Malaysia Tanah Airku....

STREAMYX FAILURE !!!


Sejak awal pagi sabtu lagi , saya bertugkus lumus untuk membaiki komputer saya yang terkena serangan virus dari sang penggodam. Serangan ini menyebabkan saya terpaksa beberapa kali meminta bantuan Pegawai teknik TM Net untuk "resetkan" server talian streamyx saya.

Sebenarnya saya, sudah membuat langkah berjaga-jaga dan telah pun mengesan ada serangan yang cuba menggodam komputer saya, tetapi akhirnya pada malam ahad, modem saya langsung tidak boleh dikesan oleh ibu sawat TM dan saya terpaksa memformatkan Pc saya dan menukar network kabel kepada yang baru.

Maka tepat Pukul 1.40 12 Mac 2007, komputer serta talian streamyx saya telah pulih seperti sediakala. Setelah 3 hari bertungus lumus untuk memulih kan pc dan mem"backup" fail penting akhir nya saya berjaya menyelamatkan hampir 80% data asal dan yang pasti akan menyambung penulisan saya, untuk hari-hari yang akan datang.

p/s : Terima Kasih atas bantuan Pegawai perhidmatan pelanggan dan pegawai teknik TMNet.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin