Malaysia Tanah Airku....

April 21, 2007

Krisis Kewangan PAS

Naib presiden PAS Datuk Dr Hassan Ali telah mencadangkan satu cadangan yang tidak masuk akal, dengan meminta anggota parti itu di negeri ini memberikan sumbangan minimum RM1,000 sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang. Malah mengesyorkan supaya anggota parti memberikan sumbangan itu secara ansuran sekira nya tidak mampu melakukannya sekali gus dan bagi yang mempunyai barang kemas yang banyak pula bolehlah dermakan sedikit pada parti.

Dalam hal ini saya berpendapat baik lah pimpinan PAS membatalkan niat mereka itu. Sekira nya hasrat ini diteruskan, maka imej PAS akan terus tercalar di mata rakyat. Setahu saya mengikut cerita orang-orang tua, cara ini hanya dilakukan pada zaman sebelum merdeka dan awal kemerdekaan dahulu. Memang amat ganjil amalan ini masih wujud di zaman moden ini. Pas yang dikatakan berjuang dilandasan islam sepatut nya mampu mewujudkan cendikiawan islam yang bijak pandai dalam menguruskan hal-hal pentadbiran parti, tetapi jelas sekali PAS seakan menghadapi krisis kewangan yang buruk, yang pasti memberi gambaran betapa buruknya pula pentadbiran pengurusan kewangan dan ekonomi mereka.

Dalam hal ini sepatut nya pimpinan PAS yang telah lama memerintah Negeri Kelantan malah merupakan salah satu parti tertua di negara ini, mampu untuk menjanakan wang, bagi menguruskan operasi parti nya. Nampak jelas PAS tidak mempunyai pakar kewangan dan ekonomi yang berwibawa.

PAS, sepatutnya boleh menggunakan peluang yang amat luas di Kelantan untuk menjana ekonomi dan kewangan yang mantap. Lihat sahaja Al-Arqam atau Rufaqa, walau pun mereka berada di dalam kelompok yang minoriti, terpinggir, malah pertubuhan yang diharamkan tetapi mereka masih mampu untuk membangunkan ekonomi mereka, kenapa ini berlaku? Jawab nya mereka mempunyai perancang kewangan & ekonomi yang berwibawa.

Sudah tiba masa nya PAS harus menukar haluan pemikiran nya, ke arah yang lebih dinamik dan moden, buangkan lah sikap orthodok dan meminta-minta dan yang paling penting wujudkanlah kepimpinan yang lebih rasional mengikut peredaran zaman. Pemikiran cara lama harus dibuang, perjuangan hendaklah seiring dengan pembangunanan modal insan dan keutuhan kewangan yang teguh, baru parti PAS akan dipandang tinggi.

Apapun buat masa ini PAS masih lagi tidak mampu berada di hati kebanyakan rakyat Malaysia, disebabkan wujud nya ciri-ciri yang tidak meyakinkan dalam meneruskan kepimpinan negara.

p/s: Kalau pengurusan kewangan di peringkat Parti pun masih tiada jalan penyelesaian, bagaimana PAS ingin menerajui Negara kelak. Kalau dikata derma sepatut nya tiada had minimum yang dtetapkan, sekira nya ada ini bermakna ia satu paksaan bukan nya derma.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin