Malaysia Tanah Airku....

August 01, 2007

Jeff Ooi Di pintu Politik


Jeff Ooi dedah 'manifesto peribadi' 8 perkara

Tahniah dan selamat berpolitik diucapkan kepada penulis blog terkenal saudara Jeff Ooi yang selama ini mendukung kata-kata keramat "Blogger United , No Fear", kini telah sah, menyertai parti DAP. Beliau juga mendakwa, telah mendedahkan lapan perkara sebagai "manifesto peribadinya" yang akan diperjuangkan bersama parti itu iaitu :


1) Ekonomi berasaskan pengetahuan

2) Intergrasi Kaum

3) Merombak sitem Pendidikan

4) Pengagihan samarata kekayaan.

Beliau juga dikatakan, mahu mengalakan pemikiran yang meletakkan "Malaysia" sebagai satu keutamaan., tanpa memberatkan sesuatu golongan kaum atau agama, menentang rasuah dan menyuburkan pentadbiran kerajaan yang baik, menegakkan demokrasi dalam sebuah negara sekular serta membantu golongan yang lemah pencapaian ekonomi mereka.

Nampaknya hala perjuangan saudara Jeffri Ooi, amat bagus sekali Cuma persoalan nya adakah konsep “Hadhari” yang dipopularkan oleh PM tidak memenuhi ciri-ciri yang beliau perjuangkan?. Kalau kita lihat Islam “Hadhari” meletakkan kekuatan nya pada 10 teras utama, iaitu :

I. Keimanan dan ketakwaan kepada ILAHI

II. Kerajaan adil dan beramanah

III. Rakyat berjiwa merdeka

V. Penguasaan ilmu pengetahuan

V. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif

VI. Kehidupan berkualiti

VII. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita

VIII. Keutuhan budaya dan moral

IX. Pemeliharaan alam semula jadi

X. Kekuatan pertahanan

Saya pasti ada sesuatu perkara yang menyebabkan Saudara Jeff Ooi mengambil keputusan untuk terjun ke dunia politik. Yang jelas Saudara Jeff Ooi nampak nya telah memberi isyarat bahawa teras islam “Hadhari” itu lansung tidak berfungsi, lalu menyebabkan beliau terpaksa memalu gendang perang dengan konsep perjuangan nya sendiri.

Malang nya saudara Jeff Ooi telah meninggalkan sedikit jejak hitam dalam permulaan karier politik nya. Sebelum ini Jeff Oooi memang diketahui telah menyertai parti Gerakan dan penyertaan beliau dalam DAP telah menimbulkan satu tanda tanya. Terdetik persoalan di hati saya, “nampak nya perjuangan Gerakan tak bagus, maka Jeff Ooi masuk DAP”.

Tetapi Jeff Oii kata PKR bagus, Jeff Oooi kata Gerakan bagus, jadi kenapa harus ada budaya "lompat katak" diamalkan di sini?. Dengan memberi alasan Lim Guan Eng telah 2 tahun "berbaik-baik" dengan beliau", menambahkan lagi musykil di hati, kemanakah hala tuju sebenar nya perjuangan Saudara Jeff Ooi, adakah berjuang disebabkan orang berbaik-baik dengan kita? Atau disebabkan terdapat ruang yang amat luas dalam DAP untuk beliau menonjol?. Lagi pun Klausa "berbaik-baik" itu amat umum, dan bakal menimbulkan persepsi negatif yang tidak mahu saya sebutkan disini. (sendiri mahu ingat lah...). Kalau semua parti "baik-baik" belaka, tak payah lah hendak berpolitik dan berkempen. Lebih baik saudara Jeff Ooi teruskan sahaja agenda perjuangan beliau, yang didakwa diamalkan secara bebas dan telus seperti sebelum ini.

Seorang ahli Politik yang baik, mesti ada pendirian, kalau bagus cakap bagus…kalau salah cakap salah… tidak payah berselindung untuk menunjukkan pendirian atau sekadar menjaga populariti. Saudara Jeff Ooi harus meletakkan perjuangan itu dilandasan yang betul, pendirian mesti tegas, Jangan kita jadi orang politik yang “mempolitikkan” perjuangan, demi nama dan kedudukan sehingga sanggup melacurkan pendirian.

Memang benar kata Jeff Ooi, “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.", oleh itu saudara Jeff Ooi harus juga memahami, bahawa dalam politik, orang yang “berat nya mata memandang” itu adalah pengundi yang paling berkuasa…dan saudara Jeff Ooi lah yang akan memikul segala natijah yang mungkin akan wujud ekoran dari tidak tanduk nya sendiri…

Apapun saya masih mahu mengucapkan tahniah untuk kesekian kali nya, kerana Jeff Ooi telah pun mengistiharkan kesanggupan beliau untuk memikul tugasan sebagai ahli politik. Oleh itu selamat berjuang di arena politik…. di dunia yang sebenar …dan bukan nya di balik skrin maya....banyak hati yang harus dijaga, banyak mata yang harus di celikkan, banyak telinga yang harus di dendangkan….


p/s: Jangan jadi Politik tong kosong , Bunyi berdegar-degar…...satu pun tak jalan.

6 comments:

tokasid said...

Salam saudara de_kerinchi:

Bagus jugak,finally Jeff telah masuk gelangang politik. Jika selama ini mungkin kritikan beliau agak kurang umph! mungkin lepas ni ada nilai lebih sikit sebab ada platform politik.

Saya kira saudara Jeff telah kecewa dengan Gerakan dalam setahun dua ini. Mungkin beliau melihat Gerakan sudah beralih angin atau melihat bakal pemimpin utama Gerakan yg baru tidak mampu memperjuangkan nasib rakyat dari dalam BN.

Selepas ini rentak tarian Jeff terpaksa berubah mengikut arus ideologi DAP. Ke-neutralan beliau akan sudah pasti terjejas sedikit sebanyak walau bagaimana beliau mencuba sekalipun.

Saya ucapkan semoga berjaya kepada saudara Jeff dalam arena politik kebangsaan nanti. Semoga Jeff mendapat apa yg di carinya.

de_kerinchi said...

Salam Saudara Dr. Tokasid,

Ya pasti ke neutralan nya tidak akan kekal. Dan Jeff Ooi kena berhati-hati dengan politik. Sekarang ini bukan Gerakan sahaja yang nampak goyah, tetapi hampir kesemua parti politik, telah hilang seri, ...tapi tak taulah nak cakap ... kita tunggu sahaja PRU yang akan datang..

rapat_umum said...

Salam DK,

Menarik juga bila Bloggers turun ke kancah politik, tapi janganlah disebabkan kena saman beliau nak berlindung dipohon yang rendang atau terpaksa mencari tempat berteduh.

de_kerinchi said...

salam rapatumum

Harap tiada agenda lain dalam misi beliau.Apapun kita tunggu dan lihat.

ayamsabung said...

Niat saudara Jeff Ooi baik, tetapi kalau alasan pindah parti pasal Gerakan tak relevan lagi, tidak boleh diterima pakai, kerana sebelum ini tidak kedengaran pun suara Jeff Ooi dalam setiap aktiviti Gerkan, padahal Jeff Ooi juga bukan calang-calang orang.

de_kerinchi said...

Ayamsabung,

Harap Jeff Ooi bukan cakap kosong, mungkin sebelum ni dia takder ruang untuk bersuara...Tapi tak tahulah samada Jeff Ooi pernah nmenyuarakan nya melalui dunia Blog, saya kurang periksa.

Blog Widget by LinkWithin