UMNO perlu amalkan 4M – Najib
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggariskan empat prinsip yang dipanggil 4M sebagai panduan kepada semua ahli UMNO di seluruh negara untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.Dahulu masa saya bersekolah rendah sekitar tahun 70an, saya sering disumbatkan dengan sistem 3M iaitu Membaca , Menulis dan Mengira, .tetapi sekarang ni bila bangsa kita dah boleh gah dengan system 3M ini, muncul pula 4M, tetapi saya rasa prinsip 4M tersebut memang prinsip yang didokong dari zaman UMNO muncul lagi Cuma ia kembali disolek sedikit dengan suara Datuk Seri Najib Tun Razak, agar nampak baru walaupun ia sebenarnya dalam konsep yang sama.
Prinsip merapat barisan ini, telah diwar-warkan ( atau lebih baik mengunakan perkataan dimomokkan) sebagai manifesto untuk menunjukkan kekuatan, keutuhan dan keakraban parti UMNO, cuma saya tidak pasti akan keberkesanan penghayatan nya dikalangan ahli-ahli UMNO itu sendiri, adakah mereka ini mendokong konsep tersebut dalam ertikata yang sebenar nya?. Kita tidak dapat nafikan (atau tidak mampu menafikan), bahawa dewasa ini sedang bergentayang budaya tikam belakang, budaya makan kawan, budaya lepas tengkuk, budaya “mengkronikan” dan bermacam-macam budaya yang tidak mengambarkan ciri-ciri sebenarnya klausa “rapat ” itu. Budaya ini sudah menjadi biasa dalam kehidupan harian apatah lagi dalam dunia politik di seluruh jagat raya. Hari ini kita berkawan kawan… esok-esok mungkin menjadi berlawan-lawan…yang pasti istilah “merapatkan” barisan itu tidaklah sepopular slogan …masuk barisan..!, masuk barisan….!
Begitu juga dengan prinsip menambah bilangan ahli yang memang saban tahun diulang-ulang sebagai pemanis mulut. Soalnya begitu pentingkah angka 3.3 juta ahli itu dijaja merata-rata tempat untuk menunjukkan kekuatan? Tidak kah kita mahu tahu “berkualitikah” ahli-ahli yang seramai ini? Benarkah mereka ini pejuang-pejuang UMNO sejati? atau pun ini hanya pejuang ikut-ikutan…orang daftar kita daftar…orang sokong..kita sokong…tapi bila mesyuarat, batang hidung pun tak nampak.…
UMNO sebenar nya memerlukan penyokong yang “berkuantiti kualiti” dan bukan nya “kuantiti bernombor”. Tak kan nak memejam mata dan memekakan telinga sahaja bila setiapkali mesyarat cawangan hendak berlansung pasti sepenuh tenaga dikerah demi untuk mencukupkan korum...Sampai bila fonomena tabur “duit kopi” untuk menarik ahli datang harus kita amalkan. Perkara ini mesti dipandang serius, semangat berparti yang tulin harus disemaikan kepada ahli-ahli supaya mereka menjadi ahli yang berkualiti, jangan sibuk nak buat projek ahli “mega” tapi tanggungjawab jatuh nombor dua. Kalau tanggunjawab membayar yuran pun diabaikan ahli, bagaimana pula tanggungjawab ahli nanti untuk memartabatkan parti. Janganlah kita hanya menjadi ahli dan AJK diatas kertas sahaja…atau ahli sekadar mengangkat tangan dan bertepuk sorai….malu… sungguh…
Datuk Seri Najib Tun Razak pernah berkata semasa persidangan perwakilan Umno Bahagian Tanjung Karang bahawa kekuatan Umno bukan sahaja perlu dilihat daripada jumlah anggotanya seramai 3.3 juta tetapi kekayaan nilai perjuangan mereka untuk terus membela nasib agama, bangsa dan Negara. Tapi saya sungguh sedih, kerana nilai kekayaan pejuangan UMNO ini bakal dirosakkan oleh angka-angka yang tidak berkualiti, sekiranya ia tidak dipantau dengan segera. UMNO harus merapatkan ahli-ahli yang ikhlas berjuang…tetapi persoalan nya berapa ramai kah ahli yang berkualiti begitu?...tepuk dada tanyalah selera…….
p/s: Bersatu Kita Bersatu, Dengan Setia Berganding Bahu, Jiwa Teguh Berpadu, Kita Rumpun Melayu, .......Aku kah yang bersalah..atau jebat kah yang bersalah……?
7 comments:
Salam saudara de_kerinchi:
Jgn lupa 2M: Mahathir Musa. Heh3
salam kembali Dr. Tokasid
Saya hampir lupa pasal 2M, sebab saya paling tak suka mengingati kawan-kawan yang suka tikam belakang...politik memang kotor..hi3x
Salam DK,
Memang bila hendak cari ahli semua sedara-mara, ipar duai diangkut masuk jadi ahli, untuk sekadar mencari sokongan, kalau yang masuk tu aktif takpa ini harapkan duit bagi, baru pergi meating, benda ni memang tak bagus lansung untuk diamalkan.
Salam rapatumum
Cawangan Bunian pun memang banyak...ahli dari merata tempat...heheh
Ada yang dah terer 3M, tapi fikiran macam orang hilang akal tu, macam mana agak nya yer.
assalamualaikum...
salam pagi rabu....
mulakan kerja mu dgn bismillah...
hehehe
:P
w'salam....,tuan sunan jati...Bismillah....syukran...
Post a Comment