tidak akan menang dalam apa jua perbalahan selagi ia masih terikat di bawah akta yang telah pun terpakai sebaik sahaja pelajar-pelajar diperakui sebagai penuntut institusi tersebut.

Anonymous said...

secara jujurnya,
dulu saya puteri umno wilayah persekutuan. sama2 dengan kak ina. namun salah 1 yang menyebabkan saya terkejut beruk apabila saya balik ke bahagian saya. pemilihan ketua puteri disogok duit. siapa yang beri rm50 akan diundi. mentaliti sudah begitu.

segala laporan aktiviti menelan belanja besar tapi tidak pernah dilaksanakan. laporan buat sendiri. resit buat sendiri.

jika tentang, kita dipancung balik. adik di sekolah tidak diberikan kelas tambahan. walaupun itu adik saya tetap no.1 dalam kelas.

now, aku dah keluar. yb panggil balik. dia nak bagi duit :P~ ingatkan dia berikan tawaran untuk menyenangkan masyarakat di bahagian kau. tapi tawaran untuk aku sendiri. hehehe. begok!

UMNO dulupun pernah di jalanan kan? wanitanya bersemangat juang.

saya tidak akan ego untuk mengundi BN sekiranya parti ini layak untuk diundi...

Salam Sahabat untuk semua...

de_kerinchi said...

Salam ladymariah...

Dahulu puteri dalam wilayah persekutuan...saya sekarang baru melompat ke bahagian bukit bintang..

saya juga tidak mahu hipokrit...sepanjang penglibatan saya dalam UMNO, kalau tentang politik wang ini memang hebat dan benar berlaku dalam UMNO....dari wang hingga kan ke jamuan termasuk nilai meterial malah perbelanjaan untuk mesyuarat cawangan pun di sponsor...macam-macam ada...(penyandang title ijazah oversea palsu pun ada..hehehe)

Sehingga wujud satu kisah di satu mesyuarat pemilihan bahagian pemuda UMNO di satu awasan dan peristiwa ni dah lama dah......dimana kebanyakan ketua pemuda yang hadir mesyuarat mengayakan handphone baru yang sama jenis hasil dari sogokan...( tidak termasuk saya, sebab handphone tu dah di sapu kutu lain...maka terselamatlah saya dari kesalahan rasuah...hehehe)

Apapun sogokan dalam bentuk majlis keraian memang banyak dan terpaksa dihadiri...tak kira kawan e atau lawan..apa boleh buat nanti dikata kera sumbang...hidup mesti bermasyarakat..

Ya UMNO pernah di jalanan....menegakkan apa yang dikatakan merdeka...!!!

Undi bakal menjelma...undi itu hak kita..dan tanggungjawab kita...mari kita tentukan pilihan kita..yang terbaik untuk diri kita dan keluarga...

bongkersz said...

memang terang terang itulah yang berlaku tapi langsung tiada tindakan diambil. setiap kali perhimpunan ataupun menjelang pilihanraya parti maka adalah yang melaungkan supaya politik wang dibanteras.. harus dihapuskan.. cakap lebih, yang buatnya tidak. retorik tak habis habis. tak bosan ke? isu-isu yang dibincangkan dalam perhimpunan pun terlalu abstrak, terlalu jauh, terlalu indah bunyinya.. bercakap pasal visi dan sebagainya. cakaplah sesuatu yang dekat dengan masyarakat.. sibuk setiap kali cakap pasal anjakan paradigma, visi, tak akan melayu hilang di dunia.. hentikan cakap cakap.. buat kerja...

de_kerinchi said...

salam bongkersz,

Benar... setiap kali berhimpun cukup berdegar-degar semangat nak buat itu dan ini, tapi perlaksanaan dan penghayatan nya sangat diragui....

Masing-masing cuba kehadapan, dengan visi dan misi yang belum lagi orang cakap...tapi tak tahulah boleh buat ke tak...

Blog Widget by LinkWithin