Elok sangat lah bila kabinet mengambil keputusan melarang semua menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen daripada menyandang sebarang jawatan dalam badan-badan sukan. Peruntukkan sahaja jawatan itu, pada yang pakar.
Walaupun sepatutnya alasan yang diberi adalah demi kemajuan sukan negara, tetapi kita terpaksa juga terima alasan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Azalina Othman Said yang mendakwa keputusan ini tidak ada kena-mengena dengan kemerosotan pencapaian sukan-sukan tertentu tetapi disebabkan oleh:
1) Bertujuan menjaga imej mereka daripada dijadikan “kambing hitam” apabila pencapaian sukan yang di ketuai mereka merosot.
2) Menjaga imej menteri, timbalan dan setiausaha parlimen.
3) Menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen dapat menumpukan seluruh perhatian mereka pada tugas masing-masing dan tidak terlalu dibebankan dengan masalah dalam persatuan.
Dah mereka ini yang "merelakan" diri untuk dipilih (Takkan nak calunkan diri sendiri kot) , maka pikullah tanggung jawab sebagai ketua. Jangan nak nama gah dicanang orang, hanya apabila menang sahaja, patutnya kalau kalah pun mesti bertanggung jawab lah. Persoalan nya siapa kah yang sering di kambing hitam
Bagi Pak menteri, bebanan kerja yang di tanggung, memang berat belaka.. tak tertanggung bahu kita hendak dibawa(saya ni hanya pandai komen), Tetapi kita harus ingat saya ulang lagi….maruah Agama, Bangsa Dan Negara terletak di bahu kita, tidak kira seberat manapun beban nya, terpaksa kita pikul bersama. (Selama ini tugas menteri banyak tak diberi tumpuan, disebabkan leka pegang jawatan kat persatuan, patut lah…banyak kerja macam tak cukup budget….)
Rasa nya cadangan untuk menteri besar melepaskan jawatan tu, hendak ditimbangkan dahulu, biasanya orang-orang yang ternama ni diangkat menjadi penaung dan pemimpin persatuan, disebabkan kredibiliti mereka untuk menarik penaja. Contoh nya pada masa dahulu khabar nya Dato’ Aini dibawa masuk ke kem bolasepak Selangor kerana kemampuan kepimpinan beliau serta faktor “contact” yang kuat dan akrab dengan pihak penaja. Maka pada masa tu persatuan bolasepak Selangor kelihatan mewah dan kuat sikit. Rasanya adakah pihak lain yang lebih berwibawa untuk mencari penaja ? Tanpa penaja rasa nya , sukan Negara kita ni akan menjadi parah. Macam persatuan bolasepak
p/s: Imej Menteri harus dijaga demi PRU yang akan menjelang tiba….? Majulah Sukan untuk Negara. ..... Majulah Menteri untukPRU...
5 comments:
tak reti nak ckp apa sbb mak su ni kakitangan bangku, tapi lebih elok kalu ahli sukan yang menerajui bidg skn, kot...?
Salam maksu,
Yang itu baru betul, yang pakar sukan sahaja yang layak dok situ, kita ni yang kaki bangku boleh bagi pendapat jer..hihihi
Kita yang mengkomplen, memang sah tak terer main, tapi yang pemain itu sah-sah dikata propesional, maka taha lah kalau kena kritik, nama pun profesionalkan.
Salam anjangakiku
Pemain tu memng profesioanl, sebab dia dibayar gaji untuk bermain sepenuh masa, jadi kalau main macam taraf kampung..mesti ada yang tidak kena.
Dang, habis la supply t-shirt dan tuala free!
Post a Comment