Malaysia Tanah Airku....

July 11, 2007

CEUPACS Yang Kecewa

Sedang saya menikmati roti canai di kedai mamak sambil membaca akhbar harian mata saya tertumpu pada satu tajuk akhbar yang berbunyi “Cuepacs kecewa dakwaan Khir Toyo” . Sememang nya tugas CEUPACS adalah untuk membela nasib pekerja di bawah naungan mereka, tetapi jangan lah terlalu emosional dan melenting membabi buta tanpa perlu ada sedikit pertimbangan yang rasional ekoran dari kenyataan Datuk Sri Khir Toyo itu. Kadang-kadang kita sebagai manusia biasa yang juga pengguna perkhidmatan awam tertanya-tanya betulkah dakwaan Presidennya, Omar Osman, yang berkata penjawat awam bekerja keras melancarkan jentera pentadbiran negara tanpa mengharapkan pengiktirafan atau habuan? Kalau hendak diukur dari segi keikhlasan mungkin saya tidak mampu untuk berkata apa-apa tetapi saya hanya hendak merujuk kepada perkataan “Kelancaran”, “Tidak mengharap pengiktirafan dan habuan”. Adakah klausa ini bertepatan dengan ciri-ciri dan misi untuk memperkasakan sektor awam di mata masyarakat sekarang ini? Atau pendek kata “Cakap Serupa Bikin”.

Kalau benar-benar mereka bertangungjawab dalam melancarkan jentera kerajaan, apapula sebab nya mesti wujud karenah gaji dan tuntutan elaun lambat yang dihadapi oleh para guru sehingga mencecah setahun, banyak projek kerajaan bermasalah akibat tidak dipantau sepenuh nya, Pegawai tiada mesyuarat, kursus dan sebagai nya malah di dalam kolum aduan akhbar yang sama, terdapat pengadu yang hendak membayar cukai (hasil kerajaan) mengatakan petugas kaunter pejabat tanah (jentera kerajaan) dok bersembang, menyebabkan pengadu terpaksa menunggu sampai lima belas minit dan kemudian nya ditegur baru kerja berjalan padahal hanya ada seorang sahaja pelanggan pada masa itu. Bayangkan 15 minit untuk “entertain” seorang pelanggan, kita dapat agak bertapa banyak masa dan hasil kerajaan yang dibazirkan kearah perkara yang tidak perlu. Pelik bukan…?

Kenyataan Omar Osman yang mengaitkan prestasi penjawat awam dengan isu kenaikan gaji oleh PM adalah samasekali tidak relevan. Itu cerita dahulu, walaupun saya tidak percaya 100% bahawa perkhidmatan awam ini bagus sepenuh nya tetapi saya terpaksa terima hakikat bahawa perkhidmatan awam perlu dipertingkatkan mutunya. Lagipun kenyataan PM harus diperhalusi, antara lain PM pernah menyebut bahawa kenaikan gaji ini adalah untuk memenuhi keperluan bagi menarik serta mengekalkan modal insan yang berkelayakan, berprestasi tinggi dan bermotivasi dalam sektor awam, ini bermakna masih ada lompang kosong yang membenarkan intergeriti dalam industri perkhidmatan awam dipersoalkan. Sedikit pertanyaan, adakah semua saranan PM sekarang dan PM dulu-dulu ini sudah direalisasikan? Kita sudah 50 tahun merdeka tetapi kita masih bertatih dalam soal-soal melibatkan “berkhidmat” untuk rakyat. Sepatutnya sektor awam sudah boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sektor swasta dari segi perkhidmatan awam malah mungkin lebih tinggi darjat nya, apatah lagi kini pekerja sektor awam sudah mewah dari banyak sudut dan aspek.

Saya percaya kenyataan Datuk Sri Khir Toyo adalah berdasarkan laporan dari pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan kerajaan juga. Malah mungkin perkara ini benar kerana berdasarkan pengalaman saya pada satu ketika dahulu semasa saya berkhidmat dalam sektor awam pernah juga mendengar khidmat nasihat ketua jabatan agar “jangan berebut dan ikut giliran” kerana pasti semua akan merasa title petugas cemerlang… (Teringat juga sistem konteravesi gaji menegak, melintang, meniarap dan terlentang yang diamalkan sektor awam sedikit masa dahulu.)

Tidak perlu saya menyenaraikan karenah birokrasi yang sering dihadapi di sektor perkhidmatan awam satu persatu, malah saya sudah berkali-kali menulis dalam artikel saya sebelum ini Cuma harapan saya agar Omar Osman bekerja dengan lebih kuat dan bertangung jawab dalam mendidik masyarakat pekerja sektor awam dan memandang segala teguran itu sebagai landasan dan panduan untuk mengatur gerak yang terancang dan lebih terhormat. Bagi pekerja sektor awam janganlah anda terasa hati dengan tulisan ini, kerana inilah suara hati yang ikhlas dari pengguna perkhidmatan awam yang berharap sesuatu keajaiban berlaku dalam sektor perkihdmatan awam yang penting ini.

Akhbar : 11/07/2007

* MB Selangor pertahan dakwaan anugerah pembohongan terancang
* Kaki Ponteng, Pemabuk diiktiraf cemerlang.


p/s: Janganlah kita cepat melenting bila ditegur…teringat dialog Aruah AR Tomplel dalam filem anak bapak..”Kalau asyik bangkang jer, bila kes nak selasai daaaaa”

7 comments:

ayamsabung said...

DK. Kadang-kadang permintaan dari CEUPACS ni dah ditahap memualkan. Kan lebih elok diperbanyakkan agenda merubah persepsi rakyat terhadap perkhidmatan awam ke tingkat yang tinggi.

de_kerinchi said...

ayamsabung

Itu adalah akibat banyak minta tapi hasil nya kurang...CEUPACS kena buka langkah besar bukan bertatih lagi.

Anonymous said...

Rasa nya kerajaan pun dah jemu dengar CEUPACS punya permintaan, tapi apa boleh buat layan jer...

rapat_umum said...

Salam DK,

Nampaknya pemimpin CEUPACS macam nak kejar populariti, patutnya siasat dahulu sebelum melenting. dia patut tahu apa yang sedang berlaku dalam agensi kerajaan sekarang ni.

de_kerinchi said...

Samdol,

Jemu...rasanya tidak, kalau kerajaan hendak undi pilihanraya yang banyak..hehehe


salam rapat_umum

Kadang-kadang ada yang lupa agenda sebenar perjuangan apabila lebih mementingkan populariti, maka tugas rakyat lah menyedarkan mereka kalau pemimpin juga turut lena...

tokasid said...

Salam saudara de_kerinchi:

Mutu perkhidmatan awam masih ditakuk lama dari segi mentaliti kebanyakan staff. Pergilah ke mana-mana pejabat kerajaan,kebanyakkan nya memang seperti yg saudara terangkan.
Saya pernah hadir dan kehadiran saya yg berdehem untuk menghentikan acara bersembang mereka tidak di terima dgn hati terbuka. Jelingan sinis menyambut saya.

Kita juga sering mendengar dan membaca bagaimana pelanggan/orang ramai di perlakukan umpama bola pingpong atau peluru carrom, di hantar ke sana kemari untuk mengadu atau menyelesaikan masaalah.

Sebagai yg pernah bertugas di hospital, keadaan sama juga berlaku di pejabat atau front row(pendaftaran pesakit/admission).

Jika sikap kerja untuk terima gaji/elaun/OT sahaja tanpa rasa ianya satu amanah atau tanggungjawab utk memberi khidmat terbaik, supaya mendapat keredhaan ALLAH dan keberkatan dari gaji yg diterima...inilah yg akan kita terima untuk tahun-tahun yg akan datang.
Ramai yg anggap jika kita tidak mengambil rasuah dari sesiapa kita sudah okay.Tapi jika kita curi tulang, sering hilang dari desk atau kaunter, bermain golf pada waktu kerja, bersembang berjam-jam di kantin bangunan...tapi kita ambil gaji yg penuh setiap bulan, bukan kah itu duit yg kita tidak berhak ke atasnya?

Selagi mentaliti carakerja dan niat ibadah tidak ditanam dalam diri pekerja awam(dan swasta juga) selagi itulah perkhidmatam awam kita tidak memuaskan.

de_kerinchi said...

Salam saudara Dr. Tokasid,

Benar kata dr. saya setuju sangat pemikiran mereka masih style gomen dulu-dulu. Mereka ada yang kurang ajar,tapi ada yang baik-baik juga.

Benar kita perlu sedar setiap saat yang dibayar kepada kita, harus dipegang sebagai amanah, sedikit sahaja kita menghianati masa maka kita berdosa..bayangkanlah berapa banyak kita berdosa bila kita alpa...oleh itu mari bersama-sama kita menukar kepada pemikiran yang baik-baik agar rezeki untuk anak, bini dan keluarga kita diberkati Allah s.w.t.

Dr. Tokasid, saya sekarang ni kalau hendak berurusan dengan kerajaan, saya akan pakai kemeja putih bertali leher lengkap dengan Double Breasted Blazer warna biru atau hitam dan berbutang emas (belum lagi pakai name tag kaler emas tu..heheh), bila nampak dari jauh macam tuan do, masa tu memang dari pintu utama dah orang dok pandang dan hormat sampai ke kaunter...tak percaya cubalah buat...

Blog Widget by LinkWithin