Seperti yang dilaporkan oleh kosmo! hari ini, niat penjelajah negara Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir untuk menanam senaskah Al-quran kecil dalam misi ke Kutub Utara adalah satu perbuatan yang wajib dilarang . Banyak lagi benda yang boleh dijadikan tanda sebagai bukti orang islam mampu melakukan sesuatu yang bersejarah tetapi bukan dengan cara menanam naskah Al-Quran. Al-quran, merupakan kitab paling suci dan wajib berada ditempat yang paling tinggi dan mulia, ia seharusnya dibaca dan dihayati bukan nya ditanam di perut bumi.
Saya tidak nampak apa rasional nya impian gila Datin Paduka Sharifah Mazlina ini, demi menunjukkan kejayaan dia sanggup meletakkan Al-Quran diperut bumi, bukankah elok sekirannya Datin Paduka Sharifah Mazlina menggunakannya sebagai panduan hidup yang murni.
Bagi pakar agama yang telah dirujuk dan mempersetujui tindakan Datin Paduka Sharifah Mazlina(seperti yang didakwa) , bawalah perkara ini ke majlis fatwa kita, dalam hal berkaitan agama jangan kita membuat keputusan semberono sahaja.
Datin Paduka Sharifah Mazlina harus sedar, kita sekarang berada di zaman moden, bukan nya di zaman batu, yang memerlukan kita menanam sesuatu untuk diingati kemudian hari.
Di Zaman moden ini terdapat banyak media perantara yang boleh mencatatkan segala usaha yang kita lakukan, apatah lagi usaha beliau adalah untuk memecahkan rekod dunia, jadi apa yang perlu dirisaukan?. Datin Paduka Sharifah Mazlina pasti akan mendapat liputan meluas dan tercatat di dalam sejarah sekira nya beliau berjaya dalam misi ini.
Apapun tahniah atas usaha Datin Paduka Sharifah Mazlina untuk meletakkan nama orang melayu islam sebaris dengan bangsa asing, walaubagaimana pun jangan pula kita meletak kan Al-Quran itu ditempat yang tidak sepatut nya.
p/s: Macam-macam benda pelik dan jelik berlaku di Zaman Islam Hadhari , diharap Pak Lah dapat memantau dengan lebih baik..Islam adalah agama suci jangan dicemarkan lagi dengan kerja-kerja bodoh dan tidak masuk akal.
13 comments:
nice entry..
ble ana copy??
mmg keja gila
Sila Cik ...Demi Agama, Bangsa Dan Negara....
Tunggu dan lihat apa perkembangan seterus nya...
Inilah kejumudan orang melayu.
Pada dia quran tu di sembah bukan di baca, difahami dan di hayati isi kandungannya.
Quran hanya ayat buat gantung cantik2 di dinding rumah. Quran kecik letak bawah bantak untuk konon magik power. Ayat Quran ditampal sana sini buat tunjuk2.
Maaf, saya tak benarkan rumah, pejabat dan kereta di tampal ayat Quran. Quran letak pada ilmunya bukan pada rupanya!!!
kalau mcm ni la tahap pemikiran sharifah mazlina tueh,aku nasihatkn dia msk darjah 1 blk.Petang2 pergi kelas agama.Aku x dpt terime langsung niat dia tu.Lg satu psl dia pergi menjelajah ke antartika tu.First, penjelajahn dia ke antartika tu tk bg benefit langsung kpd negara.Yg ada hanyalh 'glory'.Second,dia tu perempuan. Haram hukumnye perempuan tanpa ditemani mahramnye...sori trsesat
Aku rasa kalu dia tanam Kitab Hadhari(10 prinsip Islam Had Hari) takde sapa nak bangkang. Pasai islam tu utk puak2 depa je(alif wau min nun wau). Ini kitab Quran. Tentulah kita membangkang
Ini menunjukkan bahawa kebanyakan orang kita menghadapi krisis identiti,bayangankan apa yang akan terjadi kepada anak bangsa kita sekirannya ibu dan bapa mereka mempunyai tahap pemikiran sebegini
Shalina kalau tersesat kearah jalan yang baik tidak mengapa...
teruskan perjuangan ....
Dato' Sharifah Mazlina :
Ada tiga perkara yang saya ingin sebut di ruang ini tentang expidisi Kutup Utara oleh Dato'.
1. Dato' telah mengguna kedudukan yang Dato' ada untuk menipu rakyat Malaysia tentang expidisi ini. Dengan kedudukan Dato' dan hubungan dengan orang-orang berpengaruh di politik Malaysia Dato' telah mengutip banyak wang untuk kepentingan pribadi. Tindakan Dato' telah merosakkan reputasi expedisi lain oleh orang yang benar-benar patriotik untuk melakukannya demi negara. Akibatnya ramai orang telah memandang serong terhadap ekspedisi lain. Masyarakat telah menganggap ekspidisi lain mempunyai muslihat mencari duit sebanyak mungkin di samping kemashhuran yang palsu.
2. Dato' sebenarnya juga seorang penipu yang telah dengan licik menipu rakyat Malaysia tentang ekspidisi ini. Dato' berpura-pura
seperti Dato' telah berjaya sebaliknya tiada satupun scene yang Dato boleh tunjukkan untuk membuktikan bahawa Dato' telah berjaya menjejaki kutup utara. scene dalam video hanya menunjukkan perkara remeh temeh termasuk pakaian yang dipakai dan sedikit scene tentang kesusahan mengheret bag dan tidur dalam kemah... . Dato' sebenarnya telah menghabiskan wang rakyat untuk bercuti di Canada dan lain-lain tempat untuk ekspidisi ini. Bila sampai kononnya di kutub utara Dato' menjerit seperti DOREIMON ' eeh saya sudah sampai... " begitukah gelagat seorang yang telah berjuang untuk melakukan sesuatu yang luar biasa, malah itu semua hanya sandiwara Dato' untuk mengabui mata rakyat Malaysia yang bodoh yang boleh percaya dengan perkara yang bodoh seperti itu.
3. Dato Mazlina adalah seorang tenaga akademik yang paling bahlul di Malaysia apabila dalam misi menawan kutub utara Dato' menyatakan bahawa Dato' akan menanam al-Quran di kutub utara. Mana Dato' belajar perkara pelek ini. apa yang ada dalam kepala hotak dato sehingga boleh timbul perkara ini ? Bertaubatlah daripada perbuatan ini dan mohonlah ampun dari Allah. Juga disarankan juga agar Dato' memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang Dato' bohong tentang ekspidisi menawan kutub utara ini bahawa ini hanya satu drama bersama team yang telah merancang untuk mengutip tajaan Kami mencabar Dato' supaya menunjukkan sepenuhnssi ekspidisi yang mencabar dan supaya sesi sesi ekspidisi yang dilalui dan bukannya tunjuk bag pakaian. Kalau Dato' tak boleh buat perkara ini jangan mendakwa kejayaan ini satu pencapaian sebaliknya ingatlah rakyat Malaysia bukan semuanya bodoh.

swimming challenge,
saya memang rasa pelik bila lihat scene yang macam tersangkut-sangkut masa di kutub tu, macam gembira jer...
Saya tidak setuju tajaan dibuat sampai berbelanja banyak, walaupun dengan alasan untuk meletakkan nama Malaysia di persada dunia, tapi biarlah ia aktviti yang bernilai dan kena pada masa dan tempat.. rasanya kalau setakat nak pecah rekod dok kutub..atau terjun di kutub.. mat saleh tu dah lama buat....baik kita buat benda berfaedah macam keris terbang berkuasa roket...emmmm lagipun di Malaysia banyak benda yang perlu ditaja untuk keselesaan rakyat..
Wang tajaan tu pun nampak macam tak telus, kalau guna wang rakyat, maka rakyat juga perlu tahu kemana wang itu dihalakan...sayang nya tiada bukti untuk menyokong penyelewengan ini.
Bab tanam al-quran ini pun saya hairan darimana beliau mendapat fatwa...siapakah orang bijak pandai yang dirujuk beliau...kalau beliau bijak dan bersemangatuntuk buat benda-benda pelik janganah beliau cuba untuk buat benda yang menentang adat dalam bab akidah ni...
Post a Comment