Datuk Seri S Samy Vellu , telah mengumumkan sistem bayaran tol gantri yang kini dalam kajian Kementerian Kerjaraya, Ia dijangka dilaksanakan pada pertengahan tahun 2008. Melalui sistem itu, pemandu hanya perlu menggunakan kad tol prabayar dan memandu melintasi palang pengimbas tanpa perlu memperlahankan atau menghentikan kenderaan mereka , selepas itu, bayaran akan ditolak secara automatik daripada kad prabayar secara seperti kaedah “Smart Tag” dan “Touch n Go” yang digunakan sekarang, cuma tidak perlu berhenti.
Cadangan Datuk Seri S Samy Vellu, adalah amat baik dan perlu dilaksanakan, bagi memastikan pengguna jalanraya bertol mendapat pulangan yang sepatutnya hasil dari bayaran tol mereka. Sekurang-kurangnya , setiap sen yang kita keluarkan untuk bayaran tol adalah “berbaloi”.
Tetapi agensi yang terlibat didalam perancagan sistem gantri ini, haruslah mengambil kira, tentang kos-kos sampingan yang melibatkan pengguna jalanraya. Apa yang pasti ia akan melibatkan pengunaan “gajet” seumpama sistem “smart tag” sekarang ini.
Oleh itu diharap pihak terlibat memikirkan apakah perkara-perkara yang akan mempengaruhi perlaksanaan sistem gantri ini bila ia diwujudkan kelak, antaranya :
1- Adakah pengguna harus menanggung kos untuk membeli “gajet” yang baru?
2- Berapakah kos yang yang sesuai, fleksibel dan tidak membebankan yang akan dikenakan kepada pengguna?
3- Bagaimanakah cara untuk menangani, pengguna yang telah mengeluarkan belanja untuk mendapatkan perkhidmatan “Touch & Go” dan “Smart Tag”?
4- Apakah yang akan terjadi kepada nasib pekerja-pekerja yang berkhidmat di setiap Plaza tol di seluruh negara?
5- Adakah dengan mewujudkan sistem baru ini, maka perjanjian konsesi akan diubah lagi?
6- Adakah kenaikan tol akan wujud, apabila terdapat perubahan di dalam perjanjian konsesi?
Di samping itu, di kala negara berada di dalam keadaan yang mempunyai aliran tunai yang amat menekan, maka pihak terbabit harus juga memikirkan kos-kos yang akan dikeluarkan untuk merobohkan plaza-plaza tol yang lama dan kos-kos untuk membina sistem yang baru.
p/s: Perkara yang menyenangkan rakyat adalah amat dialu-alukan, tetapi janganlah ia akan menghasilkan beban yang maksimum kepada rakyat.

0 comments:
Post a Comment