Malaysia Tanah Airku....

June 09, 2007

Selsema Burung

UPDATED 10/06/2007


Setakat hari ini keadaan telah beransur pulih, sekatan jalan raya pun sudah tinggal satu sahaja untuk memantau keadaan. Alhamdulillah, pesakit yang ditahan di hospital Sg. Buloh sudah disahkan tiada terkena virus ini. Cuma seorang sahaja saudara saya masih ditahan di wad, tetapi beliau juga telah mula ditempatkan di wad biasa. Saya rasa aman hari ini, apatah lagi setelah meninjau seluruh pelusuk kampung tiada lagi kelibat pendatang asing ini dan saya berdoa suasana ini akan begini sentiasa(Amat tipis harapan ini untuk menjadi kenyataan, kerana saya yakin pendatang asing ini akan kembali berkampung, apabila kes ini mula reda).

Di pasar malam semalam pun tiada kelibat warga asing yang membanjiri kawasan pasar malam samada sebagai peniaga atau sebagai pengunjung. Cuma saya rasa simpati kepada peniaga nasi ayam, ayam percik dan segala makanan berasas ayam nampak nya jualan mereka tidak memberangsangkan.

Saya berharap kenyataan pihak berkuasa untuk memantau dan mengharamkan kemasukan ayam laga harus dikotakan. Lagipun untuk apa ayam-ayam ini dibawa masuk kesini melainkan untuk menjalankan aktiviti tidak bermoral dan dilarang oleh agama seperti sabung ayam.


Catatan Pada 09/06/2007



Semalam saya pulang ke Paya Jaras, kerana ingin melihat keadaan dan suasana persekitaran, ekoran laporan terdapatnya wabak “Avian Influenza” atau selesema burung (H5N1) di sana. Disebabkan saya melalui jalan lama Kuala Selangor jadi saya memasuki jalan Kampung Kubu Gajah untuk ke Kg Paya Jaras. Saya menemui hampir 4 sekatan polis yang bersusah payah berkorban untuk mengawal semua jalan keluar di Paya Jaras Tengah. Kelihatan juga kenderaan-kenderaan dari jabatan Kesihatan dan rela menghuni pinggir-pinggir jalan Kampong ini. Turut kelihatan kelibat anggota-anggota jabatan kesihatan, hospital dan rela sedang bertungkus lumus melakukan kerja-kerja pemeriksaan kesihatan dan pemusnahan unggas-unggas demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk sekitar . (Teringat saya gambaran filem-filem lama yang saling tak tumpah seperti era-era enam puluhan yang membezakan nya ialah saya dapat menatap nya dari sudut yang berwarna-warni).

Secara ringkas nya selesema burung adalah disebabkan oleh sejenis virus. Virus ini dikenali sebagai “Avian Influenza A” (H5N1). Berdasarkan kajian, virus “Avian Influenza” adalah terdiri daripada banyak jenis. Kebanyakan jenis virus ini hanya menjangkiti haiwan ternakan terutamanya spesis burung seperti ayam, itik, angsa dan juga burung-burung liar. Walaubagaimanapun, para saintis telah berjaya mengenalpasti beberapa subjenis virus ini yang dapat menjangkiti manusia, antaranya ialah H5, H7 dan H9. Antara ketiga-tiga subjenis ini, subjenis H5N1 diketahui paling patogenik.

Virus H5N1 pada kebiasaannya tidak menjangkiti manusia. Malah, kebanyakan kes jangkitan terhadap manusia berlaku di kalangan individu yang berisiko tinggi seperti mereka yang bekerja di ladang ternakan, bersabung ayam atau mereka yang memeriksa tempat-tempat ternakan dan mengendalikan pemusnahan ternakan yang berpenyakit. Sehingga kini belum ada lagi kes jangkitan selesema burung yang berpunca daripada manusia. Namun begitu, kita harus sedar bahawa virus mempunyai keupayaan yang tinggi untuk bermutasi dan tidak hairanlah jika suatu hari nanti ia mampu merebak melalui manusia pula. Sekiranya jangkitan sangat mudah berlaku dan sukar dikawal lagi, maka seluruh dunia akan berhadapan dengan ancaman selesema burung yang kronik malah akan menyebabkan kematian.


Saya, bukan lah hendak bercerita tentang tugas-tugas yang dijalankan oleh pihak penguatkuasa, kerana mereka memang berdedikasi dan mempunyai semangat yang tinggi dalam menjalankan amanat yang terpikul, tahniah diucapkan. Yang saya ingin ceritakan ialah tentang gelagat penduduk sekitar yang pada bila-bila masa sahaja akan menyumbang kepada merebak nya gejala “Avian Influenza” atau selesema burung (H5N1) ini.

Saya sebenar nya merasa agak kesal dengan kehadiran warga asing yang terlalu ramai menghuni persekitaran kampong-kampong di Sekitar Daerah Sg. Buloh. Malah dengan keramaian mereka ini, telah mewujudkan koloni penempatan dan rangkaian perniagaan yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Berbagai bangsa boleh di temui di sini, antara nya Indonesia, Filipina, Myamar, Bangladesh, Nepal, Pakistan, Cina, Thailand Negro dan lain-lain. Mereka ini kebanyakan datang tanpa permit yang sah, berniaga dan mengamalkan budaya serta cara hidup mengikut acuan dari tanah ibunda mereka. Dan paling ditakuti adalah mereka ini membawa bersama penyakit-penyakit bahaya yang boleh merebak dikalangan penduduk setempat.

Yang pelik nya ketika ini, kelibat mereka hilang dengan serta merta, bersembunyi entah kemana mungkin kerana takut terkesan oleh pihak berkuasa, patutlah persekitaran kampong nampak bagai kan tenang dan normal sahaja.

Saya ingin berkongsi gambaran tentang beberapa kes yang memaparkan tabiat buruk penduduk-penduduk di komuniti ini yang saya yakin akan menyumbang kepada wujud dan merebak nya gejala “Avian Influenza” atau selesema burung ini:

1) Kes 1 : Terdapat nya warga asing yang mengamalkan budaya “sabung ayam”. Mereka ini memiliki ayam-ayam sabung yang kebanyakan nya di “import” dari tanah kelahiran mereka, yang kemungkinan besar telah dijangkiti virus “Avian Influenza” atau selesema burung (H5N1) ini. Malah terdapat seorang peniaga pendatang asing yang menjadikan penternakan ayam laga, sebagai sumber mata pencarian nya. Dari apa yang saya dengar harga ayam sabung ini mencecah ribuan ringgit. Persoalan saya, adakah mereka ini akan menyerahkan ayam-ayam sabung yang bernilai ini kepada pihak berkuasa? Jawapan nya pasti tidak, kerana harga pampasan hanyalah sekitar 0. 70 sen dan RM 200.00 sangat jauh berbeza dari nilai ayam-ayam tersebut atau sememang nya mereka adalah pendatang tanpa izin yang tidak berhak untuk menuntut apa-apa bayaran ganti rugi. Dan paling ditakuti ketika ini kelibat mereka dan ayam-ayam mereka hilang tidak terkesan.

2) Kes 2 : Terdapat juga penduduk yang menyembunyikan ternakan mereka dari pihak berkuasa. Ada beberapa kes yang dapat dikesan, dimana ada penduduk yang membawa lari dan menyembunyikan ternakan ayam mereka di waktu pagi kemudian kembali membawa ayam –ayam ini ke reban mereka di waktu malam. Walaupun kes ini telah dilaporkan oleh penduduk yang perihatin dan tindakan telah diambil oleh pihak berkuasa, tetapi di waktu subuh masih terdengar kokok ayam di reban mereka. Persoalan nya adakah penduduk menyerahkan sepenuh nya ayam-ayam mereka ini kepada pihak berkuasa?

3) Kes 3: Ada segelintir penduduk yang tidak bertanggunjawab menyembunyikan unggas seperti burung-burung peliharaan di dalam rumah. Perkara ini tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa kerana prosedur pihak berkuasa hanya akan bertanya soalan “standard” iaitu samada mereka ada memelihara ayam atau burung? Kalau jawapan nya tidak maka mereka akan terus berlalu pergi tanpa membuat pemeriksaan lanjut.

4) Kes 4 : Terdapat penduduk-penduduk kampong yang tergesa-gesa menyembelih ayam-ayam peliharaan nya dan mengagih-agihkan ayam sembelihan mereka ini kepada jiran-jiran tetangga. Apa yang saya tahu kebanyakan jiran hanya mengambil ayam itu dan membuangkan nya ke tong sampah. Perkara ini benar kerana ibu saya merupakan salah seorang jiran-jiran yang menerima sumbangan ayam sembelihan itu.

Itulah di antara kes-kes yang dapat memaparkan karenah dan kedegilan segelintir penduduk yang memandang mudah akan serangan virus “Avian Influenza” atau selesema burung (H5N1) ini. Mereka ini adalah golongan yang tidak bertanggung jawab, degil, keras kepala, dan mementingkan diri sendiri. Sesuatu langkah yang lebih proaktif dan berkesan harus difikirkan bersama. Tindakan prihatin penduduk untuk melaporkan sebarang isu berkaitan virus ini juga adalah amat dialu-alukan.


p/s: Ketika ini saya masih lagi terpaksa berada di kampong ini untuk memantau dan melaporkan tabiat penduduk yang menjengkelkan ini demi menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga saya dan penduduk sekitar. Sehingga kini, 3 orang saudara saya telah dimasukkan ke Hospital Sg. Buloh kerana disyaki dijangkiti virus selsema burung ini.

5 comments:

Anonymous said...

tak makan ayam la bro dua tiga ari ni??

de_kerinchi said...

Pauhfc, bukan hari ni jer mungkin fobia makan ayam sampai sebulan dua juga, lagi satu mungkin harga ayam kampung melambung naik di sekitar sg.buloh.

rapat_umum said...

Kesedaran penduduk haruslah ditingkatkan agar penyakit ini tidak menular lebih jauh lagi. Alhamdulillh sehingga hari ini masih tiada dikesan lagi mangsa dikalangan manusia terkena penyakit ini.walaubagaimanapun risiko masih ada dan harus dipantau.

Lagi satu bro kegiatan warga asing yang mengamalkan sesuatu perkara yang memang menjadi larangan bangsa dan agama kita seperti sabung ayam patut ada dalam perhatian pemerintah.

de_kerinchi said...

rapat_umum

Masalah nya kebanyakan nya hanya pentingkan diri sendiri. Belum lagi bab sewa rumah dan kedai kepada pendatang warga asing.

Kalau yang dah ada ic merah tu boleh lah excuse, lagi satu cara hidup seharian mereka itu kadang-kadang amat mengerunkan dan boleh mempengaruhi penduduk setempat.

Saya rasa bukan di Paya Jaras sahaja masalah ni wujud, misal nya di Klang lagi teruk kebanjirannya ...

de_kerinchi said...

pauhfc ana tak buleh masuk blog ente lah..

Blog Widget by LinkWithin