Malaysia Tanah Airku....

June 29, 2007

Santapan Rohani-Siri 1

Mengapa Kamu Menyembah Allah s.w.t.?!

Sekali Peristiwa Malik bin Dinar dan Tsabit Al-Bunami datang menemui Rabi’ah Al Bisriyah, maka Rabi’ah berkata kepada Malik :

Rabi’ah : : Sila beritahu ku, mengapa Engkau Menyembah Allah?
Malik : Kerana Keinginan Ku pada syurga!

Sambil berpaling kepada Tsabit Al –Bunami ia bertanya:

Rabi’ah : Dan engkau pula wahai pembantu ?
Tsabit : Kerana takut kepada api neraka!.

Maka Rabi’ah pun berkata kepada Malik

Rabi’ah : Engkau wahai Malik!, seumpama seorang yang mengambil upah yang buruk. Engkau tidak bekerja kecuali kerana tamak kepada bayaran!.

Dan Rabi’ah kemudian berpaling kepada Tsabit :

Rabi’ah : Dan engkau pula wahai Tsabit! seumpama hamba yang buruk, Engkau tidak bekerja melainkan takut dipukul tuan mu!

Lalu Malik dan Tsabit berkata “Bagaimanapula kau wahai Rabi’ah?

Rabi’ah : Aku Menyembah Allah kerana cinta kepada Nya dan terlalu ingin menemui Nya!.

p/s: Rabi’ah Al Bisriyah atau Rabi'ah binti Ismail Al-Adawiyah bergelar Ummil Khair seorang abidah zahidah semoga Allah s.w.t merahmati mereka....

Malik bin Dinar bergelar Abu Yahya seorang Perawi Hadis Syarif yang wara' dan hanya memakan daripada usaha tangan sendiri.

10 comments:

Sunan_Jati said...

Insha allah...
tima kaih kerna sudi kongsi...

alhamdulillah! masha allah!
subhanallah..!

de_kerinchi said...

Sunan-jati,

Perkara yang baik akan dikongsi bersama, Saya akan cuba memaparkan artikel seumpama ini pada setiap hari jumaat.

rapat_umum said...

salam dk

Ini usaha yang baik, harap saudara dapat teruskan artikel ini, kerana sukar juga mendapatkan artikel sebegini.

Anonymous said...

Salam ziarah kembali kerinchi,

Catatan yang menarik dan menginsafkan.

de_kerinchi said...

salam rapat umum

Terima kasih, saya akan cuba mendapatkan artikel sebegini kelak.


Salam kak tie

Terima kasih atas ziarah dan sudi berkongsi pendapat.

Anonymous said...

alhamdulillah...

terima kasih kerana ingat-mengingati...

Mak Su said...

kena ler fahami konsep cinta, kan?

de_kerinchi said...

Salam azahcomel,

Sesamalah kita ingat-mengingati..


Maksu,

Konsep cinta tu luas, harap maksu boleh tunjukkan.sebab ramai yang ikut cinta bernafsu...cinta nafsu pula memang perlu dalam hidup bukan cinta bernafsu... hehehe...

tokasid said...

Salam saudara de_kerinchi:

Maaf lambat kerana erlepas entry ini.

Itu adalah pandangan Rabiatul Adawiyah.

Tetapi dalam Al-Quran Surah Sajadah ayat 16:

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya dan seksaan api neraka) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya dan balasan syurga); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

Dari ayat tersebut adalah tidak mengapa seseorang beramal kerena berharapkan dihindari siksa neraka ataupun mengharapkan syurga. Tetapi yg terbaik adalah beribadat seperti Nabi s.a.w. iaitu kerana menunjukkan rasa syukur kepada ALLAH.

de_kerinchi said...

Salam Dr Tokasid,

Terima kasih atas komen tersebut, sememang nya Allah s.w.t. selalunya memberikan manusia ini pilihan yang baik untuk dipiih..malang nya manusia ini selalu lupa akan nikmat dan tawaran Allah s.w.t.( Pahala & syurga)walhal mereka mendakwa selalu ingat akan Allah s.w.t. dan sering lupa akan tujuan sebenarnya konsep sesuatu ibadat akibat taksub mengejar pahala dan syurga.

Iktikad mesti dibetulkan, kerana kita islam bukan di zaman jahilliah, kita islam di zaman yang memang datuk dan nenek kita islam, maka kepentingan pahala dan syurga hendaklah diletakkan keutamaan nya di tempat yang sepatut nya..maka segala perbuatan kita seharus nya kerana Allah s.w.t. semata-mata. Pahala dan syurga tidak perlu dipersolakan lagi , biar Allah s.w.t. yang anugerahkan, kerana itu memang janji yang maha esa.

Blog Widget by LinkWithin