Malaysia Tanah Airku....

July 06, 2007

Bangsa Ku vs Bangsa Orang

Akibat sibuk dengan tugasan harian saya, agak jarang untuk mengupdate tulisan saya. Hari ini sebelum bertolak ke Melaka untuk tugasan rasmi, saya sempat untuk mencoret sedikit pengalaman saya untuk dikongsi dan direnungi bersama.

Semalam saya telah membuat temu janji dengan dua orang rakan untuk membuat lawatan tapak di Northport, sebelum bertolak ke sana kami telah singgah di Bandar Klang, untuk bersarapan pagi. Dalam kami mencari-cari tempat untuk mengisi perut, kami telah mengambil keputusan untuk singgah di sebuah Restoran Melayu yang nama nya pun berciri melayuraya.

Kelihatan nya hanya ada empat orang pelanggan telah lebih awal menghuni tempat-tempat duduk di sana, Setelah mengambil kedudukan yang sesuai kami menunggu, pekerja mereka untuk mengambil pesanan kami, malang nya hampir 15 minit kami duduk, seorang pekerja pun tidak mempedulikan kehadiran kami. Setelah itu saya memanggil si pembuat roti untuk mengambil pesanan kami, dengan segera dia mencatatkan pesanan kami, tetapi sekadar mengambil pesanan air nya sahaja, manakala pesanan makanan pula menurut si pembuat roti kena panggil orang lain untuk membuat pesanan. Pelik bukan…? Apapun kami akur, kerana mungkin ini prosedur yang dibuat oleh Towkey Kedai Melayu ini.

Dalam menunggu untuk diambil pesanan, seorang pelayan menghampiri meja kami, tetapi bukan kearah kami tetapi kearah pelanggan di sebelah, terdengar pelayan restoran memaklumkan kepada pelanggan di sebelah meja kami, adakah mereka ingin menukar menu yang dipesan iaitu “Mee Kari Udang” kepada “Mee kari Ayam” kerana bekalan udang mereka sudah habis. Aduuhhh..nak tergelak saya mendengar alasan ini, tidakkah sebelum hendak berniaga mereka memeriksa stok bahan mentah mereka ?….alahaii… bangsa ku.

Setelah hampir setengah jam kami menunggu dan hanya menghirup air yang dipesan, Kami sudah jadi tawar hati untuk makan disitu, apabila melihatkan gelagat bangsa melayu berniaga begini. Lalu kami mengambil keputusan untuk ke restoran lain, lalu saya memanggil pelayan untuk membuat bayaran, malang nya kami terpaksa menunggu towkey kedai yang sedang memasak makanan untuk menghabiskan tugas nya. Akibat terlalu berang, kawan saya meninggikan suara nya .dan menghamburkan kata-kata berikut :

“ Dahlah aku datang sini macam kuli batak, order pun bukan main lambat, ni aku nak bagi duit pun kena tunggu juga, apa punya melayu berniaga macam ni.”

Selepas itu dengan tergesa-gesa si pembuat roti, menghampiri kami dan meminta maaf atas ketidakselesaan ini, kata nya mereka hanya mempunyai tiga orang pekerja iaitu:

- Towkey Kedai merangkap “Cashier” dan tukang masak,
- Pembuat roti merangkap pembuat air”
- Pelayan merangkap pencuci pinggan mangkuk.

Mendengar penjelasan itu kami hanya menggelengkan kepala memikirkan nasib peniaga melayu ku…..

Setelah membuat pembayaran, dengan segera kami melangkahkan kaki menuju ke Restoran lain yang berhampiran. Dalam tercari-cari arah yang hendak dituju, terdengar suara riuh memanggil-manggil kami. “Abang-abang mari masuk,… sini duduk” terdengar suara mamak India dari gerai di hadapan kami. Emmm…tersenyum kami dengan suara alu-aluan itu. Selepas duduk, pelayan terus mengambil pesanan kami. Sejuk hati kami buat seketika melihatkan layanan mesra ini. Saya melihat persekitaran restoran ini yang nampak jauh berbeza dengan restoran bangsa saya yang kami kunjungi awal tadi. Kelihatan nya suasana amat ceria dengan setiap kerusi dan meja penuh dihuni oleh pelanggan. Malah kewujudan pelayan dan pekerja yang ramai dan ramah lengkap beruniform menambahkan seri di restoran tersebut. Walaupun ramai yang tidak fasih berbahasa melayu dan kadang kadang pertuturan mereka kedengaran amat melucukan, sekurang-kurang nya hati kami tidak sakit dan terasa dipinggirkan malah perut kami juga terisi dengan kekenyangan.

Ada satu perkara lagi, teringat saya satu tulisan dari Blog Azahcomel yang membincangkan tentang kesilapan pada menu makanan di Restoran Mamak. Nampak nya Restoran Mamak ini telah sedaya-upaya membaiki tatabahasa di setiap menu mereka ( apapun masih terdapat sedikit kesalahan yang boleh diperbaiki). Yang paling membanggakan saya Restoran mamak masa kini rata-rata sudah ada papan tanda yang sebegini “ WiFi is Available ” di restoran-restoran mereka. Maka tidak hairanlah Restoran Mamak dewasa ini telah menarik perhatian berbagai bangsa untuk menghuni Restoran mereka termasuklah dari kaum Cina, disinilah kita boleh nampak intergerasi nasional diterapkan tanpa kita sedari.

Bukan saya mahu menghina bangsa sendiri dan mengampu bangsa lain Cuma saya terfikir kalaulah bangsa ku berniaga begini pasti kaya macam Mamak ni. Malangnya ramai bangsa ku tidak berfikiran sebegini, sebab itu kita boleh bilang dengan jari sahaja jumlah restoran melayu yang maju. Kalau hendak dibandingkan dengan kedai mamak ini bagai langit dengan bumi. Restoran mamak ni bak cendawan tumbuh hinggakan kedai India pun sanggup mengaku mamak.

p/s: Bangsa ku sedarlah, ubahlah pemikiran kita menjadi Bangsa melayu yang merdeka berfikiran minda kelas satu ………….

18 comments:

Mak Su said...

kita kena berfikir untuk bertanding untuk kemajuan, bukan untuk sekadar cari duit

Unknown said...

ya...saya setuju dgn ape yg dibincangkan...
dalam restoran mamak la kita boleh tengok masyarakat berbilang kaum singgah di situ...layanan pon baik...cepat...mesra...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
tokasid said...

Salam saudara de_kerinchi:

Memang benar. Kalau ke kedai makan Melayu kita panggil baru datang ambil order.Kalau ada TV(tambah2 ada wrestling) elayan lebih senang lepak nonton TV.
Bila saya ke kedai Nasi Kandar, belum duduk pelayan dah tanya mahu makan apa mahu minum apa.

memang sedih....

rapat_umum said...

Pelik tapi benar,

Kalau mamak buka kedai makan mesti maju...kalau melayu sukar sangat hendak lihat restoran yang benar-benar meriah

de_kerinchi said...

Salam rapat umum

Kalau Restoran mamak boleh maju maka restoran melayu juga boleh.

Mamak kalau buka Restoran sampai 24jam, kerusi sampai atas jalan, pekerja pun ramai, layanan mesra...tu yang perlu dikaji oleh para peniaga kita.

Anonymous said...

akak tertarik juga dengan isu ni, dulu pun akak ada masuk banyak kedai melayu yang macam tu, mereka rata-rata memang kurang mesra dengan pelanggan, tu yang buat pelanggan tawar hati dan cabut lari...kena pergi kursus ni...

ayamsabung said...

Aku kalau sesekali nak makan masakan melayu, baru pergi cari kat gerai jer.

Nak pergi restoran ni malas sangat lagipun kena pilih yang terbaik... kebanyakan nya sombong sokmo.hanya restoran yang besar sahaja cuba memaksimumkan servis yang terbaik demi nak jaga nama mereka.

de_kerinchi said...

salam akaktumara

Tulah pasal, paling ingin dibetulkan ialah cara-cara melayan pelanggan dengan lebih mesra pengguna...

Ayamsabung

Restoran Besar kena jaga nama...Gerai pula kerana nak mencari rezeki halal...restoran melayu pula mungkin tercari-cari arah...entahlah

iEn said...

memang beza cara user friendly diorang tu. tingat lak kisah abah aku dulu baling kerusi sebab roti canai telur die tak siap2 lagik wekekekek

de_kerinchi said...

Ien..Hehehe...memang kadang-kadang menyebabkan kita hilang sabar...

Senang jer ...mari boikot kedai mereka...sabar jer lah...

Anonymous said...

Tandas yg berkualiti pon kene amik kira jugark kekeek!

de_kerinchi said...

Salam Dr. Tokasid,

Itulah bezanya peniaga bangsa melayu dengan bangsa lain, banyak yang perlu diubah untuk kemajuan bangsa melayu juga...


Salam Ien:

Tandas mesti kualiti lah, tapi jangan pula ambil kesempatan naikkan kualiti bayaran nya pula..heheheh

de_kerinchi said...

salam maksu

Sebenarnya mereka silap, mereka ingat segala nya duit, padahal layanan yang baik kepada pelanggan itulah sumber utama datang nya duit.

Salam azahcomey,

tulah namanya, restoran malaysiaraya...tapi mamak kena upgrade sikit dia punya ciri-ciri malaysia tu...biar bau belacan sikit heheheh

Anonymous said...

tak minat sangat makanan mamak akibat polisi 24 jam yang digunapakai - kebersihan harus diteliti.

tak minat juga masakan kat restoran Melayu - aspek cincai dan layanan yang sangat buruk

akibatnya : sedaya upaya belajar memasak dan masak di rumah walau sesibuk mana.

de_kerinchi said...

Salam Bayan

Ada juga restoran mamak yang kotor, tak kurang juga yang bersih termasuk tandas nya. Keselesaan dan kebersihan Memang jadi pilihan utama. hheheheh masak kat umah , mesti boleh letak dia punya bahan-bahan lebih kan....sedap tu...

Anonymous said...

Orang Melayu mesti bantu peniaga melayu.Jangan kunjungi kedai mamak sebab mahal dan tak bersih.Kerajaan patut larang kedai makan buka 24jam sebab bertentangan dgn agama islam yang ada waktu tidur,kerja dan zikrullah.

de_kerinchi said...

salam tuan tak bernama,

dari dulu orang melayu sering menguar-uarkan semangat "tolong melayu"..tetapi akibat banyak pembelotan atas kepercayaan,sehingga kadang-kadang terbelit leher sendiri, maka semangat itu hanya di praktikkan untuk kes-kes terpilih...

Restoran mamak mahal...? Rasa nya tidak..kerana rata-rata, masih di dalam ruang lingkup mampu rakyat Malaysia, malah menjadi antara pilihan yang ekonomi.........restoran mamak masih mendapat sambutan yang meriah.....

Restoran mamak kotor? Adakah Restoran melayu bersih..? adakah restoran hotel bersih...? adakah restoran lima bintang bersih...? semuanya hanya subjektif.... Kebersihan memang penting, tetapi persoalan nya dimanakah standard piawaian bersih itu diletakkan....? adakah kebersihan itu terlindung atau dihadapan mata...?

adakah 24 jam takboleh kerja dalam islam...? rasa nya sudah terpesong anggapan ini... sampai bila islam nak maju....? selalunya kita memberi pendapat diruang lingkup dan perspektif kita sendiri tanpa mengambil kira pergolakkan yang berlaku di sekitar orang yang di komen...

Konsep zikir bukan hanya di atas sejadah sahaja..bekerja itu juga satu zikir dan bekerja juga satu tanggung jawab..sama juga tidur...ia pun satu tanggung jawab...mustahil orang tak tidur...kalau sakit tak boleh tidur pun akan tidur juga barang seminit dua...

Saya rasa restoran 24jam pun bukan bodoh...mestilah pekerja nya bekerja secara bergilir-gilir..sama juga kerja di kilang atau kerja shif yang lain....jadi jangan kita sempitkan pemikiran kita kearah yang negatif..dan jumud...

marilah kita ubah peransangka kita agar melayu boleh maju selaras dengan konsep islam yang sebenar...

Blog Widget by LinkWithin