Malaysia Tanah Airku....

April 15, 2007

Akhir nya Yin dijumpai...

Alhamdulillah akhir nya Yin atau Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak 31 Mac lepas ditemui selamat di Sentul semalam.

Yin dilaporkan berada dalam jagaan pasangan suami isteri warga Myanmar Rasidah Nur Islam, 27, dan Abdul Rahman Doli Rahman, 31, yang tinggal di Sentul Pasar. Mereka (Rasidah dan suami) hanya tahu bahawa Yin adalah budak yang hilang setelah melihat poster Yin sewaktu membeli belah di Sogo. Rasidah yang berada di sekitar Kompleks Membeli Belah Sogo kira-kira pukul 1 tengah hari bersama anak perempuannya yang berumur tiga tahun telah terlihat poster Yin sedang diagihkan oleh Baharudin. Tanpa menyedari maklumat yang terkandung di dalam poster, beliau membawa poster itu pulang ke rumah. Di rumah, Rasidah telah melihat kembali poster itu dan terkejut kerana gambar yang tertera di dalam poster itu adalah sama dengan kanak-kanak yang tinggal bersama nya. Rasidah yang tidak tahu membaca mengesyaki sesuatu yang tidak kena, lalu menghubungi nombor yang tertera pada poster tersebut. Baharudin yang menerima panggilan tersebut kemudiannya terus ke Sentul bagi mendapatkan Yin sebelum membawa ke rumahnya di Setiawangsa. Beliau berkata bapa Yin kemudiannya dimaklumkan tentang penemuan.

Pada hari kejadian Rasidah telah melihat seorang kanak-kanak cuba melintas dan hampir dilanggar sebuah kereta. Rasidah sempat menarik tangannya lalu memimpinnya ke tepi jalan. Rasidah kemudian mencuba untuk mendapatkan maklumat daripada Yin di mana ibu bapanya berada dan Yin hanya berkata "Besan... besan". Dia yang tidak memahami maksud kata-kata itu kemudiannya mengambil keputusan menunggu selama satu jam di tepi jalan bersama Yin dengan harapan ibu bapa Yin akan datang mencarinya. Kerana khuatir dengan keselamatannya, saya ambil keputusan membawa Yin pulang ke rumah setelah ibu bapanya tidak muncul. Sepanjang tempoh dua minggu itu, Rasidah menjaga Yin seperti anaknya sendiri malahan anak perempuannya turut menganggap Yin sebagai abang. Ketika persidangan media itu berlangsung, jelas kelihatan Yin begitu rapat dengan Rasidah sehingga memanggil Rasidah dengan panggilan "mak".

Ucapan terima kasih diucapkan kepada Rasidah dan suaminya kerana menjaga adik Yin dengan baik serta seluruh rakyat Malaysia, pihak Polis dan agensi yang terlibat termasuk jentera-jentera NGO dan Politik, yang selama ini memberi bantuan dan bertungkus lumus membantu mencari adik Yin. Walaubagaimanapun sikap segelintir rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan, dengan menghantar SMS memaki hamun dan menyalurkan maklumat palsu adalah amat dikesali.

p/s: Bersatu teguh bercerai roboh…. ingatan kepada seluruh ibubapa jangan sesekali kita, terlepas pandang anak-anak kita., hargai mereka dengan penuh kasih dan sayang.

3 comments:

tokasid said...

Salam d_k.

Alhamdulillah dapat juga Yin bersatu semula dgn keluarga.banyak pengajaran dari episode ini untuk kita ambil sebagai 'iktibar.

1-Mak bapak kalau keluar dgn anak-anak harus sentiasa mengawasi terutamanya anak yg hyperactive atau suka merayau.memang leceh tapi ini utk elakkan kejadian Yin berulang.
2-Kalau rasa tak boleh hamdle fi'il anak2 yg lasak ini,lebih baik tinggalkan di rumah dgn maid atau hantar sementara ke rumah nenek/jiran/mak-pak sedara yg berhampiran.

3-Utk anak2 yg masih kecil ini,elok dibuatkan name tag dan sematkan di baju atau taruh dalam kocek mereka.
4-Ajar anak2 jika hilang dan di jumpai orang supaya beritahu nama mak-ayah(kalau dpt ajar)

de_kerinchi said...

Salam tokasid

Setuju dengan saranan tersebut, selalunya ibubapa sering alpa bila pergi membeli belah..

Yang penting kalau rasa pergi shpping tu bukan satu agenda penting baik buat kerja lain yang lebih berfaedah.

Hasrul Halid said...

Tapi kenapa Rasidah dan suaminya ditahan?

Dan anehnya, khalayak terus menghukum tanpa 'mahu ambil tahu hujung pangkal'!

Tak patut! Tak patut!

Blog Widget by LinkWithin