Dari kerana hati yang merasa, telinga yang mendengar....
Selain pemberian kenaikan gaji pokok, kerajaan turut mengumumkan kenaikan Elaun Kos Sara Hidup (COLA) sebanyak 100 peratus bagi menampung kos hidup kakitangan awam yang tinggal di bandar-bandar besar. Dalam pengumuman yang turut menggembirakan lebih 557,000 pesara kerajaan, kenaikan itu juga melibatkan kenaikan pencen bekas kakitangan awam. Sebanyak 1.02 juta kakitangan awam terlibat dalam eksesais yang dikenali sebagai ‘pemberian kenaikan gaji’ itu. Kenaikan gaji itu melibatkan perbelanjaan RM3.4 bilion bagi tahun ini atau perbelanjaan tambahan sebanyak RM6.8 bilion setahun. Peningkatan kadar COLA pula melibatkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM600 juta bagi tahun ini atau RM1.2 bilion setahun.
Tahniah kepada semua penjawat awam yang menikmatinya, dan seharusnya sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri yang sangat prihatin. Walau bagaimanapun, adalah sangat mendukacitakan apabila terdengar pula ‘kalam-kalam sumbang’ di kalangan sahabat, yang mengatakan bahawa pemberian ini lebih bersifatkan ‘sogokan pilihanraya’, terutamanya dakwaan-dakwaan pemimpin pembangkang yang tidak pernah tahu erti bersyukur. Apa sahaja yang kerajaan buat dan laksanakan untuk kepentingan rakyat tanpa mengira parti, tidak pernah betul di mata mereka, malahan seringkali diputarbelitkan menjadi isu politik sempit dan jumud mereka yang tak pernah berkesudahan.
Apakah pihak pembangkang tidak menyedari bahawa ramai di kalangan penyokong mereka juga berada dalam kerajaan sebagai penjawat awam, yang turut menerima kenaikan gaji tersebut? Adakah mereka bertukar dan terus pula menyokong kerajaan yang memerintah? Jawapannya tidak.
Tanya sahaja kepada rakan-rakan saya yang ramai dalam profesyen perguruan, menjadi guru-guru KPLI ataupun JQAF. Kebanyakkan daripada mereka ini, yang dulunya pemimpin-pemimpin pembangkang, mengatakan bahawa kerajaan teruk, rasuah dan sebagainya, tetapi terus bertahun-tahun makan gaji dengan kerajaan. Tetapi, adakah mereka bersetuju mengatakan bahawa kenaikan itu sogokan pilihanraya? Jawapannya tidak. Ini kerana, mereka sedar itu adalah keperluan dan mereka tetap bersyukur. Mereka juga tahu, seandainya mereka menerima apa yang dikatakan oleh parti pujaan mereka itu, bermakna secara tidak langsung, tidak bersyukurlah mereka atas nikmat pemberian Tuhan ini. Walaupun dalam pilihanraya, belum tentu ‘talam-talam’ ini menyokong kerajaan.
Teringat saya kepada pesan guru saya yang mulia, bahawasanya hati manusia itu dikawal oleh sifat ketuanan ataupun sifat kehambaan seseorang manusia. Andai sifat ketuanan itu lebih banyak menguasai diri, maka berlagaklah dia menjadi tuan. Malahan mungkin dia beranggapan dia itu lebih hebat daripada Tuhannya. Dia sahajalah yang benar, dan orang lain itu salah. Hilang segala sifat bersyukurnya dengan apa yang dimiliki. Tetapi, andai sifat kehambaan itu menjadi teras pengawalan hatinya, maka dia akan melihat bahawa bukanlah dirinya semata-mata yang betul. Malahan bersyukur pula dia atas segala nikmat yang ada walaupun sedikit.
Di dalam Kitab Sohih Bukhari dan Muslim, disebutkan bahawa Nabi kita yang mulia telah bersabda:
"Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal darah, apabila dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahwa segumpal darah itu ialah hati.” -Muttafaqun ‘Alaihi, sanad daripada Nu`man bin Basyir.
Lantaran itu, saya berpendapat, segala ‘kalam sumbang’ yang mengatakan bahawasanya kenaikan itu adalah sogokan pilihanraya semata-mata, perlu dihentikan kerana ia mendatangkan rasa kurang senang di hati pendengar. Kita tidak tahu bila pilihanraya itu diadakan. Sama ada bersedia ataupun tidak, pilihanraya itu tetap diadakan. Walaupun begitu, harus diingat bahawasanya, kenaikan gaji itu adalah pengiktirafan, galakan dan penjagaan kebajikan oleh kerajaan terhadap kakitangannya, supaya dapat terus menyumbang kemakmuran dan kestabilan untuk dinikmati bersama, bukan sahaja oleh penyokong-penyokong kerajaan malahan juga penyokong-penyokong pembangkang. Selamat berjuang untuk kakitangan kerajaan. Semoga ini menambah semangat anda untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Saya hanya ingin memberi komen berikut:
1) Saya sememang nya ingin meluahkan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana kerajaan
3) Saya berharap tujuan kenaikan ini adalah benar-benar untuk menunjukkan “pengiktirafan, galakan dan penjagaan kebajikan oleh kerajaan terhadap kakitangannya” dan bukan nya berunsur sogokan, oleh itu demi menjaga kesucian atas niat “ikhlas” ini maka janganlah penulis artikel ini mengungkit perkara-perkara berikut:
1- Mempersoalkan kenapa, penyokong pembangkang tidak masuk parti pemerintah, kerana itu adalah hak mereka sebagai pengundi yang merdeka.
2- Mengharapkan agar kakitangan awam memilih dan menyokong kerajaan untuk mengambarkan kesyukuran mereka. Kerana memang sudah hak mereka untuk dinaikkan gaji dan ini samasekali tidak berkaitan lansung dengan idealogi politik seseorang. Maka kekecewaan penulis adalah tidak relevan.
4) Bagaimana penulis artikel ini hendak menafikan bahawa desas-desus pilihanraya akan menjelang tiba itu tidak benar, sedangkan artikel penulis itu sendiri tidak henti-henti untuk mengajak pembaca menyokong kerajaan bagaikan ingin memancing undi. Sepatut nya artikel ini hanya membincangkan tentang kewajaran kenaikan gaji ini serta rasa terima kasih kepada kerajaan yang perihatin juga perkara-perkara yang berkaitan dengan motif kenaikan gaji iaitu “Pengiktirafan, Galakan dan Penjagaan Kebajikan” dan bukan nya mempersoalkan undi orang lain.
p/s: Undi adalah hak seseorang warganegara yang merdeka, sekira nya ia dipersoalkan maka hilang lah nikmat kemerdekaan itu….
7 comments:
Tu la dia abang! depa ni nak guna kaedah PSYWAR (psychological warfare) tapi nampaknya dapat ditangkis awal-awal lagi..!
Salam Hasrul,
Penulisan kalau berlandaskan kepentingan, akan menampakkan titik kelemahan yang akhirnya akan memaparkan maksud sebenar tulisan itu dibuat.
p/s: Kadang-kadang lucu melihat, gelagat "talam-talam" yang membodek ini. Kalau hendak puji, puji teruslah jangan berselindung atas nama ikhlas.
Cakap tak serupa bikin,
Kita tak marah kalau hendak memuji, itupun hak individu. Tetapi janganlah sampai undi kitapun hendak ditentukan.
Apapun terima kasih kepada pihak kerajaan, kerana menaik kan gaji saya juga.
Apa yang dimaksudan dengan Kalam-kalam sumbang?
Ingin saya bertanya telinga siapakah yang dimaksudkan terasa kurang senang dihati itu?
Rakyat keseluruhan kah?
Talam-Talam kah?
Kalam-Kalam kah?
atau sendiri makan cili sendirilah terasa pedas nya.
Alahai macam buruk siku jer, lepas bagi nak minta favour yang lain.
really, i respect lu la bro!
rapat_umum,
Walau bagaimana pun gaji mu dah naik dah. Jangan lupa undi itu rahsia...
Kalamtakberdakwat,
Kalam-kalam sumbang= Yang tidak menyokong
Telinga yang tak senang= Yang tidak disokong
Talam-talam = Penyokong yang tak menyokong
Tertelan cili = Sendiri mau ingat lah.
Syafiqsunny,
Kita semuanya sama sahaja, perjuangan yang benar sepatut nya ditunjangkan perkara yang benar juga, dan bukan atas sebab berkepentingan.
saya juga menghormati awak syafiq
Post a Comment