Malaysia Tanah Airku....

ADUN vs JKKK


Sejak bulan lalu, sebenarnya saya sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah tebing sungai runtuh di kampong saya. Sebenarnya setiap hujung minggu saya akan pulang ke Kampung dan akan singgah ke rumah emak saya dan tidak berkesempatan untuk meninjau keadaan kampong tempat saya dibesarkan ini.

Tetapi pada awal januari lalu, semasa hujan lebat, saya dapati air naik dengan cepat nya di sekitar rumah emak saya, lalu emak saya menyatakan bahawa tebing sungai di belakang rumah telah runtuh, sejak dua tahun lalu. Saya amat terperanjat, lalu meminta adik saya untuk menguruskan aduan tebing runtuh tersebut kepada JKKK Kampung. Memandangkan beliau berada di dalam A.J.K. JKKK kampong tersebut, maka saya merasakan adalah lebih berkesan aduan ini dibuat melalui beliau.

Disebabkan kesibukan tugas, saya tidak dapat mengikuti perkembangan aduan tersebut. Tetapi pada akhir bulan April lalu, saya menanyakan perkembangan proses aduan tersebut. dan amat memeranjatkan terdapat beberapa perkara, yang amat menduka citakan telah dibangkitkan oleh adik saya tentang karenah birokrasi kepimpinan di kampong tersebut:

1) Disebabkan adik saya merupakan JKKK termuda dan kurang berpengaruh maka aduan nya diambil secara lewa.

2) Saya juga meminta adik saya, membawa perkara ini kepengetahuan Pusat Aduan DUN ditempat itu dan amat mendukacitakan bahawa respon yang diberi adalah pihak DUN tidak boleh melangkau dan menekan kuasa JKKK setempat.

3) Nasihat dari DUN tersebut, harus menulis surat kepada JKKK kawasan tersebut dan bukan nya dibuat secara lisan, baru tindakan segera akan diambil.

Atas masalah tersebut saya telah menulis surat dan ”e-mail”kan surat terebut ke Pusat Aduan DUN, menggunakan nama “proxy”.(Ini kerana pada mula nya saya ingin mengekalkan hubungan baik yang sedia terjalin). Malangnya saya tidak mendapat maklum balas yang sepatut nya dari pihak DUN.

Disebabkan hampir dua minggu saya di timpa sakit, saya hanya dapat menguruskan aduan ini kembali pada minggu lepas. Saya telah mengambil keputusan untuk membuat aduan ini secara kreatif, agresif dan berkesan maka pada hari sabtu 12/05/07, saya telah pulang ke kampong dan mengambil gambar bukti tebing sungai yang telah runtuh. Kemudian pada 14/05/07, saya mengambil keputusan untuk menggunakan kepala surat UMNO dan menggunakan nama sebenar, dalam membuat aduan ke Pusat DUN tersebut untuk kali kedua dan akhirnya semalam bersamaan 17/05/07, saya mendapat panggilan dari pembantu kanan YB Adun yang menyampaikan berita gembira tentang perkembangan aduan tersebut. Beliau menyatakan bahawa , pada 16/05/07 pihak JPS bersama 30 kontraktor telah hadir, untuk mengendalikan masalah tebing sungai yang runtuh itu. Nampak nya aduan saya telah diambil perhatian oleh YB Adun, apapun jutaan terima kasih diucapkan atas respon yang segera ini.

Di sini ingin saya membangkitkan tentang beberapa perkara mengenai masalah yang timbul ini.

1) Tugas JKKK kampong yang sepatutnya memantau kebajikan dan keselamatan kampong, telah tidak menjalankan tugas mereka dengan baik. Adalah amat mustahil JKKK kampong ini hanya buat tidak tahu atau memang memejamkan mata atas masalah yang dihadapi oleh Kampung mereka.

2) Anggapan bahawa pandangan AJK muda adalah tidak penting, merupakan satu pemikiran kelas 3. Adalah amat memalukan sekira nya AJK yang dilantik sendiri oleh mereka tidak dapat menjalankan tugas dan menganggap aduan yang disalurkan tidak memerlukan tindakan segera.

3) Seperti kandungan surat saya kepada YB DUN tersebut, saya amat membantah cadangan untuk menulis surat rasmi kepada Pengerusi JKKK untuk menyalurkan aduan kerana saya berpendapat :

a. Penduduk Kampung rata-rata adalah dari golongan warga emas, surirumah dan petani. Adalah tidak wajar untuk memaksa mereka untuk menyalurkan aduan mereka secara bertulis.

b. Aduan secara lisan dan mesyuarah merupakan tradisi hidup di kampong-kampong, oleh itu aduan secara berdepan ini dianggap lebih mesra dan berkesan untuk menangani masalah ini, maka tanggungjawab ketua kampong atau pengerusi JKKK lah untuk menulis surat aduan dan memanjangkan kes ini ke pihak yang berwajib

4) Saya juga tidak bersetuju sepenuhnya dengan anggapan bahawa urusan JKKK tidak boleh diganggu gugat dan dipantau oleh pihak DUN. Sekira nya sesuatu kes aduan itu tidak dikendalikan dengan efisyen maka adalah tanggungjawab YB Dun untuk campur tangan, kerana kawasan tersebut adalah dibawah pengawasan YB Dun. Oleh itu soal perasaan dan hubungan sesama jentera yang hendak dijaga haruslah ditolak ketepi sekira nya ia melibatkan kepentingan penduduk kampong.

Apapun, saya amat bersyukur kerana kes ini telah selesai akhirnya. Sekali lagi ucapan setinggi terimakasih kepada YB Adun, kerana telah mengambil perhatian dan tindakan segera atas aduan ini.

p/s: Selalunya bila kita mengambil tindakan secara berdiplomasi, orang akan memandang enteng kepada kita. Sesekali kena juga bertindak agresif untuk memastikan kita dapat hidup di tanah kita, sebagai tuan dan bukan nya penumpang di bumi bertuah ini.

4 comments:

syafiqsunny said...

sayapun sanggup guna keris jika semua orang pakai keris macam bro!
hahaha..

bro, saya pun sedang cari apa yang orang tua no1 negara cari.. Tapi x jumpa juga damai abadi.. hahah.. kita cari dalam blog!!!!

de_kerinchi said...

Salam Syafiq,

Saya terpaksa guna keris, walau keris tu lama tak dicabut, masih ada karat perjuangan lalu.

Apapun malas hendak layan karenah birokrasi yang tidak perlu. Harap mereka yang sudah diberi mandat untuk berkhidmat kepada rakyat tu, laksanakanlah tanggung jawab yang diberi, jangan bagi kami menderita.

Syafiq , yang dicari tetap kekal ada, yang menentukan hala tuju penemuan ini adalah si pencari itu sendiri.Tepuk dada tanya iman....

rapat_umum said...

Kadang-kadang kita kena berkeras untuk menangani sesuatu isu. kalau tidak kita akan dipandang sebelah mata sahaja.

Apapun kebanyakan peneraju JKKK orang lama, yang perasan diri mereka popular, menyebabkan setiap pandangan orang lain seperti menghina mereka.

tokasid said...

Salam bro de_kerinchi:

Memang perkara yg adik saudara lalui semakin menjadi 'perkara biasa' di kebanyakkan kampung. Dulu ketika hanya ketua kampong/tok sidang menjadi tempat mengadu penduduk,banyak perkara terlaksana. tetapi sejak JKKK ada(awal dulu okay) keadaan menjadi seolah-olah penduduk kena mengadap kumpulan mafia pulak.JKKK tidak seharusnya membuat tidak tahu pada aduan adik saudara.Walaupun usia muda berbanding mereka, dia adalah anggota JKKK. Saya rasa ini adalah kerana ego masing2 dalam JKKK tersebut (yg lebih berusia dr adik saudara)lebih besar dari belon wap panas. Mereka tahu aduan itu betul tapi sudah dasar ego( mungkin juga bodoh sombong agaknya)...
Yes, I find that a lot of things for it to be done kita kena kurang ajar sikit.baru JKKK atau YB perasan bahawa ada orang( selain mereka) yg prihatin.

Blog Widget by LinkWithin