Malaysia Tanah Airku....

Kemaafan Yang Berjaya.

Semalam di TV3 , Tun Dr. Mahathir Mohammad (TDM) mengambil langkah bijak dan tepat dengan membuat permohonan maaf atas kenyataan beliau yang mendakwa bahawa Perdana Menteri, Dato Hj. Abdullah Ahmad Badawi (AAB) memiliki semua rumah agam di Australia. yang dianggarkan berharga RM60 juta.


Dalam hal ini sebenar nya TDM, berjaya menangani hal ini dengan bijak dan berkesan. Kenyataan TDM telah menyebabkan ada pihak yang melatah dan tersilap langkah. Nampak nya TDM amat berpuas hati dengan kesan yang timbul ekoran kenyataan tersebut, ini jelas tertera didalam kenyataan beliau semalam:

"Tapi saya gembira kerana orang mengambil perhatian kepada apa yang saya cakap," kata Dr Mahathir lagi, yang kelihatan gembira dengan publisiti isu tersebut.

Segala-gala nya sudah terjawab, ternyata rumah agam di Australia itu bukan milik PM AAB ataupun anak beliau Datuk Kamaluddin Abdullah, tetapi milik isteri seorang jutawan Malaysia, Datuk Patrik Lim. Hanya satu perkara sahaja yang perlu diperbetulkan iaitu tentang kenyataan terdahulu oleh Khairy Jamaluddin kepada Malaysiakini semasa di Machap, yang mengatakan bahawa rumah berharga RM60 juta itu, sebaliknya milik, Datuk Kamaluddin Abdullah.

Sekiranya benar apa yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini, maka sewajarnyalah Khairy Jamaluddin, membuat permohonan maaf kepada PM AAB dan Datuk Kamaluddin Abdullah secara terbuka, kerana beliau telah memberi kenyataan yang bercanggah dan beliau juga harus menerangkan kenapa kenyataan itu boleh dibuat, bagi membersihkan imej nya yang kian tercalar.

p/s: Tindak tanduk TDM bagai serampang duamata.

2 comments:

bakaq a.k.a penarik beca said...

Tuan/Puan pemilik blog yang dihormati

Salam

Mohon maaf kerana mengacau. Jika Tuan/Puan sudi dan mempunyai masa, harap lawati Malaysiakita Posting terkini Tuan/Puan disenaraikan. Salam.

de_kerinchi said...

salam bakaq,

Hanh tak mengacau ehhh....

malah dialu-alukan kedatangan nya...

hhehehe....bila hendak belanja teh tarik...

Blog Widget by LinkWithin