Malaysia Tanah Airku....

March 20, 2007

Jentera Parti yang lemah?


Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pemuda UMNO, Datuk Subahan Kamal, berkata banyak dana bantuan yang disediakan kerajaan masih tidak digunakan untuk menyelesaikan masalah orang ramai kerana kurang pendedahan tentang organisasi yang bertanggungjawab. Pengumuman oleh Datuk Subahan Kamal, ini memang amat baik dan dialu-alukan, kerana dikala ini memang ramai rakyat kita dibelenggu dengan berbagai masalah, akibat dari persekitaran yang amat menekan.

Ramai yang tidak tahu akan kewujudan dana-dana seumpama ini. Malah kerana kurang nya usaha pihak pemberi dana untuk menyampaikan maklumat ini kepada awam telah memburukkan lagi keadaan ini.

Sebenarnya, UMNO sendiri mempunyai jentera yang amat baik untuk menyebarkan setiap maklumat sebegini termasuklah propaganda parti dan dasar –dasar nya. Tetapi nampaknya UMNO tidak menggunakan jentera ini dengan sebaiknya. Kalau diambil data keahian UMNO yang dikatakan mencapai 3.2 juta keahlian nya ini, maka amat mustahi perkara ini tidak dapat dihebahkan dengan berkesan.

Disini menampakkan bahawa fungsi Bahagian & Cawangan UMNO itu, tidak digunakan sebaiknya ataupun ia tidak bergerak seperti yang diharapkan. Kemanakah pergi nya ketua-ketua pimpinan yang sepatutnya mengambil berat dan bertanggungjawab untuk menyebarkan apa jua maklumat atau agenda parti kepada masyarakat sekitar nya? Adakah biro-biro penerangan di peringkat Bahagian dan Cawangan ini bergerak di landasan yang sepatutnya ? Atau pun sebenar nya biro-biro ini hanya wujud diatas kertas sahaja.

Kalau UMNO dapat menggunakan jentera-jentera ahli nya dengan berkesan, maka tidak timbul soal sesuatu maklumat itu tidak sampai kepada kumpulan sasaran, Bayangkan sekiranya maklumat penting ini disebarkan kepada 1.3 juta ahli UMNO ini, lalu mereka pula menyampaikan maklumat ini kepada ahli keluarga, sahabat handai, jiran tetangga, maka khidmat penyebaran melalui media cetak akan dapat di minimumkan.

Perkara yang sama jika diaplikasikan kepada masalah yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Mohd. Ali Rustam , maka tidak akan timbul soal kenapa 550,000 ahli UMNO masih belum didaftarkan sebagai pengundi. Siapakah yang mendaftarkan ahli UMNO ini? Secara logik nya setiap ahli UMNO akan mempunyai Cawangan di mana ia akan didaftarkan, maka tanggungjawab Ketua Cawangan lah untuk memastikan anak buah mereka berdaftar dengan SPR. Ketika Negara hendak mengadakan Pilihanraya yang lalu, kempen untuk mendaftarkan ahli memang diarahkan berjalan di setiap cawangan UMNO, tetapi tidak tahu di mana silap nya maka kempen ini bagai tidak mendatangan hasil yang seperti yang diharapkan. Ini terbukti masih ada 550,000 ahli masih belum didaftarkan dengan SPR.

Apa yang perlu dilakukan oleh UMNO sebenarnya ialah mengerakkan jentera-jentera nya di setiap peringkat. Janganlah hanya menunggu waktu pilihanraya atau pemilihan Cawangan atau pemilihan Bahagian sahaja baru jentera parti hendak bergerak. Kesedaran ini perlu dtanam di dalam semua jiwa pemimpin-pemimpin UMNO ini , di semua peringkat agar bertanggungjawab kepada semua ahli nya disetiap masa dan ketika bukannya pada hari-hari tertentu sahaja. Fikirkanlah hal masyarakat setempat, bukannya hanya memikirkan hal sendiri sahaja.

p/s: Jangan hanya mencari ahli untuk cukup kan “korum” mesyuarat sahaja....ahli cawangan yang tidak mendaftar dengan SPR bagai pejuang tiada bersenjata...boleh lawan, menang belum tentu...

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin