Dalam zaman acuan hadhari ini, berbagai ragam yang pelik-pelik sering muncul terhidang di hadapan mata kita. Saya tidak pasti kenapa ramai sangat ingin mengeluarkan suara-suara yang kelihatan nya menentang arus. Kadang-kadang rasa pelik juga dengan usul-usul yang diketengahkan ini, sering dibuat tanpa merujuk peraturan dan arahan kepimpinan malah melekehkan keputusan pucuk pimpinan tertinggi.
Yang terbaru tentang penubuhan Jawatan kuasa penaja UMNO Cawangan di Sarawak. Walaupun keputusan telah dikeluarkan melalui mulut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Timbalan Presiden Umno yang berkata belum ada cadangan untuk menubuhkan Umno di Sarawak dan parti itu tidak pernah mengiktiraf mana-mana usaha untuk menubuhkan Umno di negeri itu, tetapi niat untuk meneruskan penubuhan UMNO di Sarawak akan diteruskan jua.

Walaupun Pengerusi JPUNS, Affendi Jeman Affendi mendakwa JPUNS bukan sebuah badan politik. Tetapi kenyataan nya boleh dipersoalkan. Agaknya kemanakah hala tujunya pertubuhan ini? Kalau ia tidak berpaksikan pertubuhan politik bagaimana mereka hendak melakukan perubahan ?. Saya percaya pada dasar nya penubuhan badan yang didakwa bukan berpaksi politik ini, lebih cenderung untuk menubuhkan UMNO malah namanya juga mencedok nama UMNO itu sendiri. Malah kenyataan Affendi, yang mengatakan JPUNS akan tetap menubuhkan Cawangan UMNO di Serawak , jelas menunjukkan JPUNS cenderung untuk berpolitik atas nama UMNO.
Walau pun Berdasarkan kepada Fasal 4 Pelembagaan UMNO Ahli Biasa jelas menunjukkan bahawa warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas berhak untuk menyertai UMNO tetapi saya mengandaikan ahli-ahli yang didakwa oleh JPUNS seramai 15,000 orang itu, pasti merupakan bakal-bakal ahli malah tidak salah untuk melabelkan mereka sebagai bukan Ahli UMNO kerana pendaftaran nya masih belum disahkan oleh Ahli Tertinggi UMNO sesuai dengan Fasal 5 Perlembagaan UMNO, yang menyebut ahli merupakan tiap-tiap orang melayu atau bumiputra yang mendaftar serta membayar yuran setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan dan kemudian nya disahkan keahlian mereka oleh Jawatankuasa Tetinggi UMNO. Malah dakwaan Affendi yang mengakui tidak mendapat arahan dari mana-mana pihak termasuk ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur untuk membawa parti itu ke Sarawak mengesahkan lagi bahawa cubaan beliau ini merupakan satu percubaan yang salah dan tidak sah disisi perlembagaan UMNO.
Saya tidak pasti sejauhmanakah kekuatan Jawatankuasa Penaja Umno Negeri Sarawak (JPUNS) yang membolehkan mereka melanggar peraturan parti dalam usaha memaksa pucuk pimpinan tertinggi UMNO untuk mengikut kehendak mereka. Secara dasar nya sesuatu pertubuhan UMNO yang mempunyai ahli-ahli yang tidak sah , tidak akan mampu untuk membentuk struktur Cawangan yang kemudian nya akan membentuk pula sebuah Bahagian yang membolehkan mereka berfungsi sebagai satu pertubuhan UMNO yang normal.
Walaupun usaha JUPNS itu merupakan satu usaha untuk memartabatkan parti UMNO, tetapi tindakan mereka yang membelakangkan Perlembagaan Parti UMNO itu sendiri, menampakkan sesuatu contoh yang sebalik nya. Ternyata tindakan JUPNS untuk tidak berbincang dan mendapat restu dahulu dari UMNO merupakan satu tindakan kurang bijak dan memaksa. Perkara ini pasti akan menjejaskan kredebiliti UMNO yang selama ini didakwa sebagai satu pertubuhan politik tertua dan matang. Malah kenyataan Affendi yang akan meneruskan penubuhan Cawangan UMNO di Sarawak jelas tidak menghormati pendirian yang disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Timbalan Presiden UMNO. Ini jelas dalam Tataetika UMNO perkara 1 yang menyebut tentang kesetiaan:

Mengikut Fasal 20.8 Perlembagaan UMNO:
1.1 Semua ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan:-
1.1.1 Patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli;
1.1.2 Mengikut perintah-perintah parti;
1.1.3 Menjalankan dasar-dasar parti;
1.1.4 Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti;
1.1.5 Menjaga rahsia-rahsia parti;
1.1.6 Memelihara nama baik dan maruah parti;
1.1.7 Sentiasa menunjukkan tatalaku yang sopan lagi tertib.
Bukti penghantaran surat permohonan kepada Presiden UMNO untuk memberikan kebenaran penubuhan JPUNS, dan untuk membuat perjumpaan bersama Presiden UMNO bukanlah satu tiket untuk meneruskan hasrat JUPNS, apatah lagi kebenaran yang diharapkan masih belum diterima dari Presiden UMNO.
Saya berharap UMNO tidak gelap mata dengan jumlah ahli yang dikumpulkan oleh JUPNS. Jangan dek kerana ingin undi yang banyak, UMNO rela “melacurkan” prinsip dan keunggulan nya. Bagi JUPNS pula, janganlah merasa lemah semangat, teruskan perjuangan anda, cuma cara dan perlakuan adab sopan hendak lah dijaga. Segala prosuder parti dan perlembagaan harus dipatuhi sepenuh nya baru lah penubuhan UMNO di Sarawak, dipandang sebagai satu penubuhan pertubuhan yang berdarjat dan disegani.
p/s: UMNO harus meneliti apakah punca menyebabkan “sindrom “ lawan tokey ini kian wujud didalam parti. Adakah sindrom ini disebabkan oleh kerakusan ahli-ahli nya atau kelemahan pucuk pimpinan nya? Tepuk Dada Tanya Selera….Cegah sebelum terlambat.
9 comments:
Hasrat JUPNS, memang murni tetapi yang salahnya tak ikut protokol, pakai hentam sahaja.
Ikut suka hati sahaja Ibarat kalau masuk rumah kena bagi salam dahulu janganlah main serbu sahaja.
Bang, saya rasa macam ada tarik tali jer. Kemugkinan besar ada percaturan politik, JUPNS medapat restu politik dan akan dijadikan sebab, untuk UMNO masuk ke Sarawak selepas berjaya menakluki Sabah.
Perkara ini mungkin akan tertangguh ekoran kenyataan Najib, dan tidak hairan ia akan menjadi kenyataan pada masa hadapan.
UMNO hanya boleh masuk Serawak hanya apabila Dato Patinggi bersara. apa yang JPUNS hendak perjuangkan? Bukankah BN sudah mempunyai undi yang kukuh disana? Apa perlu hendak memecahkan undi lagi?
Iwan,
Sebab UMNO dah amalkan budaya protokol dan pancung ahli yang bersuara tak seiring, jadi saya menganggap UMNO harus lakukan kepada semua ahli tanpa kompromi. Baru nampak telus dan tak piih kasih. Kesian mereka yang terpecat kerana memperjuangkan UMNO denga cara yang nampak bertentang dari adat.
Cyberguru,
Kemungkinan UMNO ke Sarawak mungkin benar satu hari nanti, saya juga curiga mungkin dah ada green light dari "mastermind", kalau tidak bagaimana JUPNS, boleh bergerak mengumpulkan ahli dan aggresif.
Nazrin,
Ini juga satu persoalan, Buat masa ini UMNO mempunyai hubungan kukuh dengan parti kompenen lain de Sarawak dan mereka adalah gergasi di sana , jadi adalah pelik untuk menubuhkan UMNO, bagi menjadi parti yang memperjuangkan nasib penduduk di sana. Melainkan memang sudah wujud kelemahan dari parti komponen di sana, jadi "postmoterm" harus dijalankan oleh pimpinan BN dan bukan nya terletak dibahu UMNO sahaja.
Saya rasa kenyataan Dato' Najib itu tepat dan sangat bijak.
salam.
kunjungan balas :)
Lawan tokey itu kadangkala perlu jika tokey dah menyekat dan memusnahkan harapan org bawahannya. Tanpa org bawah yg diatas cuma terkapai-kapai. Perlu hargai setiap individu.
Salam Cik kema,
Terima kasih atas kunjungan.
Salam lady_mariah
Hai apa khabar lady_mariah..
Ia benar... kalau tokey tu, melanggar resmi kepimpinan yang baik mka kita wajib menegur.
cuma disini saya, hanya mempersoalkan tindakan kepimpinna yang buat kerja secara hentam kromo.
Kalau JUPNS dah tahu nak buat kerja besar, kepimpinan dia harus bijak untuk memastikan kerja mereka adalah sah di sisi perlembagaan parti..kalau tidak kerja mereka hanya sia-sia belaka.
sama juga di pihak UMNO pula, jangan pula hukum ahli secara doube standard...kalau ada kepentingan semuanya akan membutakan mata sahaja.
Bro..
Macam nak tembak UMNO tapi tuju-tuju kat JUPNS.
Apapun setuju,kalau semua tindakan mesti standard jangan pilih bulu.
Sekarang ni UMNO dah jadi caca merba.
rapatumum
Yang benar nya kepincangan dan pendapat harus diutarakan jangan disimpan. bukan isu menjaga hati atau periuk nasi tapi kemanusiaan.
Post a Comment