Kali ini saya ingin menyambung kembali kaedah metamatik mudah cara “The Trachtenberg speed system of basic Mathematics” seperti posting awal saya dahulu. Saya ingin tunjukkan pula, satu kaedah mudah dan cepat untuk mendarabkan nombor dengan 12. Dahulu semasa sifir 11 kita hanya perlu mencampurkan setiap nombor itu dengan nombor di sebelah belakang nya atau dipanggil jiran, tetapi untuk sifir 12 kita mengandakan nombor tersebut kemudian baru dicampur dengan nombor di sebelah belakang nya atau dipanggil jiran. Mari kita cuba kaedah ini:
Kita akan menggunakan cara ini :
123 x 12
--------
(Jawapan
anda disini)
Letakkan angka “0” di hadapan nombor yang hendak didarabkan.
0123 x 12
------
Kemudian mari kita teruskan dengan mengandakan nombor “3” dan seterus nya mencampurkan dengan jiran di belakang nya. Gandaan "3" adalah bersamaan “6” maka kita campurkan dengan "0" sebab ia tidak mempunyai jiran. Oleh itu 6+0 = 6 dan letakkan jawapan anda itu di bawah kotak jawapan.
0123
--------- x 12
6
Teruskan kaedah ini seperti berikut,
0123
--------- x 12 ====> (2+2)=4; 4+3= 7, Letakkan nombor 7, sebagai jawapan)
76
0123
--------- x 12 ====> (1+1)=2; 2+2= 4, Letakkan nombor 4, sebagai jawapan)
476
0123
--------- x 12 ====> (0+0)=0; 0+1= 1, Letakkan nombor 1, sebagai jawapan)
1476
Sekarang kita sudah mendapat jawapan nya iaitu 1476 mudah bukan.
p/s: Untuk sifir-sifir yang lain pula, tunggu diposting akan datang....
8 comments:
assalamualaikum...
salam pagi senin...
mulakan hari mu dgn bismillah...
semoga dpermudahkan semuanya...
insha allah...
hehehe :P
Walaikumsalam Kanjeng Sunan,
Bismillah....mudah...Alhamdullillah
Bagus juga ilmu ni, Kalau ada sifir yang lain-lain tu cepat-cepatlah posting ek...hehehe
Rapat_umum
tunggu posting yang lain..tak sempat..heheh
Tima kasih kongsi formula ini...
Tima kasih kembali ayamsabung...apapun yang baik boleh dikongsi
Kisah yang dikutip menerusi Tafsir Al-Amtsal, sebuah kitab tafsir menarik dari nukilan Syeikh Nashir Makarim Syirazi.
Pernah satu waktu, terdapat tiga orang yang datang menemui Imam Ali Abi Thalib. Mereka bertiga memiliki 17 ekor unta, dan mahu membahagikan dengan pecahan pembahagian sebanyak, 1/2, 1/3 dan 1/9. Jadi, mereka menemui Imam Ali untuk memintanya menyelesaikan masalah pembahagian ini. Walau bagaimanapun, mereka enggan pembahagian tersebut dilakukan dengan menyembelih, mahupun menukarnya kepada harga unta-unta tersebut.
Lalu Imam Ali mengira. Dalam kiraan 17 ekor, orang yang pertama seharusnya menerima 8.50 ekor, manakala orang kedua seharusnya menerima 5.66 ekor, sementara orang ketiga pula seharusnya menerima 1.88 ekor.
Setelah menerima permintaan mereka dan menganggarkan nilai pecahan tersebut, Imam Ali berkata, "adakah kalian bersetuju bila aku menambahkan seekor lagi unta dari milikku dalam jumlah unta-unta kalian, sebelum aku membahagikannya? "
"Ya, kami sangat-sangat senang dengan cadangan itu," kata mereka bertiga. "Nah, sekarang jumlah unta-unta untuk dibahagikan sudah menjadi 18 ekor," tegas Imam Ali. "Jadi, dalam kiraan 18 ekor pula, orang yang pertama kini diberikan 9 ekor, manakala orang kedua diberikan 6 ekor, sementara orang ketiga pula diberikan 2 ekor", cadang Imam Ali.
Akhirnya, sekarang unta-unta yang sudah dibahagikan berjumlah 17 ekor. Lalu, baki seekor lagi unta kemudiannya diambil kembali oleh Imam Ali
Salam Puteri,
Pembahagian yang penuh hemah dan kebijaksanaan
Post a Comment