Malaysia Tanah Airku....

July 12, 2007

Anak Gemilang Malaysia?

Salam sejahtera pembaca sekalian, saya sebenar nya sedang mengikuti perkembangan satu program yang dilancarkan oleh astro dimana ia bertujuan untuk menobatkan seorang personaliti yang telah meninggal dunia menjadi calon sebagai "Anak Gemilang Malaysia" berdasarkan sumbangan dan jasabakti mereka kepada negara dalam pelbagai bidang. Mulanya saya ingat ia hanya satu program mengenang jasa seseorang, tapi timbul rasa kehairanan di hati saya apabila melihat senarai terkini program ini yang jelas menampakan kecelaruan kearah membodek sahaja. Melihatkan senarai pendahulu undian yang terkini, menguatkan lagi rasa pelik saya atas pemilihan orang ramai ini.

Kalau hendak dibandingkan Jasanya dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman bapa kemerdekaan , Allahyarham Tun Abd.Razak Bapa Pembangunan, Allahyarham P. Ramlee dan Allahyarham Sudirman Hj. Arshad yang berjasa kepada industri perfileman Negara, Allahyarham Mokhtar dan mendiang R. Arumugam yang memang berbakti dalam memartabatkan nama Negara dikancah bola sepak antarabangsa atau calon-calon Allahyarham dan mendiang yang lebih layak, pasti kita akan nampak ada jurang yang amat jauh untuk membezakan kedudukan dan martabat tokoh-tokoh ini.

Saya tidak faham bagaimanakah pemikiran pengundi-pegundi kita yang membuat pemilihan ini. Adakah mereka sudah terbawa-bawa atau tersampuk dengan konsep atau tataetika yang meragukan di dalam program-program realiti yang kini banyak disumbatkan ke jiwa anak-anak merdeka?. Atau ini semua hanya permainan agen-agen propaganda tidak profesional yang hendak mempolitikkan kepentingan sejarah Negara? Saya yakin kita tidak buta sejarah, Yang berjasa harus dikenang dan dinobatkan di tempat yang sewajar nya.

Saya yakin rakyat Malaysia tidak sebegitu bodoh dalam membuat penilaian, ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Darimanakah senarai top 50 ini diambil? siapakah yang menilai calon-calon ini? dan banyak lagi persoalan yang akan bermain dipemikiran orang yang waras. Adalah amat diharapkan, hentikanlah semua propaganda yang tidak menguntungkan ini, biarlah yang telah pergi itu aman mengadap Ilahi. Usah kita mengadaikan maruah orang lain untuk kepentingan politik dan peribadi kita. Kalau hendak mengenang jasa sekalipun buatlah dengan cara yang profesional, tidak meragukan dan tidak kelihatan amat bodoh.

Sekira nya anda rakyat Malaysia yang berfikiran waras & rasional, sila membuat pengudian yang selayak nya ada dijiwa anak merdeka. Sila lawat laman Anak Gemilang Malaysia dan buktikan undi anda adalah berbaloi untuk memartabatkan pejuang-pejuang tulin negara. Yang penting buktikanlah kita anak merdeka berminda kelas satu yang mendukung konsep cemerlang, gemilang dan terbilang dan bukan nya rakyat yang membilang-bilang untung nasib nya.

p/s :Bosan betul dengan propaganda politik. Banyak yang nampak macam tak profesional dan kearah membodek sahaja.

7 comments:

Mak Su said...

tak reti nak pilih...tapi biarlah orang itu yang amat-amat terkenal di arena antarabangsa, bila sebut je nama dia orang lain akan kata MALAYSIA, org respek giler kat dia dan kat sumbangannyer. susah ek nak pilih...

Syafiq Sunny said...

ni macam ahli forum kmu je ni...

Anonymous said...

orang yang suka membodek itu adalah orang yang suka dibodek. faham tak? hahahaha...

de_kerinchi said...

salam maksu,

Calon yang memang layak saya tak kisah tapi ada satu calun yang saya musykil sikit...apa nak buat yek..huhhuu


Salam syafiq,

Kau pun layan KMU kar, bukan apa KMU tu ramai rakan sepejuangan juga tu..huhuh...tak masuk KMU pun kalau tengok astro dah tahu ada permainan kotor sedang berlaku...

Salam Ladymariah

Sudah kenyang makan ikan bakar kah....nasib baik kau tak terbang sekali...

Ya benar tu orang membodek untuk tunggu turn dibodek pula..huhuhu..macam Tokasid punya ketua menteri ..heheh jangan marah Dr. Tokasid..

de_kerinchi said...

syafiq,

Lupa pulak nak tanya kau dah puas bercuti di Melaka kah...kampung bapa saya pun di Melaka heheeh... adios.....

rapat_umum said...

salam DK,

aikk aku yang dok tonton astro hari-hari ni tak nampak lak promo tu..heheh. Aku dah masuk laman tu..memang pelik dan ganjil bila lihat ada satu pencalonan yang macam tak layak jer.Umur setahun jagung bak kata pepatah kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan hendak diduga..cewahhh..

de_kerinchi said...

Salam rapat_umum,
Saya rasa awak terlena dengan siaran AF jer huhuhu....inilah salah satu perkara yang tergolong dalam pelik tapi benar

Blog Widget by LinkWithin