Malaysia Tanah Airku....

June 29, 2007

Antara Prinsip Dan Kepentingan

Dimanakah pendirian Saudara Ezam bekas Setiausaha Politik Dato seri Annuar Ibrahim dan juga bekas ketua AMK dan Ketua KeADILan Shah Alam yang dikatakan pemimpin muda yang tersohor?.Ternyata tindakan beliau meningalkan parti Keadilan atas dakwaan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti KeADILan.mengundang polimik dalam arena politik negara.

Walaupun sebelum ini terdapat juga pemimpin lain yang meletakkan jawatan di dalam PKR seperti Datuk K.S Nallakarupan dan bekas Bendahari Agungnya, Abdul Rahman Othman. Perletakan jawatan Saudara Ezam, penuh dengan tandatanya, kemanakah halatuju dan perjuangan sebenar beliau di dalam politik tanahair?.

Selalunya orang yang bersikap berpatah arang begini menyedari bahawa beliau sudah tidak lagi popular dan tidak mempunyai sokongan yang padu dari akar umbi PKR, ini jelas menampakkan bahawa saudara Ezam mempunyai platform yang goyah dan tidak stabil di dalam PKR, apatah lagi beliau tidak lagi mendapat “restu” dari pimpinan tertinggi PKR. Jadi budaya “lompat katak” segera bermain di benak saudara Ezam sebagai pilihan terakhir menyelamatkan karier politik nya.

Tindakan beliau berbincang dan mengadakan rundingan dengan dua parti poltik yang berbeza idealogi nya iaitu PAS dan UMNO. jelas menunjukkan saudara Ezam lebih mementingkan kepentingan politik diri sendiri berbanding perjuangan mempertahankan prinsip yang dijunjung beliau selama ini. Kenapa beliau harus melakukan perbincangan dalam memikirkan platform baru, politik nya? Sepatut nya beliau sudah ada hala tuju apabila mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai pemimpin PKR dan tahu Parti yang mana sesuai dan selari dengan visi dan misi perjuangan nya selama ini . Jelas beliau cuba bermain tarik tali dan tidak mempunyai pendirian yang kukuh dalam memperjuangkan nasib rakyat. Jangan dikatakan orang “Sudah Meludah Menjilat Kembali”.

p/s: Masa suka dibelai, Masa benci dicaci……Masa sokong di tatang…Masa Menentang di sanggah….pemimpin tanpa pendirian adalah satu gejala yang amat memalukan.

12 comments:

rapat_umum said...

ezam, ni dah lama juga saya cuak dengan dia ni, sebab dia salah satu pemimpin muda yang berpotensi menyebabkan dia popular, malang nya isu perletakan jawatan dan mencerca kepimpinan PKR tu menyebabkan imej tercalar apatah lagi membudayakan budaya lompat katak....ahli yang lompat katak biasa nya hanya diterima di dalam parti dengan penuh prasangka buruk.

Anonymous said...

Ezam dan PKR sudah berakhir, Satu ingatan buat beliau kalau hendak keluar, keluar sahaja jangan memburukkan orang lain.

de_kerinchi said...

salam rapat_umum,

ini hanya pendapat peribadi saya, apapun pengalaman saya ahli yang melompat parti selalunya dianggap ahli yang tidak setia oleh ahli yang lain. Lagipun orang sebegini kemungkinan besar akan menghianati kita kembali. tidak salah untuk berhati-hati.

pkr setia,

Semua parti inginkan ahli yang setia, jangan lah bila dah bertelagah semua perkara hendak diungkit.Cukulah sekadar menginsafi dan buat sebagai teladan

ayamsabung said...

Jika kita semua sokong parti Keadilan Rakyat PKR, kita adalah dalam kerugian dan buang masa, PKR hanya berjuang untuk kepentingan Annuar Ibrahim sahaja. Baik masuk UMNO

de_kerinchi said...

ayamsabung,

Tak kira ahli poltik dari parti manapun, kalau dah nak lompat parti, jangan lah dok nak kutuk parti yang dijunjung selama ini, apatah lagi jika ia melibatkan kepentingan dirisendiri, habis selama ini dia berjuang untuk apa..?

tokasid said...

Salam saudara de_kerinchi:

Bagi saya jika keluar parti dan masuk parti lain kerana prinsip kita berubah atau ideologi kita berubah itu tidak mengapa.Jika itu alasannya. tapi walau apapun alasannya memang janganlah kita momok atau burukkan parti lama kita atas dasar peribadi. Kalau perlu dijelaskan pun jelaskan kerana ada perubahan prinsip atau ideologi.

macam Ezam, ketika dalam PKR sebelum DSAI dibebaskan, serata negeri di katakan terhadap UMNO. Segala buruk UMNO dicanangkan. Walaupun saya bukan ahli UMNO atau sokong UMNO, bagi saya ini tidak betul. Dia dulu antara orang kuat dalam UMNO esp Pemuda. Dia dulu ada power umpama budak2 tingkat 4 sekarang ni.
Apa yang patut dia buat dulu ialah menjelaskan di mana silapnya UMNO (bagi dia) dan dimana perlu UMNO di ubah.Saya yakin dan amat yakin,jika DSAI dulu tiada masaalah dgn DrM,Ezam dan rakan2nya akan masih dalam UMNo hingga kini,malah mungkin mereka yg akan berada di Tingkat 4.

Mungkin Ezam telah berguru dgn datuk Brahing Ali kot.

de_kerinchi said...

salam Dr. Tokasid,

saya setuju untuk bertukar parti jika sesuatu parti itu tidak selari dengan wadah perjuangan kita, tetapi selalu nya orang-orang politik yang melompat parti terlibat dengan politik kepentingan diri sendiri.

Prinsip juga ada dua jenis, prinsip kepentingan peribadi dan prinsip kepentingan perjuangan. Yang memperjuangkan prinsip peribadi inilah yang harus disanggah.Bila rasa diri kita goyah,mula kita buat langkah seribu, pejuang begini begitu bacul..takut kehilangan takhta walhal kita masih mempunyai senjata untuk berjuang secara jujur.

Yang lebih jelik bila ada kes melompat parti setelah ada habuan yang lebih lumayan menunggu di depan mata...malah cukup gah di canang-canang kan.

Saudara Ezam memang dari dahulu lagi suka berteduh dipohon yang rendang, tetapi mengatur langkah bila pohon mula bergoyang...tindakan beliau mengambarkan terdapat imej yang buruk dalam diri beliau sebagai seorang pemimpin.Beliau harus menggariskan apa yang tidak betul dengan perjuangan parti lama dan apa yang betul pula dengan perjuangan dengan parti baru.Jangan jadi orang yang baling batu sembunyi tangan...

Oleh itu diharap beliau merubah imej ini untuk membuktikan beliau masih lagi tergolong dalam golongan pejuang sejati.

p/s: setuju dengan Dr tokasid, jika DSAI dengan TDM, tidak berseteru pasti ezam masih lagi berada dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO..

Anonymous said...

Ezam bermain kata-kata, tak ngam dengan Azmin, kata PKR tak sealiran.

Konon dia masih ada sokongan dari akar umbi,kalau dah tak popular jangan lah nak jadikan prisip perjuangan sebagai sebab nak beralih parti, kata sahaja awak tu memang dah takda sokongan.

Anonymous said...

Takpalah dia tak masuk mana-mana parti dah,nak tumpu pada GERAK katanya.Nak serius dalam NGO, tapi ada hati dengan politik tanahair. tengok sahajalah mana dia nak pergi.

de_kerinchi said...

salam ezam_musa,

tak tau nak cakap, politik ni , hari ni kawan esok-esok jadi lawan, kemudian kawan balik...usah hendak dipercayai...

Anonymous said...

saya betul-betul terkejut dgn tindakan Ezam keluar parti tapi itu adalah hak dia. pada mulanya, bagi saya itu adalah bagaikan tamparan hebat tapi sekarang tidak lagi.

saya ingat beberapa hari lepas Datuk M (ADUN *******) telah menawarkan sesuatu kepada saya. dia mahu saya keluar parti apabila tibanya election kelak. dia suruh saya keluar ketika pembubaran. hehehehe. tawaran pun bulan alang2.

kita tengok dan lihat... saya keluar atau tidak? hehehe. adakah ini berlaku pada ezam? hanya dia yang bisa menjawab...

de_kerinchi said...

Salam LadyMariah,

Alahai.. politik wang, memang wujud, yang membezakan dia ialah samada nampak atau tak nampak...

Kalau kita berpolitik mesti SMART bukan nya ikut perasaan....

emmm Lady apa lagi peluang didepan mata...aramaiti....heheheh

Blog Widget by LinkWithin