Malaysia Tanah Airku....

May 04, 2007

Internet Failure !

Kali ini saya menghadapi gangguan talian streamyx yang agak teruk, kerana hampir dua minggu talian streamyx ini masih belum dapat dipulihkan. Lampu di modem saya semuanya kelihatan stabil tetapi masih menghadapi kesukaran membuat sambungan internet. Sehingga kini pihak TM masih lagi cuba mengesan punca masalah ini. Akibat masalah yang berlarutan ini maka saya tidak dapat mengemas kini laman Blog Anjung Larik.

Sebenar nya sepanjang minggu lepas saya berada di Ijok dan banyak yang hendak dikongsikan dengan pembaca, masalah nya saya menghadapi kesukaran mencari café berinternet di sekitar Pekan Ijok, hinggakan artikel-artikel saya sudah tidak relevan lagi untuk dipaparkan di Blog Anjung Larik.

Saya sempat singgah di Blog Saudara Hasrul (Blog Surat Dalam Botol), maka saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan, semoga Saudara Hasrul berjaya dalam tugas nya dan diharap jangan terus lena di ulit mimpi (kalau nak lena ajak kawan-kawan sekali). Secara peribadi Blog Saudara Hasrul adalah antara salah satu Blog yang wajib saya kunjungi setiap kali saya melayari internet. Harapan saya agar Saudara Hasrul akan meneruskan penulisan beliau di masa mendatang bagi menyambung kesinambungan dunia blogger di Malaysia .

p/s: Sepanjang minggu ini saya menghadapi belbagai dugaan dan kesukaran, mula-mula saya terjatuh ke dalam sebuah lubang menyebabkan ligamen kaki saya terkoyak mujur tidak patah, selang dua hari kemudian saya terkena demam campak pula maka saya pun terkurung di rumah tanpa talian internet disisi. (Saya sempat post kan posting terbaru ini , semasa singgah ke pejabat untuk menyerahkan borang MC ..hehehe..)

4 comments:

Hasrul Halid said...

heheheheheh... terima kasih kerana 'selalu singgah'! hehehehe!

Sebenarnya saya 'baaaaaanyakkkkkkk' sangat benda nak dibuat dalam tempoh terdekat ni. Tapi tidak 'memblog', tidak bermakna tidak akan menyinggah di blog rakan-rakan lain..

Tak lama kot 'tidur' ni.. it will be just a NAP! Khailulah kalau bahasa arabnya!

de_kerinchi said...

Salam Hasrul,

Sama-sama kasih..hehehehe

Nampaknya, saudara Hasrul tidur untuk mendapatkan ilham....selamattttt....

tokasid said...

Salam to de_kerinchi:
Patutlah lama tak update.Ingatkan hibernate.
Pasal streamyx tu memang sekarang ramai juga kawan2 merungut line tak berapa bagus.TM net kena lebih prihatin.Kita bayar tiap2 bulan jadi servis kena okay la.

Saya doa d_k cepat semboh dari kecederaan dan campak. Elok kalau saudara sihat ,streamyx pun turut sihat. baru betoi.
Good to have you back bro.

de_kerinchi said...

Salam Tokasid

Terima kasih atas doa itu,
sampai semalam, streamyx saya masih bermasalah, mungkin dalam seminggu lagi ok lah. Ikut kan TM mereka tengah betulkan kabel di port pula.

apapun saya sudah mohon rebet atas bil akan datang.

p/s: Baru pi hantar sambungan MC, nampak nya alhamdullillah,nampaknya campak dah mula susut.

Blog Widget by LinkWithin