Kalau kita pulang ke kampong atau tempat tinggal kita sendiri atau terbaca di akhbar-akhbar pasti kita pernah melihat perkataan “JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPONG” atau singkatan nya JKKK. Kita sering keliru akan fungsi dan tanggungjawab organisasi ini. Kita juga sering tersilap mengandaikan bidang kuasa JKKK ini. JKKK merupakan satu entiti yang berbeza dengan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tetapi mempunyai satu tujuan yang sama iaitu memastikan kawasan setempat tidak terpinggir dari arus pembangunan dan keselamatan kawasan sekitar nya sentiasa terpelihara dari sebarang bentuk ancaman. Tetapi harus diingatkan JKKK tidak harus dipisahkan dengan ADUN kerana ADUN mempunyai kuasa dan kelebihan dalam mengendalikan urusan dengan kerajaan pemerintah. Lagipun kebanyakan JKKK pula adalah pengundi dan penyokong pihak ADUN manakala ADUN pula mempunyai pengaruh dan tempat di dalam Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi kedua-dua nya saling berkait rapat dalam menentukan sesebuah kampong itu menjadi sebuah kampong moden yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Penubuhan JKKK termaktub dalam arahan nombor 3, "Rancangan Pembangunan Negara dan Luar Bandar " yang dilancarkan pada tahun 1962 oleh Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein (Perdana Menteri Malaysia ke 2) . JKKK merupakan satu organisasi yang dilantik oleh kerajaan bagi memimpin dan mengatur masyarakat kampong kearah mencapai kemajuan dan kesempurnaan hidup selaras dengan pembangunan yang dicapai oleh Negara. Oleh itu, JKKK seharusnya bertindak sebagai satu agen penggerak dan pendorong kepada penyatuan dan perpaduan masyarakat kampong melalui program-program pembangunan dan juga hal-hal berkaitan kehidupan setempat. JKKK terletak dibawah Pejabat Daerah dan dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Masyarakat. JKKK tertakluk dibawah kuasa penghulu mukim setempat dan diterajui oleh seorang Pengerusi JKKK. Sebuah organisasi JKKK mempunyai beberapa Jawatan kuasa kecil yang dikenali sebagai biro untuk memastikan organisasi ini dapat ditadbir dengan lancar dan berkesan. Biro-biro tersebut adalah :
1) Jawatan Kuasa Kecil Kebajikan
2) Jawatan Kuasa Kecil Pendidikan
3) Jawatan Kuasa Kecil Pertanian
4) Jawatan Kuasa Kecil Perindustrian dan Pelancongan
5) Jawatan Kuasa Kecil Keagamaan
6) Jawatan Kuasa Kecil Infrastruktur dan Kemudahan Awam
7) Jawatan Kuasa Kecil Belia, Kebudayaan Dan Sukan
8) Jawatan Kuasa Kecil Keselamatan
Seorang JKKK mestilah mempunyai sifat-sifat terpuji yang akan memberi contoh teladan yang baik kepada penduduk setempat. Mereka yang dilantik hendaklah mengamalkan ciri-ciri berikut:
BERSIH : Mestilah Bersih dari segi fizikal dan moral yakni menjaga keterampilan diri atau imej, berfikiran positif, berniat baik, tidak sombong tidak mementingkan diri sendiri, tidak menyalahgunakan kuasa dan sebagai nya.
CEKAP: Mestilah seorang yang cekap dan produktif apabila menjalankan tugas. Mereka hendaklah mendahului dalam apajua halpun perkara yang berlaku dikawasan setempat. Ini bermakna mereka hendaklah mengambil tindakan yang segera sebelum aduan diterima dari penduduk kampong.
AMANAH: Sikap amanah adalah berkaitan dengan sikap keboleh percayaan dalam menjalankan tugas. Mereka hendaklah bertangungjawab dalam apa jua urusan yang berkaiatan JKKK seperti pengurusan kewangan, pengurusan hartabenda kerajaan dan juga awam, pengurusan projek dan tender kerajaan dan lain-lain lagi.
ADIL: Meletakkan sesuatu kepada hak nya atau disebut adil merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada dikalangan kepimpinan JKKK. Seorang JKKK mestilah adil dalam mengagihkan dan menyalurkan perkhidmatan mereka seperti keadilan dalam pengagihan tapak perniagaan, keadilan dalam melayan aduan masyarakat tanpa memilih fahaman atau masalah peribadi, kerja penurapan jalan yang saksama....dan lain-lain.
KEKUATAN: Seorang JKKK mestilah mempunyai kekuatan yakni kekuatan pengaruh dan sokongan dari majoriti penduduk setempat.Seseorang JKKK yang tidak mempunyai pengaruh dan sokongan akan menyebabkan segala tanggungjawab yang diberi tidak akan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.
BERTANGGUNGJAWAB: Jika perlantikan sudah dibuat maka ia bermakna seseorang JKKK mestilah bertanggunjawab atas segala keputusan dan tindakan yang dibuat. JKKK juga mestilah sedia berkhidmat pada setiap masa dan dalam apa jua keadaan.
BERDIPLIN: Mestilah teratur dalam kehidupan harian nya dan pekerjaan nya. Ini bermakna JKKK mestilah mempunyai disiplin yang tinggi seperti menjaga ketetapan masa, menjaga penampilan diri, menjaga tingkahlaku, menjaga kehadiran dalam mesyuarat, mematuhi segala arahan pihak atasan dan lain-lain.
BERDIKARI: Amalan berdikari adalah amat penting bagi seorang JKKK, kerana ia merupakan salah satu kretaria utama kenapa seseorang itu layak untuk menjadi seorang JKKK. Seorang JKKK seharusnya mampu menjalankan tugas tanpa bergantung sepenuh nya dengan orang lain, mereka seharus nya mampu untuk mengusulkan keputusan dan tindakan dengan kebolehan dan keyakinan diri sendiri kecuali bagi kerja-kerja yang berat dan perlukan pertolongan orang lain maka barulah semangat gotong royong perlu diadakan. Mereka juga mestilah seorang yang boleh berdikari tanpa bantuan dari pihak kerajaan sepenuh nya seperti menguasahakan program perniagaan kampong yang mampu menjana wang bagi disalurkan kepada projek pembangunan sesebuah kampong.
Jelas ciri-ciri tersebut amat perlu kepada bakal JKKK, walaupun secara realiti nya tidak semua perkara tersebut ada di dalam diri kepimpinan JKKK, mereka seharusnya berusaha untuk memiliki ciri-ciri tersebut kerana mereka telahpun dilantik sebagai seorang pemimpin. Oleh itu seorang JKKK seharusnya sentiasa menilai diri sendiri dan berusaha membaiki segala kepincangan yang wujud. Ingatlah sikap kita akan mengambarkan respon atau tindakbalas yang akan diambil di dalam sesuatu perkara. JKKK juga perlu mendidik masyarakat setempat untuk mengamalkan ciri-ciri tersebut demi untuk memastikan segala program dan projek dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan berkesan. Sekira nya seorang JKKK itu merasa tidak mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut serta tidak sanggup untuk mengamalkan ciri-ciri yang digariskan diatas, maka silalah berundur dengan secara hormat dan terpuji.
Kita sering bertanya, apa pula tugas-tugas JKKK? Apa yang mereka buat setiap hari? tugas JKKK memang selalu menjadi perdebatan dikalangan warga kampong, ramai dari mereka agak keliru akan tugas dan tanggungjawab JKKK hingga kadang-kadang menganggap mereka makan gaji buta. Oleh itu pastikan JKKK kampong anda melakukan tugas-tugas utama berikut:
1) Merancang projek-projek pembangunan masyarakat yang boleh meningkatkan taraf hidup sosio ekonomi penduduk setempat.
2) Merancang projek-projek pembangunan yang manakah harus diberi keutamaan, terutama projek yang boleh dilaksanakan berasingan.
3) Melaksanakan projek-projek yang diluluskan dengan bantuan samada secara gotong royong, kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta atau NGO. ( Tidak termasuk projek oleh agensi pelaksana seperti JKR, TNB, PBT dan lain-lain)
4) Menjadi pengantara antara penduduk kampong dengan pihak kerajaan, swasta, NGO dan lain-lain.
5) Bertanggunjawab bersama pihak kerajaan, swasta dan NGO untuk menilai projek-projek pembangunan yang dijalankan termasuk dari segi aspek prestasi, kesan-kesan dan kewajaran projek tersebut. Seterusnya mereka akan membuat susulan, aduan dan tindakan yang perlu.
6) Membuat peraturan-peraturan yang sesuai untuk perlantikan JKKK dan ahli jawatankuasa kecil nya.
7) Menyediakan profil kampong, mengemaskini bilik gerakan, mengemas kini bahan-bahan berekod, seperti minit-minit mesyuarat, surat-surat perjanjian, buku akaun-akaun yang berkaitan, surat-surat permohonan, resit-resit sumbangan dan lain-lain.
8) Melaksanakan segala aktiviti yang difikirkan sesuai untuk pembangunan dan keceriaan setempat.
9) Mengadakan siri mesyuarat untuk menilai prestasi kampong dan tindakan susulan yang perlu dibuat. (sekurang-kurang nya sekali dalam sebulan)
10) Mengundang mereka yang difikirkan, seorang yang ahli dan pakar dalam sesuatu bidang untuk memberi nasihat dan panduan dalam mana-mana mesyuarat Jawatan kuasa.
11) Sentiasa mengambil berat tentang apa jua perkara yang difikirkan boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan kampong seperti pecah rumah, penagihan dadah, pendatang tanpa izin, penyeludupan, wabak penyakit dan lain-lain.
p/s: Tugas JKKK adalah membangunkan kampong dan menjaga keselamatan sekitar, tugas kita pula bagi memastikan mereka menjalankan tugas, demi rakyat keseluruhan nya …..
September 15, 2007
Jawatan Kuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
salam DK
Ciri-ciri tu semua mengambarkan sikap yang baik, tapi kalau ikut resmi, rasa nya banyak yang tak ikut. macam mana nak sedarkan mereka ini ya?
Ciri-cire semuanya memang baik..memang senang disenaraikan..tetapi tidak mudah diamalkan...cuma harapan agar orang begini cubalah hendak berhijrah menjadi orang yang lebih baik...
Salam saudara de_kerinchi;
Terima kasih atas penerangan tentang penubuhan serta fungsi dan tanggungjawab JKKK. Satu tujuan yang baik untuk melancarkan perkhidmatan terutamanya kepada rakyat luar bandar. dan ciri-ciri yang mesti ada pada setiap ahli JKKK juga merupakan kriteria yang baik.
Tetapi malangnya, sejak kes pemecatan DSAI tugas-tugas JKKK di banyak tempat sudah lari dari fungsi asal ia di tubuhkan. Sekarang JKKK sudah menjadi alat untuk memperkembangkan kuasa politik.( Walau pun sebelum kes DSAI telah terdapat perkara ini terutama di Kelantan dan Trengganu serta Kedah). Apa yg berlaku sekarang pembangunan di buat di kampung akan terhenti sebelum ia sampai ke tangga rumah yg di ketahui sebagai pembangkang. Di Melaka ini amat nyata sekali. Jika jalan kampong di tarkan, kalau saudara mara JKKK akan di tar sehingga ke kaki tangga atau muka pintu. Kalau di sudut kampong ada orang pembangkang, amat sukarlah jalan nak di tarkan. Jika kelompok itu bercampur orang gomen dan pembangkang, akan kita lihat ke rumah org gomen hingga ke muka pintu dan rumah pembangkang hanya di muka lorong nak masuk kawasan tanahnya sahaja.
(Amat malang juga di Trengganu semasa PAS memerintah, ada terdapat juga ahli jawatankuasa Syurah(JKKK PAS) yang berkelakuan seperti JKKK UMNO yg dulu. Ini kerana seolah-olah utk membalas dendam. Kelakuan begini menunjukkan mereka yg menjadi ahli JKKK.AJK Syurah mempunyai mentaliti yg sama walau parti politik yg bertentangan. Adakah mentaliti dengki dan balas dendam ini mentaliti Melayu?)
Bagi saya, biarlah org nak berlainan fikrah politiknya( malah org dalam satu parti pun mempunyai berlainan idea jugak kan), tetapi selagi mereka masih sesama Melayu dan sesama Muslim, kita berikan khidmat yg di amanahkan kerena khidmat JKKK adalah utk masyarakat setempat tanpa sepatutnya mengira partai, kaum dan ugama. Asalkan mereka adalah orang kampung tersebut maka mereka layak menerima pembangunan spt yg lain.
Tetapi kita dapati, aspirasi utk khidmat tanpa mengira partai,kaum dan ugama amat sukar di buat kerana selagi JKKK di lantik dari orang kuat politik tempatan( org kuat Ketua Bahagian atau wakil rakyat), selagi itu lah JKKK akan menjadi alat politik dan bukan alat pembangunan.
Bolehkah pemikiran sempit ini di ubah? Sudah tentu. Tapi mungkin akan mengambil masa yang lama. Mungkin jika dapat dihapuskan politik wang(ketika pemilihan Cawangan dan Bahagian terutamanya)dan di tanam dalam diri JKKK atau calon2 JKKK bahawa khidmat mereka utk semua tanpa diskriminasi, barulah kita akan dapati JKKK yg sebagaimana yg TUN Razak impikan.
Wallahu'alam
Salam saudara Dr. Tokasid
Ada benarnya apa yang saudara utarakan...
Saya mengambil kesimpulan bahawa dewasa ini fungsi JKKK teah ari dari landasan sebenarnya...
1) JKKK kebanyakan berpaksikan politik, sebab saluran dana wang dan bantuan akan begitu sukar sekiranya menentang arus menyebabkan mereka bersekongkol dengan parti politik.
2) JKKK juga adalah tokoh-tokoh atau ahli-ahli hardcore parti politik menyebabkan ia cenderung kepada berpolitik.
3) Bila berada didalam sangar politik maka segala tindak tanduk juga akan mengunakan naluri politik bukan nya atas rasa tanggungjawab.
Walau tidak semua JKKK yang begitu tapi hampir 99% akan mengikut arus....harapan saya persepsi ini harus diubah...JKKK berfungsi untuk semua komuniti kampung...bukan dihad-hadan...kerana kalau dibuat begitu a telah melanggar persyaratan hidup harmoni....
Berkenaan infrastruktur yang dipilih-pilih seperti cerita saudara...( Tar jalan dan sebagai nya) memang perkara benar...hingga kadang-kadang menampakkan kebodohan individu tersebut...ini adalah budaya politik yang sangat keji dan kotor...biarkanlah mereka dengan dunia mereka...moga Allah memberikan kesedaran kepada mereka dan kita semua..amin....
Salam dkerinchi
JKKK sekarang indah khabar dari rupa. Ramai yang hendak pegang jawatan dan dapat elaun sahaja. kepetingan penduduk setempat jarang yang diambil peduli sepenuh nya, melainkan kepentingan diri sendiri.
Salam ayamsabung,
Pasal tu JKKK mesti berazam untuk menjadi yang lebih baik, demi khidmat bakti kepada masyarakat. Kembali kelandasan perjuangan yang sebenar.
Post a Comment