Malaysia Tanah Airku....

June 27, 2007

CTOS Tidak Sah?

Saya terbaca tajuk akhbar di Utusan Malaysia yang memetik kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas bahawa kerajaan tidak pernah mengiktiraf Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) untuk menyalurkan maklumat kewangan individu kepada institusi perbankan atau pihak lain bagi tujuan rujukan.

Saya pasti selama ini ramai rakyat Malaysia sebenar nya menganggap bahawa CTOS ini merupakan satu agensi yang sah dan mendapat restu dari pihak berwajib untuk menjalankan segala aktiviti nya, apatah lagi perkhidmatan nya digunakan secara meluas sebagai bahan rujukan yang standard oleh institusi perbankan atau kewangan di Malaysia. Yang menghairankan kalau benar ia menjalankan aktiviti yang tidak sah maka kenapa baru sekarang ia didedahkan? Janganlah disebabkan hampir satu pertiga ahli-ahli Parlimen mempunyai rekod di CTOS ( dakwaan oleh Kaveas) maka baru kini pihak berwajib hendak buka mata.

Sekira nya benar dakwaan Kaveas ini, maka tindakan CTOS, memiliki data-data sulit dan peribadi rakyat Malaysia tanpa kebenaran pemilik adalah tidak sah dan merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. Tindakan sewajar nya haruslah diambil dengan kadar segera. Sedikit kemusykilan terbit dari hati saya, dari manakah CTOS ini mendapat maklumat-maklumat sulit serta data peribadi pelanggan ini? Saya merasakan maklumat-maklumat sulit ini berkemungkinan besar dibocorkan oleh orang-orang dalam yang berkaitan dengan institusi kewangan atau perbankan terbabit. Oleh itu perkara ini harus disiasat dengan lebih dalam bagi memastikan bahawa tiada kesalahan pecah amanah telah berlaku dan dalang yang terlibat harus diheret ke muka pengadilan.

Walaupun CTOS mendakwa salah satu tujuan nya adalah untuk membendung gejala “kecurian dan penyalahgunaan identity” atau “Identity Theft and Fraud” dari berlaku, CTOS sendiri telah mendokong konsep tersebut ini terbukti apabila CTOS telah Memiliki data sulit orang lain yang tidak sah milik dan menggunakan maklumat sulit tidak sah milik ini untuk diniagakan.

Laporan Akhbar


p/s: Agak nya apa lagi perkara yang macam benar di mata masyarakat tetapi sebenar nya tidak sah di sisi undang-undang.

11 comments:

Anonymous said...

ini fitnah ke rumours ni? heh!

tokasid said...

Salam de_kerinchi:

Kalau benar dakwaan Kayveas, this is something very serious. Ni dah kira gugat keselamatan dalam negara jugak.Adakah mungkin kerana ini kita sering dapat surat2 dari ntah mana-mana? dan phone calls yg nak offer kredit facillities etc??

de_kerinchi said...

salam mudin001,

Memandangkan kenyataan akhbar telah dibuat oleh pegawai kerajaan bertaraf timbalan Menteri, maka berita ini dianggap serius, melainkan sekira nya ada cerita yang sebalik nya maka kaveas pula harus disiasat...

salam Dr tokasid

sekiranya CTOS boleh mendapatkan sumber maklumat ini dengan mudah maka tidak hairan agensi lain boleh mendapatkan nya jua.

Kebanyakan maklumat yang sering bocor ialah dari senarai database dari syarikat card Credit dan Telco. Sesuatu harus dibuat untuk mencari jalan penyelesaian. Jelas terdapat unsur-unsur "Memanipulasikan Identiti"

rapat_umum said...

Kalau benar bagai dikata, selama ini kita dimomokkan oleh syarikat yang tak sah....

de_kerinchi said...

Salam rapat umum

Kerana kita sering percaya kepada orang lain dengan mode yang tinggi....

tokasid said...

Salam saudara ku de_kerinchi:

saya percaya rakyat masih 'terpedaya' dengan syarikat2 seumpama CTOS dan syarikat Telco. sebagai pengguna memang kita agak ignorant dalam hal sebegini. sepatutnya syarikat2 perbankkan yang mengambil perhatian serius dalam keadaan begini. Syarikat Telco selain dari mengaut keuntungan tinggi apakah tanggungjawab sosial mereka dalam merahsiakan database pengguna mereka? Kita diwajibkan berdaftar jika menggunakan khidmat Telco tetapi nampaknya sekuriti database mereka bocor dan tiris. saya anggap ini sebagai tidak amanah. Persoalan saya: Apakah tindakan kerajaan samada kementerian telekomunikasi atau kementerian kewangan akan bertindak? Adakah CTOS dan seumpamanya boleh dan akan dibawa ke pengadilan?

Mak Su said...

mencuri dalam mencuri

madame blossom said...

dalam dunia sekarang, memang susah sangat nak cari satu bisnes, yang jujur, sejujur2nya.

semua, by now, macam da terima concept.. kalau nak maju, mesti ada helah sikit. :(

de_kerinchi said...

salam saudara Dr. Tokasid

Saya mula mengesan ketirisan ini, semasa saya menerima panggilan dari syarikat cuti-cuti Malaysia melalui nombor prepaid saya yang baru didaftarkan di Telco.

Malah mengikut kawan saya yang pernah bertugas sebagai pengutip hutang, mereka boleh mengesan seseorang penghutang, melalui berbagai sumber antaranya KWSP, SOCSO, TELCO dll. saya berharap pihak berwajib dapat memantau keadaan ini. Kerana saya bimbang maklumat rahsia pengguna sering dapat dimanipulasikan. apapun pihak yang mempunyai senarai database pelanggan yang sah dharap dapat menjaga amanah yang diberi agar maklumat rahsia tidak dibocorkan. Malang nya ramai yang tidak tahu saluran aduan manakah yang harus mereka rujuk, kerana keterbatasan maklumat yang lengkap. disini pihak berwajib harus memberi penerangan dan menguatkuasakan undang-undang sekiranya mahu membela nasib rakyat.


Salam Maksu,

Ia benar mereka mencuri dalam mencuri...mereka juga telah mencuri kepercayaan pengguna...


Salam madame blossom,

Persekitaran kita sekarang ini banyak yang tidak boleh dipercayai, hatta peminta sedekah pun kita perlu berhati-hati.

Dalam era sekarang "helah" merupakan salah satu acuan standard yang diperlukan untuk mengapai sesuatu tujuan. Memang agak malang kita terpaksa mengikut arus, sekiranya tidak kita akan ketinggalan jauh kebelakang. adilkah begitu ?

Teringat pula iklan "kita perlu jalan kehadapan, bukan kebelakang"...

Sunan_Jati said...

wah...
ni dah kes serius..!

de_kerinchi said...

Salam sunan_jati

Memang benda ni serius, lagi serius kalau ada lagi perkara yang kita tidak tahu....

Blog Widget by LinkWithin