Semalam saya terjumpa seorang sahabat yang sudah hampir 6 tahun tidak berjumpa. Semasa dahulu saya dan beliau sering bertemu di dalam sessi muzakarah, di rumah aruah datuk saya di Petaling Jaya. Seperti biasa dalam pertemuan-pertemuan seperti ini pasti akan terkeluar bicara-bicara ilmu untuk dimuzakarahkan.
Sahabat saya, sempat mengulas tentang kecelaruan yang timbul di jiwa anak muda kita, semasa ia menonton satu siri mencari hantu yang ditayangkan di TV kita dewasa ini. Maka itu saya ingin berkongsi dengan pembaca hasil muzakarah itu untuk direnung dan ditimbang sebaik-baik nya. Antara persoalan nya:
1) Sessi Mencari Hantu :
Bodoh sangat kah hantu itu, hinggakan membenarkan manusia mencuri-curi menangkap gambar untuk mencari nya? Atau sememang nya hantu-hantu ini memperbodohkan manusia-manusia yang meraba-raba ini? Sanggup pula, menyediakan alat kelengkapan elektronik untuk menangkap kelibat yang di dakwa hantu ini?
Maka ini jawab nya:.
a)Pengertian dari makna jin itu sendiri bererti “yang tersembunyi”, “yang tertutup” atau “yang gelap pekat”, Ini kerana kejadian Jin adalah dari unsur yang jauh berbeza dari manusia. Jin ini berasal dari campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang menyebabkan ia tidak wujud di mata manusia. Ternyata sekali para jin (yang dipanggil hantu) ini boleh melihat kita walau ada di mana-mana.
Firman Allah s.w.t.:
“Sesungguhnya ia (jin) dan pengikut-pengikutnya melihat kalian (hai manusia) dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka.” (QS Al-A’raf 7:27).
Apa yang jelas, jin atau hantu ini bukan sahaja berada di kuburan, rumah-rumah kosong, pokok besar berpuaka seperti anggapan masyarakat umum tetapi sentiasa "mematai" setiap diri anak adam itu. Jadi apakah rasional nya menangkap gambar jin atau hantu itu? Adakah itu bererti jin atau hantu itu bodoh? Atau manusia itu sebenar nya yang kelihatan jahil.
Firman Allah s.w.t.

“Yang menyertai dia (qarin) berkata pula: ‘Ya Tuhan kami, aku tidak menyesatkan tetapi dialah (manusia) yang berada dalam kesesatan yang jauh’…” (QS Qaaf 50:27).
b) Jadi apakah maksud kejadian bentuk-bentuk hantu yang menampakkan diri di dunia nyata ini?
b) Jadi apakah maksud kejadian bentuk-bentuk hantu yang menampakkan diri di dunia nyata ini?
Kalau ada manusia yang dapat melihat jin, maka jin yang dilihatnya itu adalah jin yang sedang menjelma dalam wujud makhluk yang dapat dilihat mata manusia. Sesungguh nya Allah s.w.t. telah mengadakan hijab antara dunia manusia dan jin itu ada hikmah nya. Sekira nya dibuka hijab di mata manusia ini , maka nescaya akan terganggulah urusan harian manusia kerana gerun melihat banyak nya golongan jin ini bertebaran dikeliling mereka, seolah-olah hampir mendiami seluruh ruang bumi.
Lagipun untuk apa jin ini menampakkan diri kepada manusia sebagai hantu? Tidakkah itu hanya akan melanggar hukum Allah s.w.t? Maka kewujudan nya di mata manusia boleh diragui dan amat jelas Ia lebih mendatangkan perkara buruk, was-was dan menyesatkan kepada manusia.
Maka sepatut nya manusia menjauhi perkara-perkara mencari jin ini, kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran islam.
Firman Allah s.w.t.
Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh setan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa mu dari Syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada kedua nya aurat nya".(QS Al 'Araf: 27).
2) Sessi Di Rasuk Hantu
Antara lain memaparkan keadaan manusia-manusia, yang terlibat untuk merasakan kewujudan hantu (para sukarela) dan satu babak dimana seorang manusia yang kerasukan.
a) Sukarelawan: Adalah jelas sukarelawan yang terbabit amat tidak bersedia dari segi mental dan fizikal. Kelihatan mereka bagai ragu-ragu akan keupayaan diri mereka berbanding apa yang dipanggil hantu. Dengan dibekalkan tekad untuk mencari hantu, maka akan wujud rasa gentar dijiwa mereka, ini akan menyebabkan wujud titik lemah yang membolehkan mereka dihasut oleh jin atau syaitan. Lalu akan wujud perasaan was-was, gentar hingga menimbulkan elemen-elemen seolah-olah ada yang memerhati, melihat kelibat bayangan atau mendengar bunyi aneh hinggakan ada yang kelihatan takut dan ada ketika nya menjerit tanpa tahu hujung pangkal.
Kesimpulan nya kita boleh lihat betapa lemah nya jiwa anak bangsa kita dan betapa mudah mereka dipengaruhi. Tidakkah mereka tahu mereka tidak keseorangan, mereka dikelilingi oleh video kamera dan kru nya sekali. Tindakan menjerit ketakutan, hingga lupa kepada tuhan adalah amat menjengkelkan. Apa akan jadi kalau mereka benar-benar keseorangan? Persoalan nya setelah puas menjerit ketakutan, apakah hasil dari mencari hantu ini, ? Apapun tahniah diucapkan kerana mereka berjaya muncul di kaca TV.
b)Kerasukan: Terdapat unsur kerasukan dalam siri tersebut. Bahawa budaya rasuk ini memang tidak dapat dinafikan akan kewujudan nya. Kerana saya telah banyak kali didedahkan dengan sessi rasuk ini malah pernah terlibat dalam “babak” membantu sessi pemulihan. Antara sebab kerasukan paling banyak berpunca dari lemah nya jiwa atau dipanggil semangat, menyebabkan kepercayaan kepada sesuatu melebihi sesuatu yang lain. Apa yang membinggungkan sahabat saya ini ialah cara pengubatan itu dilakukan, jelas sekali nampak amat payah hingga terpaksa mengadakan jurus-jurus yang kelihatan amat sukar, sehingga mulut pesakit di tenyeh-tenyeh bagai hendak menarik keluar sesuatu.
Persoalan nya, Insan yang dirasuk itu adalah samasekali tidak bersalah, jadi apa perlu menyebabkan perawat mendatangkan kesakitan kepada mangsa? Yang perlu didera adalah mahluk yang merasuk dan bukan nya yang kena rasuk. Dalam hal ini sebenar nya masyarakat perawat ini, harus memikirkan jalan yang memudahkan perawatan pesakit dan bukan nya kaedah yang menyusahkan dan kelihatan memeritkan.
Kesimpulan nya ada kaedah yang mudah dan kena pada tempat nya untuk memulihkan pesakit tanpa mencederakan mereka. Oleh itu perawatan yang kelihatan mendera ini hendaklah ditimbangkan kembali kerana kadang-kadang perawat ini didatangi mahluk jin yang biasa nya mengaku orang alim dan wali-wali, kemudian mengajar jenis perawatan yang mempunyai syarat yang susah-susah. Tidakkah perkara ini akan melemahkan jiwa dan menyesatkan masyarakat kita?
Sebenar nya banyak lagi hasil muzakarah yang wujud dari sessi yang tamat hampir jam 4 pagi tadi, Cuma saya hanya meringkaskan kepada pemahaman dan pengatahuan logik akal berlandaskan Al-Quran dan resam manusia, untuk ditimbang-timbangkan. Kalau diikutkan dari segi pemahaman, ilmu mistik atau kerohanian banyak lagi ruang persoalan akan dibangkitkan. Cuma perbincangan ini diharap akan menerbitkan kesedaran di jiwa manusia, supaya tidak melakukan kerja sia-sia dan merugikan agama, bangsa dan negara. Dengan menanamkan rasa takut dan was-was di jiwa anak-anak kita merupakan satu kerja yang tidak bertanggung jawab dan harus dihentikan. Adalah lebih molek, sekira nya masa-masa yang terluang ini kita habiskan dengan mencari keredhoan Allah s.w.t., semoga kita akan lebih peka akan tujuan keberadaan manusia di muka bumi ini.

p/s: Akhir-akhir ini anak saya yang berumur 2 tahun, amat takut dengan hantu disebabkan dia selalu melihat siri hantu di kaca TV, Tetapi apa yang saya buat adalah menanamkan rasa berani dan kuat semangat dengan menyuruh dia menembak hantu tersebut dengan senapang mainan nya. Alhamdullillah kini beliau akan menembak hantu kalau ia muncul dikaca tv .
12 comments:
salam dk
Akupun kadang-kadang hairan tengok siri tu, dari mula sampai habis dok cemas syok sendiri. dari siri awal hingga kini,manatah hantu dia.
Orang kita lebih berminat benda-benda yang begini, tapi kalau pasal beribadat atau keagamaan tu maaf cakaplah,ada kena "tune" sikit.
menarik cerita pasal hantu. aku pun susah nak cakap pasal perasaan terhadap makhluk macam ni.
aku tak pernah jumpa hantu secara nyata tapi kalau meremang bulu roma kat tengkuk tu pernah la jugak... hehehe. sorang2 kat opis ni kalau tetiba black out ada gak perasaan takut.
perasaan tu sebenarnya daripada 'stereotype' yang tertanam dari kecil lagi. ibu bapa sengaja menakut-nakutkan anak-anak meraka dgn cara mengumpan perkataan 'hantu'. ini sudah salah. tapi bagi saya, ada hikmah di sebaliknya... kalau bukan kerana takut pada perkataan 'hantu', saya mungkin suka 'BERPELESERAN' ke sana ke mari and menjadi kutu rayau. mungkin juga kan?
tapi pada hakikatnya, rasanya hantu yg takut pada saya. hahaha. gurau ya para hantu...
Salam Rapat_umum
Tak payah tengok cerita tu, dah tahu dia punya ending, buang masa sahaja.
Yang hairan nya NTV7 dok layan juga,
Tapi takpa lah untung produser yang buat cerita tu, kira dia bijak juga. Yang tak bijak kita yang menonton kot..hehehe
Salam Lady_Mariah
Sememang nya mahluk itu ada dikeliling kita, so kita jangan dok ambik peduli pasal hidup mahluk tu.
Sedangkan kehidupan kita ini banyak lagi yang belum selesai urusan nya.
Sifat takut tu semulajadi,terpulang bagaimana manusia itu mengawal perasaan tu, so jangan dok layan perasaan takut, kalau layan nati jadilah kes kerasukan atau perkataan moden nya dipanggil hestria...sapa mahu jawab...
kita kena tutup siaran hantu ni. buang masa. pastu buat anak2 takut. nak g toilet pn nak suh temankan. kan leceh tu. akak mmg x bagi anak2 beli buku yg ada citer hantu sb citer gitu x mengembangkan ilmu pun. asyik takut je camne. pelik org kita ni leh layan citer gitu pastu takut sendiri...nanti ada yg terkencing kat tilam sebab takut punya pasal. haru biru jadiny.
Salam Kak G,
Masalah nya orang asing berlumba-lumba ke arah kemodenan, orang kita dok tiru benda karut macam tu, sah ketinggalan zaman. Nampak nya perlu ada kawalan, walaupun sekarang ini siri begitu dibenarkan atas nama seni...entahlah...
Harap anak-anak kita terdidik dengan nilai-nilai murni...
Alahai banyak betul hantu di Malaysia ni, sampai anak-anak muda kita naik hantu.
Banyak perkara yang berfaedah boleh dibuat yang nak pergi cari hantu buat apa. Kalau betul-betul hendak tengok hantu, mehlah masuk persatuan bomoh semalaya, ada berani ker.
benda2 mcm ni patut diharamkan sb x mendidik langsung minda anak2. peliknya menteri leh benarkan program kunun atas nama seni. seni apa kalau ramai anak melayu jd penakut.
DK,
ada satu hantu.. dulu dia kerja kat tingkat empat.. tapi sekarang dia sudah 'transform' dari hantu kepada menantu.. Tak lama lagi, kita semua boleh dapat anak hantu, pasal bini hantu ni dah mengandung!
kehkehkeh!
Sori DK, just joking!
Salam Nazrin,
Anak muda Malaysia memang luarbiasa, tapi sayang banyak kearah yang negatif. Nazrin agaknya ramai juga bomoh semalaya tu yang tak pernah jumpa hantu, tapi buat-buat tahu ....heheheh
Salam Kak_g,
Zaman selepas era TDM ni makin banyak perkara diluar tabii yang dilakukan oleh Pak menteri kita. Kadang-kadang pelik dengan lawak yang mereka lakukan itu.
Salam Hasrul,
Wah banyak projek hang, lama tak nampak..atau hang pi intai hantu tingkat 4...hehehhe...
Tapi Hasrul, rasa tingkat 4 tu dah kurang penunggu nya sebab dah lari ke padang, dok jadi hantu bola...
tulah agak nya ramai yang dah tersampuk, tak tahu membezakan yang mana lebih penting bola atau maruah negara...
p/s: aku nak minta tolong hang cuba cari pengertian peribahasa yang berkaitan hantu. Hari tu hantu galah dah pi jolok orang. ni cuba pula cari hantu lain pula...heheheh
Assalamualaikum, saja-saja jenjalan. Kadang-kadang orang dikurniakan mata yang boleh lihat tembus... ada tak?
salam Mak su,
Terima kasih sebab singgah kat blog saya.
Adapun kisah tembus mata ni, saya rasa zaman ni dah hampir boleh dikatakan tiada pengamal nya, ramai yang mengaku boleh nampak itu dan ini, tetapi semuanya tong kosong dan boleh diragui.
Dikalangan Orang tua dahulu memang tidak dinafikan memiliki kelebihan ini, tetapi itu bukan akhir tujuan nya sesuatu tuntutan ilmu, semua hanya atas kehendak tuhan untuk menguji hamba nya.
Yang dipersoalkan sekarang kenapa agak nya manusia selalu hendak menentang kejadian yang diaturkan tuhan.Sedangkan tuntutan wajib tidak dibuat ini pula sibuk dengan perbuatan yang tak masuk di akal
Post a Comment