Malaysia Tanah Airku....

March 12, 2007

Kisah GLC

Pergerakan pemuda UMNO terkilan dengan syarikat milik kerajaan (GLC) , kerana tidak seorang pun peneraju tertinggi yang menghadirkan diri dalam Program Kongres Jihad Ekonomi yang dianjurkan oleh Gagasan Badan ekonomi Melayu (GABEM).


Majlis ini dirasmikan oleh PM Dato Hj. Abdullah Ahmad Badawi, saya merasa hairan, selalunya sesuatu majis yang dihadiri oleh PM, maka akan berpusu-pusu lah orang-orang penting syarikat ingin menyertai majlis tersebut. Tidak kiralah atas agenda apa sekalipun, majlis yang dihadiri oleh PM merupakan platform mereka untuk menonjolkan diri dan memberi gambaran bahawa mereka memberi sokongan kepada PM.

Saya cuma ingin mengariskan beberapa perkara yang mungkin menyebabkan ketidak hadiran ini :

1) Terdapat kepincangan didalam pengurusan "protokol" di syarikat-syarikat terbabit. Ternyata bahagian atau unit perhubungan awam yang menguruskan hal-hal berkaitan protokol ini, tidak berfungsi dengan baik. Sehingga sambil lewa menghantar wakil yang tidak sesuai dengan majlis yang dianjurkan.

2) Sikap pegawai tertinggi itu, sendiri yang memandang sambil lewa akan program yang dianjurkan ini. Memandangkan surat jemputan telah pun dikeluarkan maka kehadiran mereka untuk majlis ini, adalah amat dialu-alukan. Tetapi malangnya rata-rata pimpinan tertinggi ini tidak menunjukkan muka di majlis ini.

Kenapa, perkara ini boleh terjadi? Adakah ini merupakan satu tanda "protes" oleh syarikat-syarikat GLC ini? Adakah pegawai-pegawai tertinggi GLC ini, berasa bahawa mereka sudah berada dikemuncak yang tinggi?

Adalah diluar dari kebiasaan, dimana majlis besar yang dihadiri PM, tidak disertai oleh pegawai peneraju ataupun setidak-tidaknya pegawai tertinggi syarikat. Suatu kajian harus dijalankan kenapa perkara ini berlaku, lebih-lebih lagi ia melibatkan syarikat GLC sendiri.

p/s: GLC sudah untung, tidak perlu lagi ikhsan kerajaan..........

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin