Malaysia Tanah Airku....

April 14, 2007

Yang Baik selalu nya tertindas...?

Sila Klik

Kaedah langgar lari sekarang ini merupakan salah satu cara yang amat popular, dikalangan mereka yang terlibat di dalam kemalangan. Selalunya orang yang melanggar merupakan orang yang paling berpotensi untuk melarikan diri. Mereka ini beranggapan bahawa keberangkalian untuk dikenakan tindakan adalah amat tipis, walaupun nombor pendaftaran mereka dapat dicatatkan. Ini ada kemungkinan nya benar, sekira nya pelanggar lari ini tidak memerlukan tuntutan insurans bagi membaiki kenderaan mereka, disebabkan “pelanggar lari” ini telah melakukan kesalahan yang besar seperti tidak mempunyai insuran, lesen atau cukai jalan, kenderaan curi, no. pendaftaran palsu dan lain-lain.

Apabila fonomena ini belaku maka ia sudah semesti nya , mendatangkan kesusahan di pihak yang “dilanggar lari”. Selalu nya apabila kes ini terjadi, setelah laporan polis dibuat, pihak polis trafik akan menghantar surat kepada pelanggar lari tersebut untuk menghadirkan diri ke Balai polis trafik untuk membuat laporan, disebabkan ada setengah-setengah kes ini tidak memberi respon dalam tempoh yang lama malah tiada respon samasekali, menyebabkan keputusan kes lambat malah keputusan terakhir yang akan diambil ialah dengan hanya mengeluarkan laporan yang mengatakan “pelanggar lari” “boleh” (bukan “akan”) dikenakan tindakan dibawah “Rul/Sek kaedah R10 LN166/59 dan Sek 52(2) Akta Pengangkutan Jalanraya”. Untuk pengetahuan pengguna laporan sebegini, tidak boleh diguna pakai untuk menuntut insuran kenderaan “pelanggar lari” tersebut, ini bermakna sekali lagi pihak “yang dilanggar” akan menanggung kesusahan dan menyerap segala kos-kos sampingan yang akan dikenakan oleh pihak insuran antaranya :


1 – Insuran akan dituntut atas kereta yang dilanggar menyebabkan “diskaun tanpa tuntutan” (NCB) yang dinikmati akan dimansuhkan.

2 – Tuntutan insuran pihak ketiga (kenderaan yang “melanggar lari”) tidak dapat dituntut termasuk elaun menyewa kenderaan, elaun kesusahan harian biasanya RM60.00 sehari sehingga kenderaan siap dibaiki dan lain-lain. (Rujuk polisi anda, selalunya pengguna tidak membuat tuntutan kerana tidak tahu dan tidak membaca polisi mereka dengan teliti).

3 – Sekira nya pemandu kenderaan yang dilanggar ini, tiada mempunyai nama di dalam polisi insuran, maka secara automatik , mereka akan dikenakan bayaran akses sebanyak RM400.00. Bayaran akses ini tidak akan dikenakan sekira nya tuntutan insuran dibuat keatas kereta yang “melanggar lari”. (Sebenar nya untuk menambah penama di dalam senarai polisi insuran hanya memerlukan bayaran RM10.00 untuk satu nama, ramai pemilik kenderaan tidak didedahkan tentang kepentingan meletakkan penama ini.)

4 - Mangsa langgar lari kemungkinan besar akan menanggung kos-kos sampingan menggunakan wang sendiri yang kadang-kadang mencecah RM1,000.00 mengikut betapa teruknya kondisi kenderaan mereka. Antara kos-kos sampingan tersebut ialah:


a) Sekiranya kenderaan anda terpaksa melakukan kaedah “potong dan tampal” maka anda perlu ke ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan bagi menguruskan surat kebenaran untuk melakukan kerja-kerja tersebut. (Biasanya pihak bengkel akan menawarkan khidmat mereka dengan dikenakan bayaran sebanyak RM200.00)

b) Kemudian anda akan diarahkan ke PUSPAKOM untuk melakukan pemeriksaan. Sekira nya tidak mendapat kelulusan maka kereta akan dihantar ke bengkel untuk dibaiki kembali.

Maka secara logik nya, anda akan terpaksa mengeluarkan belanja untuk menampung kos perjalanan seperti minyak, tol, makan, minum, kos dokumen dan lain-lain termasuk kos untuk tenaga dan masa yang dikeluarkan.

Seharusnya hak mereka yang mematuhi peraturan hendak lah dijaga dan dibela, kerana akhir-akhir ini kelihatan nya mereka yang melanggar undang-undang lebih terbela hak mereka. Oleh itu perkara sebegini hendaklah ditangani oleh pihak berwajib, supaya budaya langgar lari ini tidak membudaya di dalam masyarakat kita. Sesuatu formula harus difikirkan untuk memastikan “pelanggar lari” ini tidak dapat melepaskan diri dari tindakan undang-undang. Polisi pihak berkuasa yang menunggu respon dari “pelanggar lari” juga harus ditiadakan, tindakan drastik dan sertamerta hendaklah dibuat bagi mengelakkan sesuatu kes tersebut tidak kehilangan bukti. Pihak insuran pula haruslah melakukan kempen penerangan komprehensif kepada pengguna dan agen mereka supaya, pengguna tidak teraniaya dengan kos-kos yang tersembunyi.

p/s: Resam dunia, yang baik akan ditindas, yang jahat akan bermaharajalela …..walaupun ada juga tindakan yang diambil kerugian dan tekanan masih tetap di pihak yang benar, apa yang boleh dibuat hanya bersabar dan redho akan ketentuan Nya.

3 comments:

Manature said...

Hi De_Kerinchi,

Terima kasih kerana menkomen di post saya Testing ways to make images uploaded via Blogger upload icon open in new window and ambil masa untuk mengucakapkan "appreciation". Minta maaf kerana Bahasa Malaysia kurang baik.

Peter
Dummies Guide to Google Blogger
"online book" in progress

de_kerinchi said...

Hi Peter Chen,

TQ ...kerana melawat blog saya

Anonymous said...

realiti di dunia luar sana sungguh mencabar dgn karenah manusia...mcm2 benda yang boleh berlaku.byk lagi yg perlu sy pelajari tentang karenah2 manusia ni..umur baru setahun jagung

Blog Widget by LinkWithin