Malaysia Tanah Airku....

September 19, 2007

Fonomena Spekulasi



Hari ini Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kenaikan harga gas ekoran cadangan Petronas untuk menaikkan harga bahan bakar itu.

Spekulasi ini pasti wujud apabila terdapat ketidaktentuan dalam persekitaran kita. Sama juga dengan ketidaktentuan kata-kata yang dikeluarkan oleh segelintir menteri kita akhir-akhir ini.

Sebelum ini kita telah disajikan dengan ketidaktentuan pengumuman dalam isu kenaikan harga ayam. Jadi mari kita lihat senario ketidaktentuan pemberitaan pada pergerakan harga ayam ini :

Pada 5 Sept yang lalu , harga siling ayam telah ditetapkan pada RM5.60, tetapi tiba-tiba pada 12 Sept, setelah diteliti dan diselidiki (sebelum ini tidak ada kajian dibuat..hehehe) maka Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersetuju untuk menukar harga siling kepada RM6.00. Pada 15 Sept pula, ada ura-ura harga siling ayam akan dinaikkan selepas perayaan Deepavali, ekoran KPDNHEP dikatakan telah bersetuju untuk berbincang mengenai cadangan kenaikan itu selepas perayaan berkenaan. Pada tarikh yang sama KPDNHEP juga telah memberi jaminan bahawa bekalan ayam sepanjang musim perayaan ini adalah mencukupi tetapi tidak semena-mena kita dikejutkan dengan berita pada 17 Sept., yang mendakwa punca kekurangan ayam adalah disumbangkan oleh penutupan sebuah kilang memproses ayam terkenal. Maka dengan itu menjadi-jadilah spekuasi yang bermain dihati pembaca ekoran ketidaktentuan berita ini…siapa kah yang bersalah di dalam hal ini…?

Mari kita lihat pula, peristiwa ketidaktentuan dan kecelaruan berita yang berkisar mengenai Petronas pula….

Pada 28 Jun Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) telah mencatat keuntungan sebelum cukai yang merupakan tertinggi dalam sejarahnya berjumlah RM76.3 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007. Rentetan dari pengumuman itu pada 16 Sept dengan bangga nya Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Husin mengumumkan bahawa, kerajaan masih mampu mengekalkan subsidi minyak ekoran “Keuntungan Besar” yang dikecapi oleh Petronas. Datuk Dr. Awang Adek Husin juga merasa bangga kerana Petronas sebagai syarikat milik kerajaan dapat membahagi-bahagikan dividen tersebut kepada pihak kerajaan. Belum sempat kita hendak menjangkakan kemungkinan harga minyak akan turun , dengan tiba-tiba Petronas mengumuman bahawa mereka ingin menaikan harga gas pula…..maka lenyaplah anganan kosong kita itu…

Saya masih ingat lagi satu ketika dahulu sekitar bulan Mei tidak silap saya Petronas Gas Bhd. Dilaporkan telah mencatatkan untung sebelum cukai yang tinggi iaitu RM1.281 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac, malah baru-baru ini juga telah diumumkan bahawa pengeluaran gas cecair asli (LNG) Malaysia dijangka akan terus meningkat berikutan permintaan kukuh dari negara-negara Asia Pasifik, terutama dari Jepun, Korea Selatan dan Taiwan. Malah, negara turut menerima pasaran baru termasuk dari China dan India yang melaksanakan projek terminal import bagi LNG. …Jadi apa kah rasional atas permintaan ini agak nya…? Adakah keuntungan yang dicatatkan itu hanya diatas kertas ( teringat satu lirik lagu datok Siti..) ? atau jangkaan mereka ternyata meleset sama sekali?

Sebenarnya bukan isu kenaikan ini sahaja hendak dibahaskan tetapi, kita juga harus renungi, kenapakah kita disajikan fonomena berita yang tidak konsisten sejak akhir-akhir ini. Maklumat-maklumat yang cacamerba begini akan menyebabkan kekeliruan kepada pembaca dan seterus nya akan menimbukan perasaan yang tidak menentu yang akhir nya akan menyebabkan timbul nya sebuah spekulasi……maka itu sejak akhir-akhir ini, timbul juga spekulasi Pilihan Raya akan menjelang tiba.....

p/s: Berspekulasi… hendak balik beraya kemanakah tahun ini…?

4 comments:

tokasid said...

Salam saudara de_kerinchi:

terus terang saya katakan saya sudah meluat dengan sandiwara memberi alasan baik oleh menteri,Tim Menteri atau sesiapa yg berkuasa di Kementerian. Malah di semua kementerian.

Mereka anggap rakyat malaysia ni dungu dan pandir.Mereka juga tahu ramai rakyat tak ambil peduli hal-hal ini utk di kaji. Ramai rakyat terima bulat-bulat apa yg Menteri2 dan timbalan kata. Saya rasa kalau Samy Vellu kata Malaysia dapat kontrak utk bina Hiway dari Putrajaya terus ke bulan pun ramai yg percaya kot.

Bila nak tunjuk Malysia hebat, akan di canangkan Petronas untung banyak.Di katakan ekonomi makin pesat dan berkembang. tapi kita tengok banyak RMK-9 tak mula-mula lagi pun. Yg RMK-8 dok sangkut banyak juga.

Hakikat sebenarnya, kehidupan semakin sempit.Purchasing power rakyat sudah mengecil. ramai yg berkereta sudah mula berkapcai melainkan bila keluar dgn famili.
Banyak setesyen minyak menurun volume jualan mereka. Banyak kedai pekerja sampai mengantuk tunggu pelangan tak kunjung klinik. banyak klinik kekurangan pesakit sampai doktornya boleh berblog sepanjang hari( Saya le tu).

Saban kali perayaan KPDNHEP akan buat macam2 kenyataan kononnya nak menjaga hak rakyat, tapi at the end of the day harga barangan tetap melambung. Ada kawan yg berniaga ayam baritahu: Kalau harga naik kami yg selalu kena marah oleh pelanggan. Sedangkan harga dari pembekal tinggi. Macam saya ni, saya ambil upah sembelih dan bersihkan hitungpanjang RM1 seekor. kalau dapat ayam mahal pun seringgit kalau ayam murah pun seringgit tu lah saya nak bayar api,air dan gaji anak buah saya.

saya faham keadaan beliau. seperti saya jugak, harga ubat naik setiap 3 bulan. tapi selagi boleh di absorb saya akan absorb dan kekalkan pada harga lama. Tapi bila dalam 2 tahun naik sampai 4-5 kali terpaksa saya naikan sedikit caj dan ubatan.

Dalam hal ini, saya berpendapat, pihak kerajaan perlu labih prihatin dan cekap dalam mengawal harga barangan dan petrol/diesel kerana sebarang perubahan akan mengganggu-gugat network harga dan kesannya adalah rakyat akan disempitkan purchasing power mereka.

Akan adakah kesudahan utk episode seumpama ini. rasanya tidak jika keputusan di buat atas dasar ad-hoc sahaja. Kita sedar harga juga bergantung kepada market force, tetapi kerajaan juga berperanan agar jgn sampai menjadi kepayahan kepada majoriti rakyat.

de_kerinchi said...

Salam Saudara Dr. Tokasid,

Saya kadang-kadang merasa pelik, ramai yang tak nampak..tiap-tiap hari kita boleh baca akhbar, pasti ada perkara yang berlawanan sedangan isu yag dibincangkan sama. Rasanya orang biasa pun boleh kesan apabila semalam cakap lain hari ni cakap lain...

Saya pasti kebanyakan nya menganggap cerita semalam sudah dilupai...dan berita hari ini dianggap baru....bagai anak burung menunggu disuap makan....lapar ia berkicau kalau kenyang disuap, ia senyap dan akur sahaja.

Akal dan pemikiran kita telah lama dibelenggu oleh sikap tidak apa...cukup masa bagi undi...kita mesti ada sikap suka bertanya...supaya kita dapat belajar...jangan asyik ajar anak-anak jer buat benda tu...ingat malu bertanya sesat jalan...yang hairan kadang-kadang pertanyaan dianggap bagai mengutuk...

rapat_umum said...

salam DK

Memang benar, berita sekarang tak konsistent, menyebabkan berlaku spekulasi. Berita yang didengar hari ini mungkin tidak relevan untuk esok.

de_kerinchi said...

Salam rapat_umum

Pasal tu sebagai warga berminda kelas pertama banyak berita yang peru ita timbangkan rasional nya.

Blog Widget by LinkWithin