Salam semua,
Bulan ini nampak nya amat jarang saya dapat meng”update”kan laman Blog AnjungLarik. Selepas pulih dari sakit yang panjang tempoh hari, saya terus dihimpit tuntutan kerja yang berlambak-lambak. Termasuk hari ini sudah dua hari saya, berkampung di pejabat dan saya masih belum mampu unutk melelapkan mata lagi. “Sat “ lagi, saya mahu tidur sekejap dan merancang untuk pulang ke rumah jam 3.00 pagi nanti. Teringat pula lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee…”Pukul tiga pagi, tidurlah intan…”. Tapi itu Ramlee yang bertuah kerana dapat tidur dengan isteri baru, tapi saya hanya seorang insan yang sedang mengantuk, letih dan ingin pulang beradu di rumah.
Diam tak diam, mesyuarat Cawangan-Cawangan UMNO akan bersidang kembali. Rata-rata minggu hadapan merupakan minggu akhir untuk membuat persiapan bagi menghadapi persidangan tersebut. Tetapi persidangan kali ini, tiada pertandingan akan berlaku, “so” rasanya dapat kita jangkakan bahawa persidangan kali ini akan menjadi aman lagi tenteram.
Dalam saya sibuk dengan tugas harian ini, saya menerima panggilan telefon seorang Ketua Cawangan termuda di Lembah Klang, yang juga merupakan rakan sekolah saya. Beliau telah meminta bantuan saya, untuk menguruskan hal-hal berkaitan persidangan Cawangan beliau. Ini adalah kerana beliau merasa panik, kerana notis persidangan Cawangan masih tidak dihantar ke pejabat Bahagian, sedangkan mesyuarat akan berjalan pada minggu hadapan.
Sememang nya saya mempunyai pengalaman di dalam hal-hal sebegini, kerana saya memulakan kerjaya politik, dengan menyandang jawatan sebagai Setiausaha Cawangan. Jadi permintaan beliau, terpaksa saya terima, memandangkan beliau benar-benar berada di dalam kesusahan. Dan di saat ini alhamdullillah notis persidangan sudah pun dikeluarkan, tempat persidangan juga sudah diuruskan, malah urusan pembayaran yuran keahlian dan buku-buku penyata persidangan untuk Cawangan, Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda sudah sedia tercetak, hanya menunggu hari nya sahaja untuk bersidang.
Hari ini tulisan saya tidak mahu menyentuh tentang tanggungjawab seorang ahli UMNO secara total (tapi sebenar nya dok kenen-kenen juga), kerana saya mahu merehatkan minda barang sehari dua. Apa yang ingin saya tulis, ialah mengenai “nostalgia” persiapan persidangan di masa dahulu.
Saya masih ingat lagi, masa mula-mula saya menjadi Setiausaha UMNO Cawangan, dari seorang yang tidak tahu apapun mengenai politik kini saya sekurang-kurang nya mampu untuk bercakap mengenai nya. Semuanya hasil pengalaman yang ditimba dari peringkat bawah lagi dan dibantu dengan tunjuk ajar guru saya iaitu Ybhg. Saudara Ketua Cawangan. Masih teringat dibenak saya ini, betapa susah nya pada masa itu jika hendak menyediakan surat-surat rasmi dan buku penyata persidangan, saya terpaksa menggunakan mesin taip lama yang berstatus “pinjam”.
Di masa jejari ini mengetuk keras butang kekunci mesin taip itu, sudah kerap kali ia tersasar dan tersepit di lubang-lubang besar yang sememang nya wujud di sisi kekunci mesin itu. Walauapa pun terjadi, ketelitian adalah amat dituntut dalam acara ini, kerana satu kesilapan menaip “abjad” bermakna, kita akan terpaksa mengulang “taip” dari abjad yang awal. Ini adalah untuk memastikan supaya buku penyata kita adalah yang tercantik dan tidak menjadi umpatan orang.
Kemudian hasil taipan kita ini, akan dibawa pula untuk sessi “stensil”. Ia akan dicetak menggunakan mesin lama di balai raya dan sudah tentu hasilnya akan mengotorkan tangan dan baju.(Masih ingat tak lagi bagaimana kertas soalan peperiksaan sekolah dihasilkan pada era 70an ?).
Bila semuanya selesai, kemudian bermula pula sessi membuat buku penyata untuk dicantumkan, manakala surat-surat pula dimasukkan ke sampul nya dan diberi setem dan kemudian diposkan.
Bila tiba hari persidangan, ada satu perkara yang memang dari dahulu lagi saya memang tidak gemari, iaitu acara mengutip yuran. Bayangkan bagaimana susah nya untuk kita menulis resit bayaran yang mempunyai 4 salinan dengan hanya menggunakan pen mata bulat( di era-era awal dahulu, resit bayaran adalah tidak berkarbon). Cubalah kita bayangkan kalau Cawangan kita mempunyai hampir 300 ahli, jawabnya dua minggu selepas persidangan baru resit itu selesai dilengkapkan.
Semasa mesyurat berjalan pula pasti menjanjikan cabaran yang getir. Di masa dahulu kita tidak mampu untuk menggunakan mikrofon, bayangkan bagaimana kita hendak mempengerusikan majlis, terpaksa lah melontarkan suara dengan kuat untuk memastikan semua ahli-ahli Cawangan dapat menikmati suasana persidangan apatah lagi kalau persidangan ini dilakukan dibawah kemah di kawasan yang lapang, pasti menuntut kita menggunakan “aura” tenaga suara yang lebih, sehingga ada ketika kita akan kehilangan suara merdu kita.
Selepas bersidang, ahli-ahli Cawangan akan menjamah kuih-muih yang ala kadar sebelum mereka berangkat pulang ke rumah masing-masing (biskut tawar juga ada dihidangkan, sedap dicicah dengan kopi panas) dan yang pasti AJK-AJK akan tetap tinggal setia untuk menjalankan tanggungjawab membersihkan kawasan sekitar.
Belum habis penat di badan, tiba pula masa nya untuk melaksanakan acara menulis surat penghargaan dan mengisi belbagai jenis borang laporan untuk dihantar ke Bahagian. maka sekali lagi mesin taip buruk, menjadi teman setia di sisi. Apabila semua pekerjaan ini sudah selesai dan berakhir maka ia seolah-olah telah menerbitkan kepuasan dalam diri kita, kerana kita sudah pun melaksanakan tanggungjawab yang terpikul. Begitulah sedikit sebanyak nostalgia lama yang mengamit memori indah, suka duka di awal-awal penglibatan saya di arena politik.
Moral cerita ini sebenar nya ialah saya ingin menyedarkan pimpinan baru kita, tidak kiralah dari parti mana pun ia berada, bersyukurlah dengan kemudahan dan kesenangan yang dinikmati sekarang ini. Segala kemudahan telah wujud di hadapan mata gunakanlah dengan sebaik-baik nya. Dari peralatan Komputer, Mesin Fotokopi, E-mail, Telefon, Mikrophone sehinggalah bersidang di hotel-hotel atau tempat berhawa dingin….semuanya ada untuk digunakan sebaik nya, kalau kita hanya tahu menikmatinya tanpa tahu menggunakannya, maka ternyatalah jiwa kita masih belum merdeka ……
p/s: Apa lagi yang kita mahu, jawatan sudah disandang maka jalankan tanggung jawab dengan sebaik nya. Sekarang ini pun resit UMNO yang baru hanya perlu “koyak dan beri”, emm begitu mudah pemimpin kita kini…semoga mereka ini tidak menjadi “orang yang mudah lupa”…
2 comments:
Dunia sekarang sudah moden, jadi semua kerja senang dan enteng. Tetapi masalah nya orang kita ini lagi mudah sesuatu pekerjaan itu, lagi lah dia buat tak reti jer.
Kebanyakan nya hanya mahukan jawatan tetapi dalam masa yang sama tak mahu bertanggungjawab....
Takan tak tahu, kini ramai pemimpin mee segera, bukan artis jer, yang tahu segera.
Mereka ni golongan yang hendak jawatan tetapi tak tahu apapun mengenai perjuangan sebenar. nasib baik pemilihan tidak dibuat melalui sms, kalau tidak haru jadi nya.
Post a Comment