Tepat jam 09.35 malam tadi, saya baru sahaja selesai menunaikan janji saya untuk menguruskan persidangan sebuah Cawangan seperti yang tercatat di “post” saya sebelum ini. Alhamdullillah , nampak nya persidangan ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan. Persidangan ini telah diadakan di Restoran Mamak dan dihidangkan dengan jamuan nasi minyak berserta roti canai. Atas permintaan ramai, maka persidangan hanya berjalan selepas ahli-ahli kekenyangan apatah lagi perut keroncong selepas mengharung kesejukan hujan yang melanda ibukota. Kehadiran ahli nampak nya amat mengalakkan, hampir empat puloh ahli cawangan dapat menunaikan tanggungjawab mereka, malah dihadiri oleh ramai pemerhati-pemerhati luar yang sebenar nya tetarik dengan hidangan yang disediakan. Dalam kami berbual-bual menanti persidangan bermula, ada satu isu yang menjadi perbualan iaitu tentang “krisis tanggungjawab” ekoran berita memaparkan kisah 60 ahli UMNO Cawangan Taman Koskam bermesyuarat atas lantai, disebabkan kerusi meja di dewan itu telah dipindah milik sewa nya kepada satu majlis perkahwinan.
Pada pemikiran saya kesalahan ini sepatut nya diletakkan dibahu Saudara Mohd. Rosali Othman (KC) yang merupakan Ketua Cawangan komuniti tersebut dan beliau tidak perlu seolah-olah “rasa terkejut”, kerana beliau sepatut nya bertangungjawab memantau persiapan mesyuarat sebelum persidangan berjalan (apatah lagi beliau mendakwa bahawa sebelum ini perkara tersebut sering terjadi). Cuba kita bayangkan apa perasaan enam puloh ahli-ahli Cawangan tersebut yang sanggup bersusah payah meluangkan masa menunaikan tanggungjawab mereka untuk hadir ke persidangan tersebut tetapi akhir nya hampa hanya kerana kesilapan teknikal yang boleh dielakkan ini. Ternyata mereka bersama-sama telah terheret dalam masalah ini, maka secara tidak lansung ia mengambarkan seolah-olah pengorbanan mereka tidak dihargai dan kehadiran mereka tidak dialu-alukan.
Harus diingatkan, tempat persidangan merupakan salah satu aspek penting dan paling utama yang hendak ditentukan sebelum sesuatu mesyuarat bermula dan sudah tentu tempat persidangan ini wajib dilengkapi dengan segala macam kemudahan yang berkaitan dengan persidangan. Dalam hal ini ternyata sikap lepas tangan dan ambil mudah oleh Saudara KC adalah merupakan satu kecuaian yang tidak seharus nya dilakukan oleh seorang pemimpin yang memimpin. Bayangkan sekira nya setengah jam sebelum mesyuarat Saudara KC telah membuat pemantauan, pasti perkara ini dapat dielakkan dan Saudara KC pasti mempunyai "Plan B" untuk menghadapi masalah yang mungkin timbul. Tidak perlu lah kita menyalahkan atau menunding jari kepada pihak-pihak yang lain, sepatut nya seseorang pemimpin itu perlu lebih bertanggung-jawab dalam menjalankan tugas, jangan diambil mudah sesuatu perkara, kerana kelak akan memakan diri sendiri.
Manakala kisah organisasi kominiti setempat yang tidak “ngam” ini memang menjadi igauan sejak dahulu lagi dan ia terjadi disebabkan ia mempunyai organisasi, pucuk pimpinan dan bidang kuasa yang berbeza walaupun matlamat nya sama. Lebih membingungkan lagi apabila masing-masing keliru dengan skop “jajahan” pemerintahan nya hinggakan masing-masing hendak menunjuk “ego” dan menuntut “hak” mereka sehingga mengenepikan prinsip kerukunan komuniti setempat.
Kalau benar kenyataan saudara KC yang mendakwa terdapatnya hubungan baik yang sedia terjalin sejak sekian lama di komuniti tersebut maka kejadian yang memalukan ini seharus nya tidak terjadi. Pasti ada sebab musabab yang mengakibatkan salah faham tercetus sehingga mendatangkan benda-benda yang tidak berfaedah kepada komuniti tersebut. Oleh itu diharap Saudara KC, dapat merealisasikan cadangan untuk mengadakan sessi perbincangan antara pihaknya dan kepimpinan RT kearah memulihkan keharmonian komuniti setempat dan agar kesalahan dan kesilapan yang boleh dianggap “tidak masuk akal” ini tidak akan berlaku lagi.
p/s: Kemanakah arah tuju kita untuk menjana modal insan berminda Kelas satu yang dikatakan Cemerlang Gemilang Terbilang?
4 comments:
Baru uruskan benda kecil dah huru-hara belum lagi nak uruskan agenda yang lebih besar lagi. Entah apakan jadi. Nampak sangat management skill tu ditahap minda kelas 3
Sebenarnya masalah ini tidak akan timbul kalau ajk termasuk ketua nya itu pergi check tempat bersidang tu.
Dah tahu ada sedikit salah faham dengan RT, pasal apa tidak beringat sebelum kena.
Bro,
Saya pun baru habis bersidang, date line persidangan UMNO dah sampai hujung ni.
Dalam kes ini, memang salah pada ketua cawangan kerana tidak memantau persiapan majlis. hairan juga kenapa ketua cawangan tu boleh alpa kes-kes macam ni.
Saya rasa ketua cawangan tu memang sengaja untuk menjadikan kes ini lebih rumit, bagi memastikan dia ada cukup "evidence" untuk menyalahkan RT.
Kalau memang dah tahu RT dan UMNO ada masalah Ketua Cawangan tu harus
mencari jalan penyelesaian lama dulu, bukan ambil sikap diam diri, dah memang tanggungjawab nya untuk memperjuangkan kebajikan ahli.
Langkah menyebarkan cerita ini di akhbar juga satu tindakan kurang bijak, kerana ia menampakkan kelemahan di pihak ketua cawangan.
Salam Izwan,
Memang amat menghairankan benda yang begitu penting tidak diambil perhatian. Pelik bukan.
Salam rapat_umum
Saya rasa modus operandi nya hanya untuk mengenakan orang lain, tetapi sebenar nya menunjukkan kelemahan diri sendiri.
Post a Comment