Malaysia Tanah Airku....

September 21, 2007

Pembunuh Berhati Binatang


nurinjazlin.blogspot

Sah mayat Nurin -- Keputusan rasmi ujian DNA, rekod gigi

Saya sebenar nya agak terganggu, sejak berita kehilangan Nurin Jazlin Jazimin dihebahkan melalui akhbar, dan lebih merasa terganggu apabila terbaca kisah penemuan mayat kanak-kanak perempuan yang di bunuh kejam dan ditinggalkan di dalam sebuah beg, pada Isnin lepas.

Semalam perasaan saya lebih terganggu dan menjadi tidak rasional, apabila perasaan marah, benci berserta maki hamun sepontan keluar dari mulut saya, apabila mendengar berita ujian DNA ke atas mayat kanak-kanak yang dijumpai di dalam beg itu sepadan dengan Nurin Jazlin Jazimin. Sebenar nya semalam semasa pulang dari kerja saya telah menerima risalah foto Nurin Jazlin Jazimin yang diedarkan oleh pihak Plus dan sempat mendoakan keselamatan nya, tetapi pada malam hari nya pula saya telah mendengar berita kematian Nurin Jazlin Jazimin di kaca TV. Segala perbuatan yang saya lakukan malam tadi serba tidak kena perasaan bercampur baur dan marah amat menguasai saya, mengenangan bertapa siksa nya Nurin Jazlin Jazimin menghadapi saat kematian nya.

Pembunuh ini adalah manusia berhati binatang, yang tidak ada sekelumit pun rasa belas kasihan di hati. Dia bagaikan sebuah robot yang bernyawa. Orang seperti sang pembunuh ini amat tidak dikehendaki di dalam masyarakat Malaysia malah diceruk dunia mana pun. Terfikir di benak saya betapa tidak selamat nya anak-anak kita malah diri kita sendiri kini. Setiap saat perlu berhati-hati dan berwaspada dalam gerak dan langkah. Padah jenayah boleh berlaku pada bila-bila masa dan ketika. Semoga Allah s.w.t menjauhkan bala nya di bumi Malaysia ini.

Apakah dosa Nurin Jazlin Jazimin pada sang pembunuh ? Hingga dia sanggup memperlakukan Nurin Jazlin Jazimin sebegitu sadis sekali? Saya fikir orang ini tentulah seorang yang gila, mempunyai otak yang mereng dan kemungkinan juga sang pembunuh ini adalah seorang pengamal ilmu hitam yang telah terpengaruh dengan godaan iblis. Walauapapun alasan nya sang pembunuh tidak mempunyai hak untuk mencabut nyawa orang lain.

Saya percaya dan yakin pihak berkuasa pun merasa amat marah dan mereka pasti mencari sang pembunuh sehingga ke lubang cacing sekali pun. sang pembunuh harus dikenakan hukuman yang amat-amat berat atas jenayah ini. Pembunuh spesis ini harus dilenyapkan di muka bumi Malaysia.

Walaupun buat masa ini ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin, tidak dapat membuat pengecaman dan pengesahan bahawa mayat kanak-kanak yang dijumpai di dalam bag itu adalah Nurin Jazlin Jazimin tetapi sains DNA telah mengesahkan bahawa mayat tersebut ialah mayat Nurin Jazlin Jazimin. Sedang kan kita manusia biasa pun amat sukar menerima kenyataan sebegini, inikan pula ibubapa Nurin Jazlin Jazimin yang telah mendidik nya sedari kecil. Diharap keluarga Nurin Jazlin Jazimin dapat bersabar dan tetapkan iman dalam menempuh segala dugaan yang maha besar ini.

Bagi mengesahkan , ujian DNA Nurin Jazlin Jazimin adalah benar pihak berkuasa telah sekali lagi membuat ujian DNA untuk kali yang kedua. Bagi saya walauapapun keputusan dan hasil nya ujian itu nanti, Pembunuhan yang kejam telah pun berlaku. Tidak kira siapakah mayat itu, bangsa apakah dia, agama apakah dia...dia juga adalah insan bernyawa yang berhak hidup dengan aman dan dilindungi. Kini tiba giliran kita pula mempunyai hak untuk memastikan sang pembunuh yang haram jadah ini harus dihukum seberat-berat nya dan tidak dibenarkan wujud bebas di Negara Malaysia yang tercinta ini.

Apapun kita terpaksa menerima hakikat ini, Allah s.w.t. lebih sayangkan Nurin Jazlin Jazimin....biarlah ia pergi dengan aman...Berkat ramadhan yang mulia ini, semoga roh nya dicucuri rahmat...Al-Fatihah.......

Satu lagi saya harap bomoh melayu cukup-cukuplah buat berita yang sebegini :

"Kuala Lumpur - The case of missing eight year old child Nurin Jazlin jazimin, has turned increasingly mysterious with a traditional medicine practitioner claiming that she has been taken away by a supernatural being.

60 years old Mohd Amin Abdullah, from Serdang who was joined the search for Nurin, believed the girl was being cared for a "bunian" or spirit.

He said, o­n August 20th when Nurin went missing, she was taken away by a "bunian" child of the same age as it was interested in Nurin’s illness.

Nurin had been reported to be suffering from hypertension and kidney ailment. "

p/s: Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...terfikir dibenak hati, apakah suasana kehidupan yang akan ditempuh oleh anak-anak kita pada masa hadapan…?

8 comments:

jetjetsemot said...

yeh..tiba-tiba dengan berita begini, menyebabkan rasa risau dengan keselamatan anak-anak saudara di malaysia..hmm..semoga semuanya selamat..innalillah, dan al-Fatihah kepada arwah nurin..

de_kerinchi said...

Sama-sama kita merasa risau jetjetsemot

ritaemilia said...

salam DK

Turut simpati dan sedih atas kepergian adik Nurin.

Harap sang penjenayah bangsat ni dapat di hukum...

Alfatihah....

Anonymous said...

ada banyak lagi kes serupa yang tidak direportkan dan tidak didedahkan ke pengetahuan umum. dari pengalaman yang berlaku di kawasan tempat saya, pembunuhan kanak-kanak dilakukan oleh keluarga terdekat sendiri dan menyebabkan mereka tidak mahu membuat laporan dan membiarkan hal itu berlalu begitu sahaja demi untuk menjaga nama baik keluarga.

namun, yang pastinya kita harus menjaga anak2 kita dengan lebih berwaspada lagi. jangan sudah terhantuk baru terngadah.

de_kerinchi said...

salam kak rita,

sama-sama kita bersedih, moga perkara ini tidak berulang.Saya yakin pihak polis akan mencari penjenayah ini hingga ke lubang cacing............


Salam ladymariah,

perkara sebegini tidak harus berlaku di zaman bertamadun ini. sesuatu harus dilakukan untuk melindungi anak-anak kecil yang tidak berdosa ini.

Ya...kita harus lebih peka dalam mengawal anak-anak....zaman ini banyak perkara yang kita tidak boleh percaya...bahaya ada di mana-mana...

rapat_umum said...

tak terkata apa-apa....geram sungguh...

Mak Su said...

hati hamba syaitan hamba iblis itu memang telah kehilangan peri kemanusiaan..!!!

de_kerinchi said...

Salam rapatumum

Memang kita tak mampu bersuara kerana geram dan marah...


Salam maksu

elok nya hati tu dibagi makan sang khinzir...

Blog Widget by LinkWithin