Malaysia Tanah Airku....

March 09, 2007

Penyakit Hati

Alahai orang Malaysia, kenapa mudah sangat ditipu?.

Kes yang terbaru, dilaporkan bahawa simpanan seorang pembantu berjumlah RM5,591 lebur gara-gara terpengaruh dengan SMS yang diterima menyatakan kad sim telefon bimbitnya terpilih memenangi hadiah RM9,000 melalui rancangan realiti televisyen popular Akademi Fantasia 4 (AF4). Beliau merupakan mangsa yang ke-40.

Orang Malaysia memang tidak serik-serik, untuk mempercayai skim-skim yang menawarkan kekayaan dengan cara mudah. Walaupun sudah berkali-kali diperingatkan oleh pihak berkuasa dan didedahkan di media-media cetak dan elektronik, masih lagi terdapat mangsa yang akan terpedaya.

Apa yang dapat kita rumuskan disini, bahawa orang Malaysia kebanyakan nya amat teruja dengan skim-skim yang menawarkan kebendaan dalam sekelip mata. Walaupun pada akal mereka, melihat ada sesuatu yang tidak kena pada skim tersebut mereka masih lagi ingin untuk mencuba nasib. Kerana itu skim-skim sebegini makin subur dan mampu wujud di dalam negara Malaysia ini.

Kes terbaru ini, amat menarik perhatian saya. Kerana mangsa memang ingin dijadikan pemangsa. Ini dapat dibuktikan apabila mangsa masih tidak mempedulikan nasihat yang diberi oleh seorang wanita untuk mengeluarkan semua wang nya agar tidak tertipu. Walaubagaimanapun terlintas kerisauan di hati mangsa lalu beliau telah membuat laporan di Balai Polis Bandar Hilir dan beliau sekali lagi dinasihati oleh polis untuk menghubungi bank dan membekukan akuan nya. Ternyata mangsa masih lagi degil. Dengan harapan ingin memiliki hadiah wang tersebut, beliau masih menunggu hingga pagi esok, dan akhir nya pada petang hari tersebut maka sah lah wang beliau telah dikeluarkan melalui urusan perbankan internet. Saya mengambil kesimpulan , mangsa masih lagi berharap untuk mendapatkan hadiah wang kemenangan itu, kerana beliau membuat laporan kepada pihak polis dan pihak bank tentang kehilangan wang nya, pada hari yang berikut nya.

Begitu kuat nya sikap tamak haloba dihati beliau, hinggakan tidak mempedulikan nasihat orang dan tidak mengikut pandangan penguatkuasa untuk membekukan akaun nya. Akhir nya beliau terpaksa menerima hakikat bahawa beliau memang mempunyai sikap bodoh sombong.

Akibat taksub, terjadi perkara ini

Dr. Al Jannah Mohd Mingan (Doktor), 30, yang dikatakan terkena ilmu pengasih lelaki dikenali Ustaz Zul (Ustaz), berhasrat memulakan hidup baru dan melupakan segala kenangannya sejak didakwa menghilangkan diri daripada keluarga, lebih setahun lalu.

Akibat takjub terjadi perkara ini,

Satu sindiket dipanggil `Tok Guru’ dikesan menipu orang ramai di sekitar bandar raya ini dengan mendakwa memiliki kuasa sakti untuk menaikkan batu emas seberat 100 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM3 juta, dari dalam tanah.

atau yang ini

Hanya bermodalkan sekotak pensil, dua lelaki berusia 20-an yang dipercayai mengamalkan ilmu pukau memperdaya dua suri rumah menyerahkan barangan kemas membabitkan kerugian kira-kira RM13,000, kelmarin. Taktik lelaki itu ialah dengan berkunjung ke rumah mangsa yang dikenal pasti dan menawarkan sekotak pensil ajaib bermutu tinggi untuk dicuba.

Dan akhirnya keluar kenyataan ini.

“Kami berharap pihak berkuasa memberkas mereka yang terlibat itu secepat mungkin bagi menangani kegiatan mereka dari berleluasa”.

Bagi saya usaha untuk membenteras penipu yang bijak bukanlah menjadi satu agenda utama. Yang paling penting ialah usaha untuk membenteras sikap taksub, takjub, tamak haloba dan segala macam penyakit hati yang sentiasa bersarang di hati orang-orang yang tetipu ini.

p/s : Siapakah yang lebih bersalah, Orang yang menipu atau orang yang membenarkan diri untuk ditipu. “Yang dikejar tidak dapat, Yang dikendong berciciran”

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin