Malaysia Tanah Airku....

August 21, 2007

Merdeka kah kita?



Apakah perlu Datuk Abdul Rahim Ismail, memohon warga media agar menyokong kerajaan? Nampak nya tindakan beliau menguatkan lagi bukti, bahawa kerajaan telah menyalah gunakan media arus perdana sebagai alat propaganda. Kalau hendak diikutkan kebanyakan gergasi media arus perdana, semuanya mengkhabarkan berita yang molek-molek sahaja kepada rakyat.

Hanya sedikit sahaja saluran media kerdil yang membicarakan tentang berita yang dikatakan menentang kerajaan. Adakah Datuk Abdul Rahim Ismail terlalu takut dengan suara kecil-kecilan ini? Bukankah pihak kerajaan mempunyai saluran yang lebih berkredibiliti dan mempunyai jutaan pengikut? Jadi apa perlu Datuk Abdul Rahim Ismail merasa takut dan gusar dengan pukulan media kerdil ini?

Nampaknya Datuk Abdul Rahim Ismail menyambung susun galur para juak-juak kerajaan yang takut pada bayang-bayang nya sendiri. Wahai BN yang gagah perkasa dan tak terlawan, kalau benar akar mu kuat berpaksi di bumi, kenapa harus kau gusar dan bimbang … ? atau… sememang nya kau sudah tahu akar mu itu, sudah mula dijangkiti anai-anai keraguan…kalau memang itu sebab nya, maka kau sememang nya berhak memakai pakaian gusar dan bimbang sebagai persiapan ke medan perang. Biarlah kita bertempur, cara orang yang berjiwa merdeka bukan dijajah dengan momokan ugutan.

Menceriakan keadaan, al-kisah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru sahaja menyeru supaya sektor swasta yang dikuasai kaum Cina, perlu membuka peluang pekerjaan kepada kaum Melayu dan India tanpa mensyaratkan pengambilan pekerja mesti menguasai bahasa Mandarin dan sebagai balasan nya beliau mahu dihapuskan persepsi bahawa sektor awam hanya menerima kakitangan di kalangan orang Melayu.

Belum habis panas nya ucapan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting telah meminta kerajaan melaksanakan tender terbuka tanpa mengira kaum bagi membolehkan syarikat-syarikat bukan bumiputera turut berpeluang memenangi tender-tender kerajaan. Permintaan Datuk Seri Ong Ka Ting mungkin boleh diterima, memandangkan banyak kontraktor alibaba a.k.a. kroni yang telah mendatangkan masalah kepada kerajaan sejak akhir-akhir ini.

Tapi berita yang satu ini, amat kurang molek untuk didengar. Resolusi Pemuda MCA untuk menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar dalam subjek Matematik dan Sains bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), adalah satu resolusi yang jelas mencabar dasar intergrasi nasional dan kedaulatan bahasa kebangsaan.

Apakah semua ini ? Kemanakah pergi nya kedaulatan bahasa Malaysia (dahulu bahasa melayu) yang konon nya merupakan bahasa kebangsaan Negara Malaysia?. Tidak cukupkah bahasa ibunda kaum-kaum yang selain melayu ini diajar disekolah-sekolah Jenis Kebangsaan? Memang mereka berhak untuk bersuara, tetapi bersuara lah atas dasar dan landasan yang lebih rasional dan bertamadun.

Kalau beginilah keadaan nya, sampai bila pun intergrasi nasional sukar untuk berada dalam tahap yang akrab. Kalau benar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ingin menjadi pemimpin yang adil dan tidak akan melakukan diskriminasi , maka perlulah beliau bersikap adil kepada bahasa ibunda nya sendiri…Kedaulatan bahasa ini harus dijaga dan tidak dirosakkan...

Dalam hal ini kita harus melihat resolusi yang dihasilkan Kongres Patriotisme Remaja sebagai pemangkin, kalau seawal usia ini sudah faham erti Patriotisme, inikan pula abang-abang mca yang terpelajar, waras lagi muda. Mengikut
Kongres Patriotisme Remaja, elemen dan semangat patriotisme adalah satu keperluan yang nyata untuk dibina, dijana dan dimajukan kepada seluruh rakyat Malaysia, dan menerusi semangat patriotisme, perpaduan antara kaum serta wilayah akan dapat diperluaskan. Jadi salah satu elemen Patriotisme adalah mendaulatkan bahasa kebangsaan, ini lah bahasa perpaduan…biar kita bertutur dalam satu bahasa..bahasa jiwa Bangsa….tidak ada erti nya 50 tahun merdeka, selagi bahasa kebangsaan masih dijajah di bumi sendiri dan ia akan lebih menjengkelkan lagi sekira nya dijajah oleh bangsa nya sendiri.....

p/s: Cakap biar serupa bikin….

8 comments:

Anonymous said...

pada saya, kita harus betutur dalam satu bangsa sebagai warga malaysia dan dalam masa yang sama juga, kita galakkan anak-anak untuk mempelajari bahasa lain yang ada di negara kita. so, paling molek sekiranya warga malaysia yang baru boleh bicara melayu, india dan mandarin...

Puteri said...

hmm..nice cartoon.. trsirat btl..
*pnh bc katon ni dlm harakah dlu3.. hehe

de_kerinchi said...

salam ladymariah

Memang digalakkan kita faham banyak bahasa, tetapi jangan sampai bahasa kebangsaan diketepikan, tuntutan untuk memasukkan bahasa selain dari bahasa malaysia di dalam kertas peperiksaan adalah satu perkara yang tidak wajar, kerana peperiksaan yang diterajui kementerian pelajaran atau MPM merupakan satu tahap standard yang ditetapkan oleh negara malaysia yang berdaulat. Ia boleh dterima pakai untuk subject yang berkaitan agama dan bahasa itu sendiri...


Salam puteri,

kartun tu walau humor, tapi banyak kebenaran nya...Harakah ..hehehe

Mak Su said...

sapa betul dia berani,sapa salah dia takut

de_kerinchi said...

salam maksu,

Masalah nya dewasa ini kita agak sukar kenal siapa yang salah dan siapa yang betul..kerana kebanyak kan yang salah akan berani kehadapan...

tunku said...

katun dia atas adalah kenyataan masa kini, dengar duit saja, semua sokong.

de_kerinchi said...

Salam tunku,

Itulah bahana bertuankan duit, tapi yang amat mendukacitakan ia telah membudaya di dalam negara kita...

Puteri said...

hmm.. bila Islam dilabel pengganas..

Blog Widget by LinkWithin