Salam para pembaca,
Hari ini sebelum bertolak ke tempat kerja, saya sempat disajikan dengan beberapa sketsa kehidupan untuk dikongsi bersama.:
1) Jurujual Barang
Ding…Dong …. Terdengar loceng pintu berbunyi. Kelihatan seorang wanita berbangsa cina tercegat di pintu pagar, lalu saya menghampiri nya. Abang maaf bang, saya bukan nak jual barang, nak buat banci sikit. Okey-okey cepat sikit, kata saya. Lalu jurujual wanita ini pun melancarkan “jurus” tanya nya…sambil betanyakan apa barangan elektrik yang saya pakai, jenama apa, beli dimana, sambil dia sibuk membelek kad-kad kecil yang ada di tangan nya, di dalam hati saya berbisik, pasti ni agen kad gores dan menang… emmm jangkaan saya tepat, apabila wanita ini kemudian mengatakan bahawa tokey dia, telah memilih saya, sebagai pemenang bertuah dan saya perlu mengores kad tersebut untuk mengetahui hadiah nya. Saya pun dengan tergelak , terus mengelengkan kepala tanda tidak mahu. Dia terus memujuk saya….saya kata nanti saya terlambat nak pergi kerja dah ni. Abang kerja apa..? Selamba saya jawab ..kerja RELA….dan tanpa banyak soal wanita jurujual ini terus berlalu dengan tergesa-gesa..termakan juga umpan aku......
2) Jurujual Insuran
Ring- ring …”Hello En. Kerinchi (bukan nama sebenar ..hheeheh),. En. Saya Azman , Perunding Kewangan dari syarikat Insuran X, boleh saya tanyakan beberapa soalan?” ( alahai skima betul budak ni, pasti ikut skrip). Lalu saya memotong cakap nya , “ En. Azman nanti dulu, saya dah ada insuran ….jadi terima kasih sahaja lah”. “En kerinchi sudah ada insuran?, Insuran dari syarikat mana? Berapa Insured nya ?” tanya agen itu lagi (lagi soalan skima berskrip). En. Azman macam ni lah, saya ni pun sudah ada lesen insuran hayat dan am , jadi rasa nya tidak payah lah di panjang-panjangkan soalan nya" sambung saya lagi.. "En. Kerinchi ni agen syarikat mana, jawatan apa…?” tanya En. Azman lagi…”Aduh banyak tanya pula dia ni” rungut saya di dalam hati. “Nanti dulu bagaimana En Azman boleh dapat no Hand Phone saya ni?:” Saya bertanya lagi. Dengan gagap dia menjawab”err…ada kawan yang bagi, En. Kerinchi”. Lalu saya memprovokasi beliau “ehh setahu saya ini No Talian personal saya, dan baru sahaja didaftarkan, bagaimana boleh, kawan awak dapat no ni?” “errrr….” belum sempat dia menjawab saya mencelah, “awak gunakan senarai nama dari TELCO ker?” Saya meneka. Dia masih diam membisu. “Awak tahu tak ini adalah satu kesalahan , kerana telah mengunakan maklumat sulit, tanpa pengetahuan saya?” sambung saya lagi….dan, tot…tot…tot…kedengaran bunyi talian terputus di hujung telinga saya.
3) Pengutip Derma
Baru hendak melangkah masuk ke rumah, Hello…sir terdengar suara perempuan menyapa saya. Kelihatan 4 orang wanita India yang agak berumur dan berpakaian skrit labuh berwarna putih, tercegat di pintu pagar saya. Sir.. your are Malay ?…. tanya wanita itu. “Yes..“ jawab saya. “So your are muslim ?” tanya wanita itu lagi “Yes i’m Malay of course I’m Muslim too”. “ Sorry sir because I’m asking your question like that” Sampuk wanita itu lagi. “Why?” Tanya saya. “Your no lah sir, now in Malaysia malay belum tentu islam lagi ”…ohhhh…okey….jawab saya ringkas" , teringat saya kes-kes melayu murtad yang berleluasa sekarang ini. Emmm…so you datang sini untuk apa?”, tanya saya. Err.. takpa lah encik, kami hendak mengutip derma anak yatim bagi pihak rumah kebajikan naungan gereja katolik.” Terang wanita tersebut. “ err, jadi kenapa puan hendak pergi?” tanya saya lagi”. “Encik Muslim, jadi saya tidak boleh minta derma bagi pihak gereja pula”? jawap wanita tersebut. “Nanti dahulu, kenapa saya sebagai muslim tidak boleh menderma untuk anak-anak yatim naungan gereja?, bagi saya setiap agama pasti mengalakkan pengikut nya membantu mereka yang susah apatah lagi anak-anak yatim, ini derma ikhlas dari saya” terang saya lagi sambil menghulur sedikit sumbangan ikhlas. Dengan rasa teragak-agak wanita itu menerima sumbangan saya, dan mengucapkan terima kasih dan semasa wanita itu ingin melangkah kan kaki nya meninggalkan pagar rumah saya, saya sempat berkata” Puan, Keluarga isteri saya semua nya masih beragama kristian…..” dan wanita-wanita itu pun berlalu dengan hati yang tenang untuk meneruskan kerja bakti mereka.
4) Mangsa Keadaan.
Ding-dong…..kedengaran lagi bunyi loceng rumah saya, kelihatan seorang pemuda India, tercegat di pintu pagar rumah saya, Bang selamat pagi bang, sapa pemuda India itu, “Selamat Pagi “ jawab saya…..errr tak mahulah.. dik …takmahu….kata saya lagi. Dalam kehairanan pemuda India itu, bertanya ”apa yang tak mahu bang? “ Err…barang yang kau hendak jual tu’ jawab saya gagap…”Bang mimpi kah? Saya Gopal lah ni saya sedang edarkan surat jemputan ke mesyuarat jawatan kuasa penduduk taman hujung minggu ni…sergah Gopal….Hahahaha..sorry lah gopal , aku ingat siapa tadi, lagipun kau tak pakai seragam , hampir aku tak cam,…” itulah modal excuse aku ( rupanya pemuda India itu Guard yang jaga pintu masuk Taman, akhir nya aku yang kena … eheheheh).
Alahai..disebabkan peristiwa itu saya bertolak lewat ke tempat kerja tepat pukul 11.00 pagi. Dalam menung saya berfikir , dalam sketsa yang beberapa jam itu saya mendapat banyak pelajaran dan panduan untuk digunakan dalam hidup saya…Subahanallah ..maha suci Allah… dari segala nya..
p/s:“Don’t Judge A book By Its Cover”.

20 comments:
aduh..mcm2..itulah sketsa khdpn..kn?
mnrik yg insuran tuh.. hehe
umah pu3 sll kol dr hotel.. twrn murah la ape la.. ayah sll ckp "xlarat nk pegi hotel dhhh"
” Puan, Keluarga isteri saya semua nya masih beragama kristian…..”
eh? dh kawen ya?
huhu....ramai betul datang umah dia ;)
salam puteri,
Yer..yang call dari pihak hotel pun banyak, dulu saya dalam "hotel line" juga. Dan ada beli dua-tiga kali pakej tu, tetapi pembelian tu atas dasar untuk menjaga "relationship inter hotel" sahaja, tak pernah pakai pun, fasiliti yang dok ada pun tak habis guna. Kalau dari syarikat cuti-cuti Malaysia pula memang saya tak beli..huhhuu
Errr. saya dah kahwin ker..heheheh..yup saya dah bernikah ..hehehe
salam azah,
Tulah pasal, jemputlah datang rumah..hehehehe
Salam de_kerinchi:
Aku yg jenis buat2 nak survey ni memang selalu aku reject. Dulu2 ada yg datang mcm tu lah.masa tu aku baru pindah masuk rumah sendiri tak sampai sebulan. Datang 2 orang makhluk ni kata depa nak survey dan cek saluran dapur gas. Sikit punya cantek dia kata tube yg baru beli dgn dapur dari Electrolux tu low quality. Kami ada bawak yg baik punya yg Sirim approve.
Aku tanya depa agak2 depa tube yg aku ada tu dah lama ka baru? Depa kata nampak macam encik dah guna tube ni 3 tahun dan patut di tukar. Aku gelak besar, pi ambik resit belian Electrolux dan tunjuk kat depa. Aku bagitau aku baru pindah tak sampai 2 bulan. Depa jadi gugup dan gagap tapi terus nak kelentong.Kata tube depa highest quality. Aku dgn cara yang amat lembut( masa tu rasa mendidih juga hati ni) bagi tau depa kalau nak menipu pun menipulah intelligently. jangan pakai sedap mulut. Lepas tu tak mai lagi. Ada sekali tu satu amoi mari konon nak survey.Dia mai sorang. Aku buka pintu dan dia nak masuk. Masa tu wife ada kat bilik dan maid kat dapur. Aku kata tak boleh masuk sebab aku sorang saja. Dia kata tak apa, sekejap saja. Aku kata tak boleh, nanti saya takut saya syok sama awak dan nanti saya rogol awak siapa susah? Dia terkebil-kebil dan kata tak apa encik kita cakap kat luar saja. Aku kata lebih baik awak pergi lagi baik sebab kat luar pun saya boleh bikin jahat tau. Kesian dia...tapi I manage to get rid of them.
Yg jual insurans ni....samalah macam U kena.
wah... kalau betul2 jadi mcm ni dalam realiti bisa pening kepala dibuatnya. agaknya kena tukar tempat tinggal if jadi mcm ni selalu. port jualan langsung. hehehe.
i pun nak promote something kat kerinchi but nak set appointment dulu. hehehe. bukan jualan langsung jer...
salam Dr Tokasid,
Hah yang guna taktik survey ni dah macam skrip formal, dah tahu tujuan dia. Mula-mua kata nak survey, kemudian nak minum air, last-last pi jual barang dia...
Yang jual tube gas tu, memang selalu nak tunjukpandai, sebab nak promote barang dia, kawan saya ada cerita satu kes, jual kepala silinder gas. dia orang buat demo, kasi taruk api atas kepala gas yang terpasang di tong gas, tak semena-mena api menjulang tinggi, jurujual dok panik tak tahu buat apa, member aku ambik kain basah terus tutup atas tong gas tu, habis cerita.kat situ juga jurujual kena cuci cukup-cukup dengan member aku..tak tahu mana selamat nya produk dia orang tu..teringat masa sekolah dulu cucuh api kat penunu bunsen ...huhuhu
Apapun kadang-kadang kita kena bagi alasan yang bijak untuk "reject" mereka. Tapi satu jenis jurujual yang saya tidak reject terus, iaitu jurujual yang bawa barang RM10, kat meja-meja makan tu. Rasa kesian dan kagum dengan semangat mereka.
salam Lady_mariah,
Kalau dok taman perumahan yang ada guard sekalipun, kadang-kadang jurujual ni bijak meloloskan diri, kerana ini memang profesyen mereka.
wah..wah Lady_mariah , business juga..huhhuhu
Boleh sahaja ...mahu dengar juga Lady _Mariah punya selling skill...huhuhu
salam dk,
hahahah ...aku pasal nak layan jurujual ni memang aku anti betul, jurujual insuran lagi aku bengang, mereka ni macam tidak ada etika,pakai serbu jer tak ingat perasaan orang lain. Yang paling hairan kalau nak jual polisi mesti nak yang mahal punya tak kira orang mampu ke tidak janji soru dia orang tak miss.
tak semua jurujual insuran macam tu, tapi hampir keseluruhan agen yang ku kenal memang begitu ..hehehe
Salam rapatumum,
Setuju ramai agen insuran yang jual polisi bayar mahal-mahal.
Kan lagi elok biar bayar murah tapi bayar berterusan dari bayar mahal lepas tu sangkut ditengah jalan... kalau ada kemampuan apa salah nya...
tu yang jual, kad gores dan menang tu masih berlambak berlegar di pasar-pasar raya.
Macam-macam offer tapi card gores juga tujuan nya. bila agak nya benda ni nak settle.
tapi byk yg mnipu..aduh..susah dah nk prcy
Shazman
benar, saya baru dihampiri agen gores & menang di TESCO Bukit Tinggi petang semalam.
Puteri,
Tu bukan tipu, tu memang tabiat lelaki..huhuhhu..so hati-hati..tetapi bukan saya lah...huhuhu
mak aii...mcm mcm:)
salam..2x! heheheh!
paling xsuke bile jurujual paksa jgk beli ape yg die dok pomot. nyampah! dh org kate xnak, xnak la! muahaha emo lak.. :p
salam sunan_jati
....salam...salam...salam...
salam cyber...ada barang apa untuk dijual ..ehehe
salam aria ayumi...
..sabar...sabar....apa kata kau pulak jual barang kemudian paksa dia beli...pasti meriah..
sketsa menambah warna warni kehidupan
salam maksu,
Kalau hidup tanpa melihat warna pasti bagai tidak lengkap alam ini...
Post a Comment