Malaysia Tanah Airku....

August 09, 2007

Awas Pengarah Syarikat Malaysia !



Salam para pembaca, agak lama juga saya tiada posting yang baru kerana saya sangat sibuk dengan urusan kerja, semalam sahaja saya baru selesai menghadiri kursus “Corporate “Directors’ Trainig Programme” yang kini diwajibkan oleh suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM) kepada semua pengarah-pengarah syarikat.

Sebenar nya kursus ini amat menarik dan berguna kepada pengarah-pengarah syarikat yang sebenar nya hanya tahu berniaga tetapi cetek pengetahuan nya tentang pengurusan syarikat. ini terbukti apabila menerima maklum balas dari 40 orang peserta yang hadir semalam, yang sekurang-kurang nya mempunyai satu kesalahan yang dilakukan tanpa disedari. Melalui kursus ini , maka kita akan tahu sebenar nya kebanyakan pengarah syarikat di Malaysia telah melanggar peraturan akta persyarikatan yang boleh didenda, dihukum penjara malah disebat .

Menurut SSM Sehingga 31 Disember 2006 terdapat 752,074 syarikat tempatan dan 4,172 syarikat asing telah didaftarkan di Malaysia. Ini bermakna kalau diambil pukul rata satu syarikat minimum mempunyai 2 orang pengarah bermakna di Malaysia terdapat 1,512,492 orang Pengarah syarikat. Banyak bukan, tetapi adakah mereka ini arif benar tentang pengurusan syarikat? Dan tidak hairan jika ada dikalangan pengarah, tidak pernah membaca malah tidak pernah melihat Memorandom & artichel act, syarikat masing-masing..

Akhir-akhir ini,kita sering melihat kes-kes pengarah-pengarah atau bekas pengarah yang telah didakwa oleh SSM di Mahkamah. Ini semua adaah rentetan dari penguatkuasaan undang-undang yang sedang dilakukan oleh pihak SSM. Jadi bagi pengarah syarikat baiklah berhati-hati dan merujuk kepada mereka yang pakar, sebelum terlambat.

Mengikut fakta, 300 orang Pengarah syarikat telah pun disaman pada tahun ini dan baki nya hanya menungu waktu untuk diambil tindakan. Di mana kompaun yang telah dikeluarkan oleh SSM adalah sebanyak 286,184 ribu dengan nilai nya sebanyak RM 47.7 juta…banyak bukan…!

Antara kesalahan utama yang sering dilakukan oleh pemilik syarikat tanpa disedari ialah :

1) Tidak Mengadakan Mesyuarat Agung tahunan : Adalah wajib untuk untuk syarikat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan(MAT) sekali bagi setiap tahun.Seksyen 143(1).
.
Punca: Lalai, tidak tahu, tiada lapuran Kewangan dan syarikat dorman atau tidak
aktif.

Hukuman : Setiap syarikat dan pegawai syarikat boleh didenda RM 5,000.00.

2) Syarikat diwajibkan untuk menyediakan penyata tahunan yang dibuat pada tarikh MAT diadakan. Penyata tahunan yang telah disiapkan hendaklah ditandatangani oleh pengurus dan setiausaha syarikat dan diserahkan kepada SSM. Serahan hendaklah dibuat bersama akaun yang telah diaudit. Seksyen 165(1)

Punca : MAT tidak diadakan, Laporan Audit kewangan tiada.

Hukuman : Denda tidak melebihi RM2,000.00.

3) Penyimpanan semua rekod perakaunan, seperti resit, inbois, cek, nota perjanjian dll. yang bersangkutan untuk menerangkan kaedah pengiraan laporan kewangan dan laporan audit. Seksyen 4.

Punca: Lalai, cuai

Hukuman : Penjara 5 tahun dan denda sehingga RM 30,000.00



4) Membentangkan Laporan akuan yang telah diaudit dalam MAT. Seksyen 169(1)(3)(5).

Punca : Tiada Laporan kewangan dicatatkan

Hukuman : Penjara 5 tahun dan denda sehingga RM 30,000.00.


5) Penyata Palsu dan Mengelirukan : Dilarang menyediakan maklumat palsu dan mengelirukan dalam dokumen yang dikehendaki atau bagi pematuha akta syarikat. Seksyen 364(2).

Punca: Lari dari membayar cukai, Menipu

Hukuman : Penjara 10 tahun dan denda sehingga RM 250,000.00.


Ada banyak lagi kesalahan utama yang sering dilakukan seperti tidak membayar EPF, Hutang Piutang, Bankrup, Rasuah dan Jenayah kolar putih yang boleh mengakibatkan pengarah didenda, dipenjara malah disebat dibawah kesalahan "CBT". Harus diingatkan bahawa semua lembaga pengarah, termasuk pengarah nominee atau disebut proxi malah pengarah “sleeping partner” juga akan dikenakan tindakan walaupun, dia tidak bersangkutan dengan kuasa kelulusan, jadi berhati-hatilah barang siapa yang sanggup menawarkan diri sebagai pengarah syarikat.

Bagi Syarikat yang tidak aktif atau dorman, maka haruslah pengarah-pengarah itu menutup syarikat tersebut, kerana selagi syarikat itu berdaftar di SSM maka ia tertakluk kepada akta syarikat. Ingatlah untuk membuka syarikat memang mudah hanya beri duit RM 2500.00 maka kita akan dapat sebuah syarikat, tetapi harus diingat bahawa penyediaan kos wajib adalah lebih kurang sebanyak RM6,000.00 harus diperuntukkan untuk pembayaran kos mesyuarat, penyata dan pengauditan sahaja. Malah ketahuilah untuk menutup sebuah syarikat Sdn. Bhd. Memerlukan kita mengorbankan kos lebih kurang RM 15,000.00 hingga ke RM 20,000.00, tidak termasuk kos pelupusan liabiliti seperti hutang piutang(amat mahal jika dibandingkan dengan kos untuk membuka sebuah syarikat).

Salah satu peringatan yang telah diberikan oleh SSM ialah, tolong periksa lesen "Setiausaha Syarikat" anda, kerana perangkaan oleh pihak SSM menunjukkan rata-rata lesen mereka ini telah mati dan tidak diiktiraf lagi....!!!! apatah lagi pihak SSM sekarang ini sedang berura-ura untuk mewajibkan sebuah syarikat untuk mempunyai Setiusaha syarikat.

p/s: Sekadar ingat-mengingati kepada siapa yang memerlukan….Kursus ini telah dijalankan oleh Speaker-speaker yang berwibawa dari institusi Peguam, BPR dan PDRM dan amat baik untuk dijadikan panduan.

11 comments:

Anonymous said...

Salam de_kerinchi

1st
laling ucapkan terima kasih kerana acapkali de_kerinchi lawat blog laling

mengenai tajuk post ni baru laling tahu setiausaha syarikat kena ada lesen..Terima kasih ye kerana kongsi maklumat..

ps1-kenapa tak guna Read More -peekaboo style? senangkan takyah open new window..

ps2-laling minat nak change link dengan blog anda..harap lamaran laling diterima.
Terimalah lamaran laling :D

Terima kasih

de_kerinchi said...

salam laling,

1st sama-sama kasih juga sebab lawat blog saya..huhuh

ps1-Terimakasih atas pesanan, baru saya nampak ada kesilapan pasal open in new window..pekaboo saya akan cuba..

ps2- Lamaran telah pun diterima dengan hantaran selink serba satu ..:0)

tokasid said...

Salam saudara de_kerinchi:

Alhamdulillah kerana dah ada kesempatan menulis. Saya kunjung setiap hari tapi tiada.Saya ingatkan streamyx buat hal lagi,rupanya pi kursus.

Alhamdulillah kerena memberi insight ttg tanggungjawab Pengarah syarikat. Dapat jugak info baru.

rapat_umum said...

Terima kasih atas maklumat ini, tapi yang baik nya semua pengarah harus tahu macamana nak urus syarikat bukan cari duit sahaja.

de_kerinchi said...

Salam saudara dr tokasid,

Terima kasih kerana mengujungi blog saya, memang saya teramat sibuk dan ada ruang sedikit ni saya boleh menulis,dan pada masa akan datang saya akan cuba update sekerap mungkin insyaallah...

Saya pun memang tak lepas kunjungi blog saudara jika online.



Salam rapatumum

Mula-mula ramai ingat kursus sebegini membebankan tetapi sebenarnya amat berguna kepada kita...ilmu tu kan baik untuk dikejar..

Anonymous said...

Salam de_kerinchi

Laling ucapkan terima kasih dan sempena hubungan kita yang direstui keluarga ni salam muhibah dan satu link kenangan di hulurkan sebagai tanda ikatan...

It's good to be loved!

de_kerinchi said...

Terima kasih kembali laling, pasal dah direstui maka segala komen sudah diperbetulkan , terima kasih

Anonymous said...

really? wah... saya sendiri tidak mengetahui berkenaan undang2 seperti ini. maknanya syarikat tmpt saya bekerja pun sudah boleh didenda. hahaha. tidak perlulah beritahu apa kesalahan mereka. nanti makin bnyk yg kantoi. lol. so, ada website yg boleh kita kongsi tak de_kerinchi? kasi tau bah...

affendi said...

Hai ladymariah,

Ia sebenar nya banyak kesalahan dah syarikat malaysia lakukan, itu belum agi saya huraokan dari sudut BPR dan PDRM...harus tak tertanggung...

Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd Enterprise, Lesen Kewangan - ROB ROC MOF said...

kursus pengarah sangat penting - macam kursus memandu sebelum bawa kereta

untuk lebih maklumat mengenai pendaftaran syarikat

sila lawati
http://www.daftar-syarikat.com/

de_kerinchi said...

salam rustum ali

Benar kalau syarikat tu pemandu nya banyak yang tak tahu....risiko nya amat tinggi...

Blog Widget by LinkWithin