Malaysia Tanah Airku....

July 27, 2007

Santapan Rohani- Siri 4

Nasrudin dan Tiga Orang Bijak


Suatu ketika dahulu ada tiga orang yang bijak pandai telah pergi mengelilingi negeri untuk mencari orang yang boleh memberi jawapan atas satu permasaalahan. Selepas jauh berjalan maka sampailah mereka di desa dimana terdapat seorang bijak bernama Nasrudin. Lalu mereka pun menyampaikan hasrat hati mereka kepada penduduk kampong tersebut. Dipendekkan cerita orang-kampong pun menyuruh Nasrudin untuk berhadapan dengan tiga orang bijak itu Setelah berkumpul disatu kawasan lapang, sambil disaksikan penduduk kampong maka terjadilah satu sessi dialog:

Orang bijak 1 : ''Wahai anak muda di mana terletak nya pusat bumi?''

Nasrudin : ''Wahai saudara letak nya pusat bumi itu, tepat di bawah telapak kaki saya.''

Orang Bijak 1 : ''Bagaimanakah , saudara dapat membuktikan hal itu?''

Nasarudin : ''Kalau saudara tidak percaya, maka cubalah ukur sahaja jarak nya sendiri.''

Orang Bijak 1 : “Hanya diam membisu, tanpa menjawab.

Tiba giliran orang bijak yang kedua pula untuk mengajukan pertanyaan.

Orang bijak 2 : ''Wahai saudara berapa banyak kah agak nya jumlah bintang yang ada bertaburan di langit?''

Nasrudin : ''Ketahuilah kamu wahai saudara, bahawasanya bintang-bintang yang ada di langit itu jumlahnya sama dengan rambut yang tumbuh di keledai saya ini.''

Orang bijak 2 : ''Bagaimana saudara hendak membuktikan hal itu?''

Nasrudin : ''Dipersilakan lah saudara, menghitung saja bulu-bulu yang terdapat di keledai saya ini, nanti saudara akan tahu kebenarannya.''

Orang bijak 2 : ''Kenapakah kamu berbicara yang tidak masuk akal?, bagaimanakah orang mahu menghitung bulu keledai.''

Nasrudin : ''Kalau saudara merasakan jawapan saya bodoh, kenapa saudara mahu juga mengajukan pertanyaan itu?, Sedangkan saudara tahu, tiada cara yang tepat untuk orang boleh menghitung bintang di langit?''

Orang bijak 2, terdiam tanpa kata-kata. ...

Sekarang tampillah pula orang bijak ketiga yang merupakan orang yang paling bijak di antara mereka bertiga. Nampak nya dia sedikit terganggu oleh kecerdikan Nasrudin.

Orang Bijak 3 : ''Nampaknya saudara tahu banyak mengenai keledai, tapi cuba saudara katakan kepada saya berapakah agak nya jumlah bulu yang ada pada ekor keledai itu?.''

Nasarudin : ''Saya tahu jumlahnya, ketahuilah wahai saudara jumlah bulu di ekor keladai ini adalah sama dengan jumlah rambut di janggut saudara.''

Orang bijak 3 : ''Bagaimana saudara boleh membuktikan hal itu?''

Nasarudin : ''Oh, mudah sekali wahai saudara. Begini, cuba saudara mencabut selembar bulu dari ekor keledai saya, dan kemudian saya pula mencabut sehelai rambut dari janggut saudara. Nah… sekira nya sama, maka apa yang saya katakan itu adalah benar belaka.''

Tentu saja orang bijak yang ketiga itu tidak mau menerima cara menghitung seperti itu. Dan orang-orang desa yang mengelilingi mereka itu semakin yakin Nasrudin adalah yang terbijak di antara keempat orang tersebut.

p/s: Teringat filem Nujum Pak Belalang, “terdapat sebatang kayu, yang manakah hujung dan yang manakah pangkal nya..? Jawapan nya, Hujung nya telah dirembat orang dan pangkal nya tinggal menjadi tunggul di hutan….

9 comments:

Anonymous said...

hahaha. cerita nujum pak belalang tak pernah bosan melihatnya.

Mak Su said...

eeiii. seb bek ler mak su ni tak bijaklaksana, kalu bijak tentu berpeluh armpit nak memikir jawapan untuk soklan2 bijaklaksana macam tu.... huhuhu

de_kerinchi said...

salam ladymariah

Heee tu nujum..banyak temberang..tapi suka tang dialog.. kadeng-kadeng...huhuhu


Salam maksu

Takut nanti kena kira bulu harimau...nasib baik kat sekoalh dulu takder soalan gitu..huhuhu

ayamsabung said...

Orang bijak..tu kadeng-kadeng..kalau buat-buat bijak...memang ramaiiii

de_kerinchi said...

Ayamsabung,

Buat-buat bijak ni memang ramai, dalam poltik lagi ramai, sebab semua nak menonjol..lalu mendakwa diri sendiri bijak..heehehe tak malu betul

rapat_umum said...

Wak dekerinchi awak ada buat blog baru ke...
heee syabas...

de_kerinchi said...

salam Rapat umum,

Saya sekarang sedang sibuk untuk membangunkan laman blog baru, Insyallah saya akan menyambung penulisan saya sikit masa lagi.

Blog ini didalam bahasa english dan dimasa akan datang saya akan buatkan dalam dwi bahasa untuk menyebarkan ilmu dan maklumat untuk dikongsikan.

Silalah ke Blog yang sudah saya siapkan mengenai teknologi di

http://intechclan.blogspot.com/

Blog dalam perancangan

1)Agama-Bahasa Malaysia
2)Finacial -Bahasa English

tokasid said...

Salam saudara d_k:

Zaman sekarang memang ramai Bijak Pandai yang GOBLOK. Jadi memang memerlukan Nasrudin jawab macam tu.

de_kerinchi said...

Salam Dr. Tokasid,

Mereka yang memandai-mandai bagus kalau jumpa orang yang macam nasarudin.hehheeh

Blog Widget by LinkWithin