Malaysia Tanah Airku....

Wajah Haji Abdullah Hukum



Maaf...sejak akhir-akhir ini saya amat sibuk dan tidak dapat menulis dengan kerap kerana sibuk dengan aturcara kerja, persidangan parti, gerak gempur, persiapan merdeka dan majlis-majlis sampingan yang nampak nya makin kerap diadakan, bagai memberikan isyarat sah untuk membenarkan rumor yang mengatakan pilihanraya sudah semakin dekat. Sebenarnya saya ada beberapa bahan menarik untuk dikongsi bersama (Hasil punggahan bahan arkib di setor...). Insyallah saya akan mencuba untuk menulis bahan tersebut dengan segera dan buat masa ini saya tidak mahu menulis tentang PRU (tunggu masa nya tiba sahaja).

Saya telah lama menerima beberapa e-mail, yang ingin mendapatkan gambar Haji Abdullah Hukum, malang nya kerana kesuntukan masa dan disebabkan waris terdekat Datuk Haji Abdullah Hukum, ramai yang telah kembali ke rahmatullah menyebabkan saya sukar untuk mendapatkan bahan tersebut. Dahulu salah seorang waris terdekat kepada Datuk Haji Abdullah Hukum, Allahyarham Haji Hashim bin Jaafar tinggal di Happy Garden , Petaling Jaya, malang nya anak kepada Hj Hashim telah pun berpindah ke Melaka dan membawa sekali gambar-gambar lama berserta senjata-senjata lama yang pernah digunakan di zaman silam dan Perang Selangor. Saya akan cuba singgah di Melaka nanti untuk meminjam gambar-gambar tersebut yang kebanyakan nya berlatarbelakangkan Kg Haji Abdullah Hukum dan sekitar KL di zaman silam, untuk tatapan bersama.

Buat masa ini saya hanya dapat memaparkan gambar salinan dari simpanan peribadi saya yang agak pudar untuk tatapan buat masa ini. Saya juga telah mengupload gambar ini dalam artikel asal di wikipedia.

posting asal: abdullah hukum sejarah yang dilupai


p/s : Lihat keris yang tersisip dipinggang Datuk Haji Abdullah Hukum, keris itu masih berada ditangan waris nya ...itu baru keris pendekar penuh dengan perjuangan yang sebenar.. bukan sekadar semangat menjulang keris .....

10 comments:

puteri said...

sejarah yg smakin dilupakan msyarakat..

Mak Su said...

kagum dgn org lama

Peter Chen said...

Selamat hari de_kerinchi,

Hi Med,

I am afraid I didn't get email notification of your comment at
Testing ways to make images uploaded via Blogger photo upload icon open in new window/tab so I apologise for this late response. I have responded to your comment.

Peter (Blog*Star)
Generating Revenue from your Website

de_kerinchi said...

salam puteri,

Sejarah yang ada didepan mata selalunya tidak nampak dek akal...


Salam maksu

Orang lama memang penuh sejarah, saya rasa orang sekarang jika diberi pilihan..mungkin sukar untuk mengharungi hidup di zaman mereka ...Ada yang tidak pernah menjamah ubi kayu cecah kelapa parut...


Hai peter chen,

Tq for your reply...now my blog look great in both of explorer...

ladymariah said...

pendekar de_kerinchi! ewah.
kita patut bangga dgn keturunan dan susur galur kita. kalau ada tokoh yang sudah dilupakan oleh generasi ini, kitalah yang bertanggungjawab untuk mengangkat setiap titik perjuangan mereka.

de_kerinchi said...

salam ladymariah...

Pendekar ker..erkk langkah seribu boleh ler..hehehe

Tokoh yang berjasa memang patut dikenang...bukan nya tokoh yang buat-buat berjasa...

ladymariah said...

mana boleh buka langkah seribu... kena jadi anak jantan sejati tau. hehehe.

de_kerinchi said...

Ladymariah, zaman moden ni kalau tak buka langkah seribu bisa mati katak...contoh kalau orang nak tembak kita kita kena lari menyembunyikan diri di balik tembok..hehehe

puteri said...

hehe..

hmm.. org2 kita dlu2.. mana ada senjata canggih2 mcm pnjajah.. pnh dceritakan : baru nak buka silat, dh kene bom..

*rase klakar cite tu
tp sedih jugak bila fikir realitinya

de_kerinchi said...

salam puteri,

Masalah nya bukan pasal bangsa asing ada senjata cangih..tetapi musuh yang sebenar nya ialah penghianat bangsa...

Blog Widget by LinkWithin