Malaysia Tanah Airku....

June 16, 2007

Lebih Baik BerMentaliti Percuma


updated :20 Jun 2007

Saya tertarik dengan ulasan tambahan dari saudara saya, Dr. Tokasid yang memberi satu klausa yang tertinggal iaitu mengalami seakan perasaan "Klaustrophobia" yang bermakna satu perasaan takut yang tidak normal apabila berada di kawasan sempit dan tertutup apabila berada di dalam terowong SMART. Terima kasih atas maklumbalas tersebut.

Posting : 16 Jun 2007

Saya sebenar nya agak cuak untuk memasuki kawasan bandaraya, apatah lagi musim hujan yang mencurah-curah akhir-akhir ini. Dalam banjir besar tempohari saya sebenar nya terselamat dari perangkap banjir kilat kerana saya hanya cepat 5 minit, meninggalkan K. Lumpur semasa hujan mula membasahi ibukota.

Petang tadi saya menujui KLIA, dengan rasa berat hati, memandangkan hujan lebat mencurah-curah dan air mula menaiki pesekitaran kawasan lembah Klang. Saya mengambil keputusan menggunakan lebuhraya Plus melalui Bukit Raja untuk Ke KLIA, nampak nya tindakan saya berbaloi, kerana melalui lebuhraya di kawasan Shah Alam saya boleh nampak kelibat kereta yang terperangkap terpaksa beratur di kawasan TTDI akibat hujan lebat.

Setelah saya sampai ke KLIA, hujan masih lagi mencurah-curah dengan lebat nya dan untuk meluangkan masa saya sempat mencapai satu akhbar tempatan untuk dibaca. Pada mula nya tiada satu berita pun yang menarik perhatian saya, tetapi mata saya terpampan pada satu tajuk berita yang isi nya betul-betul buat saya meluat dan marah. “Elak Guna SMART Untuk Elak Tol.”

Saya tidak tahu hendak marah pada kerajaan ke atau pada penulis skrip berita tersebut. ternyata klausa “Mentaliti Percuma” yang digunakan adalah tidak tepat untuk keadaan terkini. Semasa Ibukota dilanda hujan tempoh hari, berapa ramai agak nya menteri-menteri yang menyangka bahawa beberapa kawasan penting di ibu negara telah pun ditenggelami air melebihi 1 meter, sehinggakan meliputi kompleks bangunan Sultan Abdul Samad turut ditenggelami air separas pinggang?.

Sebenar nya saya merasa was-was untuk menggunakan terowong SMART. kerana memikirkan faktor keselamatan semasa menggunakan nya. apatah lagi terdapat nya kenyataan “double standard” dimana Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Paduka Ir Keizrul Abdullah mengakui bahawa sistem pengurusan banjir terowong itu hanya akan berfungsi sepenuhnya pada Julai depan dengan siapnya kolam tadahan air di Kampung Berembang sedangkan sebelum itu Dato Seri S. Samy Vellu mengatakan projek itu sudah siap sepenuh nya. Lebih membangangkan kita apabila pengutipan tol RM 2 telah pun bermula.

Agak nya siapa yang berani memberi jaminan kereta-kereta yang melalui terowong SMART tidak ditenggelami air dan memerangkap pengguna nya buat masa yang terdekat ini? Adakah sistem keselamatan SMART sudah terbukti berkesan? Kalau kenderaan sudah boleh berjalan di bahagian atas sedangkan pergerakan air masih belum sempurna di sebelah bawah agak nya siapakah, menteri yang berani untuk memberi jaminan terowong SMART ini selamat untuk digunakan sepenuh nya?

Saya rasa ramai yang tidak akan menjangka apa akan terjadi pada masa depan terowong SMART ini. Apatah lagi Datuk Seri Najib Tun Razak. pernah dipetik berkata “ keberkesanan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) perlu dilihat terlebih dahulu dalam usaha menangani masalah banjir di ibukota”, jadi apa perlu kita melihat-lihat sahaja, diri kita ini dijadikan bahan ujian untuk sesuatu yang tidak pasti? Jadi apakah relevan nya terowong ini dibuka awal untuk kegunaan lalulintas sedangkan ia belum menepati aspek kesempurnaan dan keselamatan sepenuh nya.

Saya bukan tidak mahu menggunakan terowong SMART, malah kemungkinana besar pada masa hadapan saya terpaksa juga untuk menggunakan nya. Cuma buat masa ini hasrat saya tertangguh sehingga lah Terowong SMART betul-betul tergolong dalam kategori Bistari dan terbukti tidak akan merbahayakan nyawa saya. Sedangkan Siling Parlimen tempat Menteri bersidang pun ditimpa bencana inikan pula Terowong SMART yang baru nak bertatih…..maka “tepuk dada tanyalah selera”…

p/s: Biarlah orang nak cakap kita ber “Mentaliti Percuma”, asalkan nyawa kita tidak hilang cuma-cuma… …Masih teringat difikiran , kejadian Jambatan retak di MRR2.

14 comments:

Puteri said...

ya..lebih baik elakkan dlu pggunaan SMART.. ya..blm siap spenuhnya.. entah la.. saya juga khuatir jika ada yg mggunakannya. SMART juga rsnya tidak brfungsi (mgkin bkn spnuhnya) tp lihatlah.. kata org itu dgn adanya SMART banjir dapat dielak, dikawal.. tp lihatlah.. banjir tetap berlaku..

sudah pula..prlu mmbyr tol utk mggunakannya. tol lagi?

TOL naik
TOLak kerajaan

de_kerinchi said...
This comment has been removed by the author.
de_kerinchi said...

Selamat hari lahir puteri,

Benar, itulah masalah nya, kalau ada kenyataan menteri pun sekejap kata siap kejap lagi sudah bertukar pula kata-kata ya....

Mana nak yakin macam tu...

Puteri said...

trima kasih =)
ucap je ke? hadiah? :D

brbalik ttg SMART :

1-Samy juga harus disiasat memandangkan bencana banjir yang berlaku pada 10 Jun lalu berpunca daripada kegagalan perencanaan Smart.

2-apakah perbelanjaan RM2 bilion untuk projek Smart itu sia-sia memandangkan kerajaan mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta pada 13 Jun lalu dengan tujuan memperbaiki sistem saluran bandaraya

3-kelemahan didapati di terowong Smart yang membawa risiko tinggi kepada pengguna seperti selekoh yang merbahaya dan kebocoran di beberapa tempat mengakibatkan air bertakung di bahu jalan di dalam terowong

4-mutu pembinaan Smart tidak sepadan dengan kos pembinaannya serta kutipan tol sebanyak RM2 yang bermula 15 Jun lalu tanpa memenuhi fungsi yang sepatutnya

***copy jer ;)

rapat_umum said...

Pada pendapat saya terowong SMART, sepatut nya tidak dibuka lagi. Terowong SMART mesti ada satu tempoh percubaan untuk kita mengenal pasti apa-apa kelemahan yang wujud di dalam sistem tersebut.(bukan menjadikan rakyat sebagai bahan ujian). Maklumlah kerja tangan manusia ni tidak ada yang sempurna, jadi kita peru berhati-hati.

Betul tu Bro,teringat juga kes MRR2 dulu-dulu tu.

de_kerinchi said...

Puteri

Hadiah erkkkk emm dibawa melawat ke terowong SMART.heheheh

1) Dato Seri S.Samy Vellu memang patut dipanggil untuk menjawab bukan sahaja masalah terowong SMART tetapi kes-kes yang banyak berbangkit sejak akhir-akhir ini.

2) Tambahan perbelanjaan sering terjadi dalam banyak projek kerajaan kerana terdapatnya faktor-faktor luar jangka. Tetapi seharusnya para arkitek yang bijak pandai telah mengkaji dari segala aspek sebelum sesuatu pembinaan itu dilakukan. Bagi kes-kes tertentu macam siling bocor, atap runtuh, makmal runtuh,MRR2 dan lain-lain jelas ada kecuaian di pihak kontraktor, Perkara sebegini harus disiasat dan diambil tindakan Jadi diharap Terowong SMART tidak mempunyai cerita yang sama....

3)Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana bentuk mukabumi dan keadaan tanah ibukota. Lagipun mengikut arkitek terowong ini sebenarnya adalah untuk laluan air, dan jalan itu hanya sebagai bonus nya sahaja. Jadi tidak hairanlah jalan nya jadi begitu.

4) Ini no komen kerana takada, perincian kos perbelanjaan nya..termasuk kos komisyen sekiranya ada..huhhuh...



Salam Rapatumum

Ia itulah maksud saya sebenar nya, Terowong SMART tidak harus dibuka secara terburu-buru.Jangan hanya kerana nak collect duit cepat, menyebabkan ia terus dibuka tanpa memperdulikan bahana yang akan menimpa.

Anonymous said...

Nama jer terowong SMART, sama sahaja dengan penyokong nya yang tak SMART

Anonymous said...

Aku dah test hari tu, jalan memang teruk, bergegar kereta aku. heheheh..lepas banjir tempoh hari lansung aku tak guna dah..

13may said...

hehhe...
setuju ngan pendapat anda dan rapat_umum...

kena kaji dulu sebelum bukak kepada public....

bahaya woooo!!!!

salam:)

de_kerinchi said...

lari_tol

tahu takper...


13may

Malangnya poisi sekarang ni kutip dulu ......bala kemudian...huhuhu

bukan projek SMART sahaja samalah projek runtuh yang lain nya...

Puteri said...

ok..pu3 tuntut 'hadiah' tu nnt.. igt ;)

tokasid said...

Salam saudara ku de_kerinchi:

SMART sepatutnya tidak dibuka kerana belum siap dan di uji keberkesanannya dalam situasi banjir.
Alhamdulillah tiada musibah berlaku dalam SMART tempuhari.Kalau ada membabitkan jiwa siapa yg akan bertanggungjawab?
Pembukaan SMART sebelum siap adalah bermotifkan kewangan rasa saya.

Saya pernah menggunakan SMART sebanyak 3 kali semasa pergi ke KL. Saya lebih yakin dgn terowng Gunung Kledang di Ipoh dan Terowong Karak.
SMART terlalu sempit dan membuat suasana klaustrophobia pada pengguna jalanraya. Saya memikirkan jika berlaku kemalangan jalanraya dalam SMART bagaimana bantuan boleh di berikan. kalau open road tentu mudah. kalau seluas terowong Ipoh tentu mudah. Bagaimana jika banjir dan sistem SMART gagal berfungsi seperti sepatutnya? Mungkin akan jadi macam kawasan parking di dataran merdeka?

de_kerinchi said...

salam puteri,

Meh ler ke KL


Salam saudara Dr. Tokasid

saya bersetuju dengan saudara, kerana hanya orang yang pernah menggunakan SMART sahaja tahu akan keadaan nya.

Saya tertarik dengan klausa "klaustrophobia"(An abnormal fear of being in narrow or enclosed spaces) , terima kasih atas tambahan maklumat yang tertinggal ini.

Saya juga memang merasakan ada kelainan dengan keluasan terowong ini jika hendak dibandingkan dengan terowong yang sedia ada.

Sebab itu saya meletakkan gambar kawasan dataran merdeka yang tenggelam tempohari sebagai hiasan kepada tajuk ini.Kemungkinan berlaku keadaan sebegini adalah besar.

Puteri said...

ok..
ble2..bln dpn =)

hmm..terowong yg kononnya nk lari dr bnjr.. silap2 jd tmpt yg paling brpotensi utk bnjr..

Blog Widget by LinkWithin