Malaysia Tanah Airku....

March 22, 2007

Banjir Kilat


Semalam Lembah Klang sekali lagi dilanda banjir kilat. Banyak kawasan telah digenangi air, seperti TTDI jaya, Kebun Bunga, sekitar Stadium Shah Alam, Batu Tiga dan lain-lain. Oleh kerana banyak jalan telah ditutup maka saya telah terperangkap hampir 3 jam di dalam kesesakan lalulintas. Ternyata kita kena menerima hakikat, bahawa pembangunan yang tidak seiring dengan alam semulajadi dan perancangan yang tidak berkesan akan menyebabkan bencana ini akan terus berlaku. Walau apapun terimakasih diucapkan kepada polis-polis trafik kita yang bertugas seawal 6 pagi, untuk mengawal lalulintas demi keselesaan rakyat seluruh nya.

p/s: Sekali Air Bah , Sekali Pantai Berubah....

2 comments:

joe penang said...

Tanya ckit
Terowong Smart bukankah dah berfungsi? Sepatutnya tak timbul lagi kes banjir kat KL. Maybe bro bleh ulas?
Tapi aku x dengar/baca pun kes banjir tu dlm paper/berita. Ada ka? atau just spin media?

de_kerinchi said...

Ada lah bro...

Terowong Smart tu tak termasuk pinggiran lembah klang, namun projek tebatan banjir yang telah dijalankan dapat mengelak kan TTDI tenggelam keseluruhan nya...

Blog Widget by LinkWithin